Terma dan syarat pengangkutan untuk penerbangan QZ

Takrif

Makna: Ungkapan khas dalam Terma & Syarat ini membawa maksud seperti berikut:

  • "Bagasi" bermaksud harta peribadi anda yang dibawa bersama sewaktu perjalanan. Ia termasuk kedua-dua Bagasi Berdaftar dan Tidak Berdaftar anda, kecuali jika dinyatakan sebaliknya;
  • "Tanda Pemeriksaan Bagasi" bermaksud dokumen yang kami keluarkan kepada Penumpang sebagai resit untuk Bagasi Berdaftar serta yang berkaitan dengan pengangkutan Bagasi Berdaftar termasuk Teg Pengenalan Bagasi.
  • "Teg Pengenalan Bagasi" bermaksud dokumen yang dikeluarkan oleh Pengangkut khusus untuk mengenal pasti Bagasi Berdaftar.
  • "Bagasi Berdaftar" bermaksud bagasi yang diletakkan dalam jagaan kami dan yang telah kami keluarkan Teg Pengenalan Bagasi; ia juga kadang-kadang dirujuk sebagai "bagasi daftar masuk".
  • "Syarat Kontrak" bermaksud penyataan yang terkandung dalam atau dihantar bersama Jadual Perjalanan, yang dikenal pasti sedemikian dan mengandungi Terma & Syarat serta notis yang terdapat di pejabat serta kaunter daftar masuk kami sebagai rujukan.
  • "Masa Sambungan" bermaksud masa antara ketibaan satu penerbangan dengan perlepasan satu penerbangan yang lain bagi penerbangan FLY-THRU dalam tempoh tidak kurang dari sembilan puluh (90) minit dan tidak lebih dari enam (6) jam. Kami berhak meminda Masa Sambungan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu disebabkan oleh pembatasan yang dikenakan kepada kami oleh operator lapangan terbang dan/atau kehendak operasi.
  • "Kerosakan" termasuklah kematian, kecederaan tubuh seseorang penumpang, kelewatan, kehilangan, kehilangan separa atau kerosakan lain, yang berpunca daripada atau yang berkenaan dengan pengangkutan yang kami jalankan atau perkhidmatan lain yang berkaitan dengannya.
  • "Kupon Elektronik" bermaksud Kupon Penerbangan elektronik atau dokumen berharga lain yang disimpan dalam pangkalan data kami.
  • "Tiket Elektronik" bermaksud Jadual Perjalanan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Pengangkut, Kupon Elektronik dan, jika terpakai, dokumen untuk menaiki pesawat.
  • "Kupon Penerbangan" bermaksud bahagian Tiket yang mengandungi catatan khas “dibenarkan lalu”, atau dalam kes “tiket elektronik” ialah kupon elektronik, dan tertera tempat-tempat tertentu yang penumpang tersebut perlu dibawa oleh Pengangkut.
  • "FLY-THRU" bermaksud khidmat pertukaran penerbangan untuk penerbangan-penerbangan yang dibeli dalam satu Jadual Perjalanan, yang mana ketibaan penerbangan pertama dan perlepasan penerbangan seterusnya adalah dalam jangka Masa Sambungan.
  • “Tetamu”, "penumpang" dan "anda" bermaksud sesiapa sahaja, tidak termasuk anak-anak kapal, yang dibawa atau akan dibawa di dalam pesawat dengan keizinan kami.
  • "Jadual Perjalanan" bermaksud dokumen yang kami keluarkan kepada Penumpang yang mengandungi nama Penumpang, maklumat penerbangan, nombor tempahan, Syarat Kontrak dan notis.
  • "Laluan" bermaksud penerbangan dari lapangan terbang permulaan hingga ke lapangan terbang destinasi.
  • "Tempat Duduk" bermaksud tempat duduk dalam pesawat kami.
  • "Tarif" bermaksud tambang dan caj kami yang diumumkan secara elektronik atau di atas kertas.
  • "Tiket" bermaksud Jadual Perjalanan dan termasuk Tiket Elektronik dan Kupon Elektronik yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak kami serta termasuk Syarat Kontrak dan notis yang terkandung di dalamnya.
  • "Terma dan Syarat" bermaksud Terma dan Syarat Pengangkutan ini.
  • "Bagasi Tidak Berdaftar" bermaksud apa-apa bagasi selain daripada Bagasi Berdaftar termasuk semua barangan yang anda bawa ke dalam kabin pesawat.
  • "Kami", "diri kami", "kami sendiri" dan "Pengangkut" bermaksud PT Indonesia AirAsia (30.06.1.51.07399).
  • "Laman Web" bermaksud laman internet www.airasia.com yang kami sediakan untuk Penumpang membuat tempahan dalam talian dan untuk mendapatkan maklumat tentang kami.

