Profil syarikat
AirAsia
Syarikat penerbangan terkemuka Asia ini ditubuhkan dengan impian untuk membolehkan semua orang terbang. Sejak tahun 2001, AirAsia telah memecahkan kebiasaan industri perjalanan sedunia dan meningkat dengan pantas untuk menjadi syarikat penerbangan terbaik di dunia. Dengan rangkaian laluan yang meliputi lebih daripada 20 buah negara, AirAsia terus mengorak langkah untuk penerbangan tambang murah melalui penyelesaian yang inovatif, proses yang cekap dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam perniagaan. Bersama-sama syarikat sekutu kami iaitu AirAsia X, AirAsia Thai, AirAsia Indonesia, Philippines' AirAsia Inc. dan AirAsia Japan, kami bersedia untuk membawa penerbangan tambang murah ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan dasar kami, "Kini Sesiapapun Boleh Terbang".
Klik di sini untuk melihat Anugerah & Pengiktirafan AirAsia.
AirAsia X
Dengan fokus untuk segmen jarak jauh pada kos rendah, AirAsia X ditubuhkan pada tahun 2007 untuk menyediakan rangkaian dari satu tempat ke tempat lain dengan kekerapan tinggi bagi penerbangan jarak jauh. Kecekapan kos AirAsia X diperoleh dengan mengekalkan kumpulan pesawat yang ringkas dan rangkaian laluan berdasarkan lapangan terbang kos rendah, tanpa perkongsian kod yang kompleks atau overhed lain yang selalunya membebani syarikat penerbangan biasa, tetapi tanpa menjejaskan keselamatan. Penumpang boleh terus menikmati tambang murah melalui penjimatan kos yang diagihkan kepada penumpang kami.
Pengendalian AirAsia X yang cekap dan andal diberikan lesen sepenuhnya dan diawasi oleh penguat kuasa Malaysia dan antarabangsa, serta mematuhi piawai antarabangsa sepenuhnya. AirAsia X sangat komited untuk menawarkan tambang murah yang menarik, tahap keselamatan dan penjagaan yang dapat dicontohi, serta pengalaman dalam penerbangan dan perkhidmatan yang luar biasa kepada semua penumpang kami - dengan memperluas pengalaman AirAsia yang istimewa ini ke destinasi-destinasi di Australia dan Asia.
Visi kami
Menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang kini tidak mendapat perkhidmatan yang maksimum kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi.
Misi kami
- Pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi syarikat terbaik untuk bekerja.
- Mencipta jenama ASEAN yang dikenali dunia.
- Mencapai kos terendah yang menjadikan sesiapapun boleh terbang dengan AirAsia.
- Mengekalkan produk berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi mengurangkan kos dan menambah tahap perkhidmatan.
Nilai kami
Kami menjadikan model tambang rendah menjadi mungkin dengan perlaksanaan strategi penting seperti berikut:
- Utamakan Keselamatan:
Perkongsian dengan penyedia penyelenggaraan paling terkenal dunia dan mematuhi pengendalian syarikat penerbangan dunia. - Penggunaan Pesawat secara maksimum:
Perlaksanaan waktu patah balik terpantas di rantau ini dengan hanya 25 minit, memastikan kos yang lebih rendah dan produktiviti lebih tinggi. - Tambang Rendah, Tidak berlebihan:
Menyediakan perkhidmatan dengan pilihan mengikut kesesuaian tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan. - Operasi Lebih Cekap:
Memastikan proses yang semudah mungkin dan efisien. - Sistem Pengedaran:
Menawarkan ruangan pengedaran yang lebih luas dan inovatif untuk membuat tempahan dan perjalanan lebih mudah. - Jaringan Point ke Point:
Menghubungkan jaringan Point to Point mengekalkan operasi mudah dan kos rendah.
Program Kesetiaan Kami, BIG
BIG merupakan program kesetiaan global yang pertama seumpamanya yang membolehkan anda mengumpul Mata Ganjaran BIG dengan setiap transaksi untuk menebus Penerbangan AirAsia PERCUMA*. Ahli-ahli juga dapat menikmati keutamaan tempahan, tawaran dan diskaun istimewa yang eksklusif sebagai Ahli Kesetiaan BIG AirAsia.
* Tertakluk kepada terma dan syarat

