Pengecualian Visa Jepun untuk warganegara Malaysia

Berkuat kuasa 1 Julai 2013, Kerajaan Jepun telah memberikan pengecualian permohonan visa untuk Warganegara Malaysia yang mempunyai pasport biometrik.

Pengecualian visa ini hanya untuk warganegara Malaysia yang mempunyai pasport biometrik yang mempunyai pematuhan ICAO mikrocip tertanam di dalamnya (dikeluarkan sejak Februari 2010). Bagi warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pasport biometrik, mereka masih perlu memohon visa menurut Kedutaan Jepun di Malaysia.

Pengecualian visa hanya sah kepada pengunjung yang berhasrat tinggal di Jepun untuk tidak lebih daripada 90 hari; bagi tempoh lebih daripada 90 hari, visa perlu dipohon terlebih dahulu.

Baca di sini untuk maklumat lanjut oleh Kedutaan Jepun di Malaysia.