1.2 Kapsyen: Tajuk atau kapsyen setiap Artikel dalam Terma & Syarat ini adalah untuk kemudahan sahaja dan bukan untuk kegunaan penafsiran teks.

Keterterapan

2.1 Umum: Terma & Syarat ini dipakai untuk pengangkutan udara atau pengangkutan cara lain termasuk pengangkutan darat untuk Penumpang dan Bagasi yang dikendalikan oleh atau bagi pihak kami, dan untuk apa-apa tanggungan (liabiliti) yang mungkin wujud berkaitan dengan pembawaan dan pengangkutan tersebut.

2.2 Terma & Syarat Terpakai: Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Terma & Syarat ini, sekiranya terdapat ketidaktekalan antara Terma & Syarat ini dengan Syarat Kontrak kami atau apa-apa peraturan lain yang kami ada berkenaan perkara tertentu, Terma & Syarat ini hendaklah dipakai setiap kali.

2.3 Bahasa: Bahasa untuk Terma & Syarat ini ialah Bahasa Inggeris dan walaupun terdapat terjemahannya dalam bahasa lain, Bahasa Inggeris hendaklah menjadi satu-satunya bahasa yang digunakan untuk penafsiran Terma & Syarat ini.

Tiket/Jadual Perjalanan

3.1 Keterangan Prima Facie Kontrak: Jadual Perjalanan ialah keterangan prima facie kontrak untuk pengangkutan antara penumpang dan kami. Jadual Perjalanan, Terma & Syarat ini serta Syarat Kontrak kami (termasuk Tarif yang terpakai) bersama-sama membentuk terma dan syarat kontrak pengangkutan antara anda dan kami.

3.2 Kebolehpindahan: Kontrak untuk pengangkutan hanya boleh dipindahkan seperti yang diperuntukkan dalam Terma & Syarat ini dan Syarat Kontrak kami.

3.3 Kesahan: Jadual Perjalanan hanya sah untuk Penumpang yang dinamakan dan penerbangan yang dinyatakan di dalamnya.

3.4 Identiti: Kami akan menyediakan pengangkutan hanya kepada Penumpang yang dinamakan dalam Jadual Perjalanan atau Tiket Elektronik. Anda akan diminta untuk menunjukkan pengenalan diri yang berkenaan semasa daftar masuk.

Tambang

4.1 Umum: Tambang hanya dikenakan untuk pengangkutan dari lapangan terbang permulaan hingga ke lapangan terbang destinasi. Tambang tidak termasuk perkhidmatan pengangkutan darat antara lapangan terbang dan lapangan terbang dengan terminal bandar kecuali jika dinyatakan sebaliknya secara khusus oleh kami. Kami hanya merupakan pengangkut dari satu tempat ke tempat lain, melainkan jika anda membeli tempahan Fly-Thru kami dan kami tidak bertanggungjawab terhadap anda untuk apa-apa penerbangan sambungan. Kami tidak bertanggungjawab atas kegagalan anda menaiki mana-mana penerbangan sambungan.

4.2 Bayi: Yuran untuk bayi berumur antara sembilan (9) hari hingga kurang dari dua (2) tahun (24 bulan) (pada tarikh perjalanan untuk penerbangan keluar yang pertama) dipaparkan dalam Jadual Bayaran. Seorang bayi boleh dibenarkan terbang dengan syarat dia duduk di atas riba seorang dewasa. Hanya seorang (1) bayi dibenarkan untuk seorang (1) dewasa. Kereta sorong bayi tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat. Bilangan bayi adalah dihadkan untuk setiap penerbangan disebabkan oleh peraturan keselamatan dan oleh yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk membawa bayi bersama anda.

