Template Details

Document Saya hamil. Masih bolehkah saya menaiki penerbangan?

Keselamatan dan kesejahteraan anda sangat penting buat kami, jadi jika anda tetamu hamil atau mengembara dengan tetamu hamil, sila ambil perhatian terhadap petua, terma & syarat berikut:

Beberapa petua:
Kami sangat-sangat mengesyorkan agar anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengembara pada bila-bila masa sepanjang kehamilan anda.

1. Supaya lebih selamat, dapatkan surat daripada doktor anda. Tarikh surat ini tidak sepatutnya melebihi 30 hari pada hari perjalanan (penerbangan keluar DAN pulang)
2. Anda tidak akan – dan tidak sepatutnya – mendapat kebenaran doktor sekiranya kehamilan anda dianggap berisiko tinggi.
3. Untuk perjalanan pulang, sila pertimbangkan tarikh jangkaan kelahiran bayi anda. Dan sebelum anda merancang penerbangan rentas negara atau antarabangsa, bayangkan bagaimana anda akan rasa sesak dan terbatas di tempat duduk untuk berjam-jam lamanya.

Penting! Terma & Syarat:
Menjadi kewajiban penumpang hamil untuk memberitahu kami tentang tahap kehamilan mereka ketika menempah Tempat Duduk dan di kaunter daftar masuk. Pengangkutan bagi penumpang hamil tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

a. Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia/Airasia X daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
b. Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk):
- Tetamu perlu menyerahkan surat akuan doktor yang disahkan. 
- Surat akuan doktor itu mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara, mengikut mana yang berkenaan.
b2. Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia/Airasia X daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
c. Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu: pengangkutan dalam penerbangan AirAsia/AirAsia X tidak dibenarkan.
Fields
Description:
hamil, kehamilan,ibu mengandung, mengandung, ibu yang mengandung, pengangkutan penumpang yang mengandung, penumpang mengandung, surat akuan doktor, bayi, baby, doktor, perubatan, sihat untuk membuat perjalanan, tidak boleh terbang, ibu, penumpang hamil, dokumen perjalanan, surat doktor, bolehkah perempuan mengandung menaiki pesawat untuk terbang 
Information

Tidak berjumpa apa yang anda cari?

Jika penerangan ini tidak menjawab soalan anda, sila cari lagi atau hubungi kami melalui Contact Us

Adakah jawapan ini memuaskan dan membantu anda?