4.3 Cukai Kerajaan, Caj dan Surcaj Insurans: Apa-apa cukai kerajaan, caj atau surcaj insurans yang dikenakan kepada perjalanan udara oleh Kerajaan, pihak berkuasa yang berkenaan atau pengendali lapangan terbang berkaitan dengan penggunaan sebarang perkhidmatan atau kemudahan kami adalah sebagai penambahan kepada tambang kami, bayaran pentadbiran dan caj yang perlu anda tanggung, kecuali jika kami nyatakan sebaliknya secara khusus. Cukai kerajaan, caj dan surcaj insurans tersebut boleh berubah dari semasa ke semasa dan boleh dikenakan walaupun selepas tarikh pengesahan tempahan anda. Walau bagaimanapun, anda hendaklah menanggung cukai kerajaan, caj dan surcaj insurans tersebut dan perlu dibayar sebelum perlepasan.

Kami akan membayar balik cukai lapangan terbang sahaja. Cukai lapangan terbang hanya akan dibayar balik jika pemohonan dibuat secara bertulis dalam masa 6 bulan selepas tarikh perjalanan, dan akan dikenakan yuran pemprosesan bayaran balik, jika berkenaan.

4.4 Mata wang: Tambang dan caj perlu dibayar menggunakan mata wang yang ditetapkan dalam senarai tambang kami yang diumumkan kecuali jika kami nyatakan sebaliknya secara khusus.

4.5 Ketepatan: Semua tambang, harga, jadual penerbangan, laluan yang diumumkan, produk dan perkhidmatan tempahan awal adalah betul pada masa penerbitan dan tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.

4.6 Tambang Terpakai: Tambang terpakai adalah tambang yang telah diumumkan oleh atau bagi pihak kami, sama ada secara elektronik atau menggunakan medium lain. Tambang mungkin tidak termasuk bayaran pentadbiran, caj perkhidmatan dan caj lain kecuali jika kami nyatakan sebaliknya secara khusus.

Penempahan Tempat Duduk

5.1 Pengesahan Tempahan: Penempahan Tempat Duduk akan disahkan selepas pembayaran penuh tambang dibuat dan selepas kami mengeluarkan nombor tempahan dan/atau Jadual Perjalanan kepada anda. Setelah disahkan, tempahan itu tidak boleh dibatalkan dan bayaran yang dibuat tidak boleh dikembalikan.

5.2 Tempahan Berkumpulan: Ini tertakluk kepada terma tertentu yang berubah dari semasa ke semasa. Sila hubungi kami untuk mendapatkan butiran lanjut.

5.3 Penukaran Penerbangan: Setelah nombor tempahan dikeluarkan, penukaran penerbangan adalah tertakluk kepada terma berikut: Tiada penukaran dibenarkan dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan. Caj untuk penukaran penerbangan yang dilakukan di luar tempoh empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu perlepasan adalah dinyatakan dalam Jadual Bayaran, tertakluk kepada syarat berikut:

  • jika terdapat tambang yang lebih murah, perbezaan tambang tidak akan dibayar balik kepada penumpang;
  • jika penerbangan baharu yang ditempah itu adalah dalam kelas tambang yang lebih tinggi daripada kelas penerbangan yang dibatalkan, perbezaan tambang itu hendaklah dibayar oleh penumpang sebelum pembatalan atau penukaran tersebut boleh diteruskan;
  • penukaran tersebut tidak disahkan sehinggalah kami mengeluarkan Jadual Perjalanan dan/atau nombor tempahan baharu kepada anda.
  • penukaran laluan adalah tidak dibenarkan.

5.4 Tambang Promosi: Artikel 5.3 berkenaan peraturan Penukaran Penerbangan dan Artikel 5.5 berkenaan Penukaran Nama tidak boleh dipakai untuk tambang promosi terpilih yang tertentu.

5.5 Penukaran Nama: Setelah nombor tempahan dikeluarkan, anda tidak dibenarkan untuk menukar nama penumpang dalam tempahan yang disahkan dengan nama penumpang lain.

5.6 Pembayaran: Tambang mestilah dibayar sepenuhnya apabila tempahan dibuat. Sekiranya tambang belum dibayar sepenuhnya atas apa jua sebab, kami berhak untuk membatalkan tempahan itu sebelum daftar masuk dan/atau tidak membenarkan anda menaiki pesawat.

5.7 Data Peribadi: Dengan ini anda mengaku dan bersetuju bahawa data peribadi anda telah diberikan kepada kami bagi membuat tempahan untuk pengangkutan dan menyediakan pengesahan tempahan tersebut kepada anda; menyediakan dan membangunkan perkhidmatan dan kemudahan sampingan; membantu prosedur imigresen dan kemasukan, perakaunan, pengebilan dan pengauditan; menyemak kad kredit atau bayaran lain; tujuan keselamatan, pentadbiran, dan undang-undang,; pengeluaran kad kredit; pengujian, penyelenggaraan dan pembangunan sistem; analisis statistik, dan bagi membantu kami dalam segala urusan dengan anda pada masa akan datang. Bagi semua tujuan ini, dengan menyertai kontrak pengangkutan bersama kami, anda memberi kuasa kepada kami untuk menyimpan dan menggunakan data peribadi anda serta untuk menghantarnya ke pejabat, ejen berdaftar dan sekutu perniagaan pihak ketiga kami sendiri, agensi kerajaan, pengangkut lain atau pembekal perkhidmatan yang disebut di atas.

5.8 Susunan tempat duduk: Kami tidak memberi jaminan akan menyediakan tempat duduk tertentu di dalam pesawat dan anda bersetuju untuk menerima sebarang tempat duduk yang diperuntukkan atau dengan cara lain disediakan dalam penerbangan itu. Tempat duduk anda akan diperuntukkan semasa daftar masuk. Kami berhak untuk mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, termasuk setelah menaiki pesawat. Ini mungkin perlu atas sebab-sebab operasi, keselamatan, peraturan kerajaan, kesihatan atau perlindungan. Penumpang tidak dibenarkan menukar tempat duduk kepada yang nilainya lebih tinggi semasa dalam pesawat.

5.8.1 Permintaan awal tempat duduk (ASR): Anda boleh membuat bayaran tertentu untuk permintaan awal tempat duduk (ASR) sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan, tertakluk kepada ketersediaan. Sila rujuk Jadual Bayaran kami untuk bayaran ASR. Dalam hal berkaitan ASR yang telah dibeli, kami berhak mengatur atau mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, walaupun selepas menaiki pesawat. Ini mungkin perlu atas sebab-sebab operasi, keselamatan atau perlindungan. Kami tidak menjamin sebarang pengaturan semula tempat duduk tertentu, sama ada tempat duduk tepi laluan, tingkap, baris keluar, atau jenis tempat duduk lain. Walau bagaimanapun, kami akan berusaha sewajarnya untuk mematuhi pengaturan tempat duduk berbayar. Penumpang tidak dibenarkan menukar tempat duduk kepada yang nilainya lebih tinggi semasa dalam pesawat.

5.8.2 Setelah pembelian ASR berjaya, sekiranya pada bila-bila masa jadual kami diubah, ditamatkan, dilewatkan atau digabungkan yang menurut pertimbangan wajar kami disebabkan oleh keadaan yang di luar kawalan kami atau atas sebab-sebab komersial atau keselamatan, kami boleh, mengikut pilihan kami, sama ada:

  • menempatkan anda dengan ASR yang sama dalam penerbangan yang tersedia berikutnya; atau
  • menempatkan anda dengan ASR pada nilai setara dalam penerbangan yang tersedia berikutnya; atau
  • menempatkan anda secara rambang di mana-mana tempat duduk dalam penerbangan yang tersedia berikutnya, yang dengan itu pihak kami akan membayar balik harga ASR kepada anda..
Pilihan-pilihan yang digariskan dalam Artikel 5.8.2 ini adalah remedi tunggal dan eksklusif yang tersedia untuk anda dan selepas itu kami tidak lagi mempunyai liabiliti terhadap anda.

5.9.1 Produk dalam penerbangan: Penyediaan produk, perkhidmatan atau program yang diiklankan dalam penerbangan adalah tertakluk kepada ketersediaan. Produk atau perkhidmatan dalam penerbangan tidak boleh dipulangkan atau dipindah milik setelah dibeli. Kami tidak menerima apa-apa tempahan atau perubahan kepada produk atau perkhidmatan dalam penerbangan dalam masa 24 jam dari waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan. Kami berhak untuk meminda/mengubah harga atau menggantikan apa-apa komponen produk atau perkhidmatan dalam penerbangan tanpa notis terlebih dahulu. Pas masuk ialah bukti pembelian produk atau perkhidmatan dalam penerbangan yang ditempah awal, dan hendaklah ditunjukkan kepada anak kapal semasa di dalam pesawat untuk menuntut produk atau perkhidmatan pratempah tersebut. Semua harga dan/atau penjimatan yang dinyatakan untuk produk atau perkhidmatan dalam penerbangan anda adalah sah pada waktu tempahan.

5.9.2 Hidangan/Makanan: Pilihan hidangan adalah tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa. Makanan mungkin mengandungi kekacang, hasil tenusu dan/atau gluten. Kami tidak menerima sebarang tempahan atau penukaran kepada pilihan hidangan anda dalam masa 24 jam dari waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan. Semua harga dan/atau penjimatan yang didapati daripada hidangan pratempah anda adalah sah pada waktu penempahan.Kami berhak, tanpa notis terlebih dahulu, untuk meminda/mengubah harga hidangan pratempah, menggantikan apa-apa komponen hidangan pratempah dengan hidangan yang sama nilai tertakluk pada ketersediaan dan/atau kesesuaian pesawat.

5.9.2.1 Pembelian Hidangan Pratempah: Pas masuk adalah bukti pembelian hidangan pratempah anda dan hendaklah ditunjukkan kepada anak kapal semasa di dalam pesawat untuk menuntut hidangan pratempah anda. Kami tidak menjamin ketersediaan hidangan pratempah anda tetapi kami akan berusaha untuk mematuhi pembelian anda. Sekiranya berlaku kelewatan, pembatalan dan/atau penjadualan semula pada penerbangan anda, kami berhak, tanpa notis terlebih dahulu, menggantikan apa-apa komponen hidangan pratempah anda dengan hidangan yang sama nilai tertakluk pada ketersediaan dan/atau kesesuaian pesawat.

5.10 Insurans Perjalanan: Oleh kerana liabiliti kami terhadap anda adalah terhad, kami mengesyorkan supaya anda membeli insurans perjalanan untuk melindungi:

  • perubahan dalam rancangan perjalanan dan pembatalan perjalanan
  • kehilangan, kelewatan atau kerosakan pada Bagasi dan/atau pemilikan peribadi
  • kos perubatan tertanggung termasuk caj yang dikenakan oleh paramedik dalam kes kecemasan di port pelepasan dan ketibaan

Daftar Masuk dan Keperluan Pengangkutan yang Lain

6.1.1 Daftar Masuk, Waktu Akhir dan Syarat: Kaunter daftar masuk kami dibuka tiga (3) jam sebelum masa pelepasan penerbangan yang dijadualkan untuk laluan Antarabangsa dan dua (2) jam sebelum masa pelepasan penerbangan untuk laluan Domestik. Kaunter ditutup enam puluh (60) minit sebelum masa pelepasan penerbangan yang dijadualkan untuk laluan Antarabangsa dan empat puluh lima (45) minit sebelum masa pelepasan penerbangan yang dijadualkan untuk laluan Domestik*. Waktu akhir daftar masuk mungkin berbeza di lapangan terbang berlainan dan bagi penerbangan tertentu. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhi waktu akhir ini, yang butirannya boleh didapati semasa anda membuat penempahan. Bagaimanapun, tanpa mengurangkan keluasan makna peruntukan dalam Terma & Syarat ini yang mempengaruhi hak penolakan pengangkutan, kami berhak untuk tidak membenarkan anda mendaftar masuk tanpa sebarang liabiliti dan tanpa perlu membayar balik kepada anda apa-apa tambang yang telah dibayar:

  • jika anda cuba untuk mendaftar masuk enam puluh (60) minit sebelum masa pelepasan penerbangan anda yang dijadualkan untuk laluan Antarabangsa dan empat puluh lima (45) minit sebelum masa pelepasan penerbangan anda yang dijadualkan untuk laluan Domestik*;
  • jika anda gagal untuk membawa pengenalan diri yang berkenaan atau gagal untuk memperkenalkan diri anda kepada kakitangan kami;
  • jika anda gagal untuk menyediakan dokumen yang sewajarnya (dokumen perjalanan yang rosak tidak akan diterima sebagai dokumen yang sewajarnya), permit, visa berkenaan yang perlu untuk perjalanan ke tempat atau negara tertentu;
  • jika anda belum membayar sepenuhnya tambang atau bayaran atau caj lain yang perlu dibayar kepada kami;
  • jika anda telah bertindak ganas terhadap kakitangan kami atau menyebabkan gangguan di kaunter kami atau mendera kakitangan kami sama ada secara fizikal atau lisan;
  • jika Kerajaan atau pihak berkuasa lain melarang anda daripada mendaftar masuk atau menaiki pesawat;
  • jika menurut pertimbangan kami, anda tidak cukup sihat untuk membuat perjalanan disebabkan mabuk atau apa-apa keadaan perubatan yang ketara teruknya; dan/atau
  • jika menurut pertimbangan kami, anda bermasalah dari segi perubatan untuk membuat perjalanan atau keadaan perubatan anda akan atau boleh menimbulkan bahaya atau ancaman kepada kesihatan penumpang lain.
*Kaunter daftar masuk untuk penerbangan Antarabangsa dan Domestik di klia2 akan ditutup enam puluh (60) minit sebelum masa pelepasan penerbangan yang dijadualkan.

6.1.2 Daftar Masuk Sendiri: Kami menawarkan kemudahan daftar masuk sendiri. Kemudahan ini tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pembatasan terhadap perubahan selepas daftar masuk yang boleh dilihat di laman web kami di bahagian Daftar Masuk Sendiri.

6.1.3 Ketiadaan Tempat Duduk: Terdapat kemungkinan bahawa tempat duduk tidak tersedia untuk anda dalam penerbangan walaupun tempahan anda telah disahkan. Ini adalah perkara biasa dalam industri penerbangan iaitu tempah berlebihan. Sekiranya berlaku ketiadaan tempat duduk sedemikian, kami boleh, mengikut pilihan kami, sama ada:

  1. membawa anda seawal mungkin menaiki penerbangan kami yang lain yang telah dijadualkan sekiranya terdapat kekosongan tanpa caj tambahan dan, jika perlu, menambah tempoh kesahan tempahan anda; atau
  2. sekiranya anda memilih untuk membuat perjalanan pada masa lain, mengekalkan nilai tambang anda dalam akaun kredit anda untuk perjalanan pada masa akan datang dengan syarat anda mesti menempah semula dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tersebut.

6.1.4 Remedi tunggal: Pilihan yang digariskan dalam Artikel 6.1.3 (a) hingga (b) ialah remedi tunggal dan eksklusif yang tersedia untuk anda, dan kami tidak lagi mempunyai liabiliti terhadap anda.

6.2.1 Menaiki pesawat: Anda mesti berada di pintu masuk pesawat sekurang-kurangnya tiga puluh (30) minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan. Pintu akan ditutup dua puluh (20) minit sebelum perlepasan. Jika anda tiba di pintu masuk pesawat melepasi masa tersebut, anda tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan.

6.2.2 Penumpang yang telah membeli Tempat duduk popular melalui khidmat ASR kami akan diberi keutamaan semasa beratur untuk menaiki pesawat yang membolehkan mereka mendahului penumpang lain. Apabila kemasukan biasa ke pesawat bermula, penumpang yang telah membeli Tempat duduk popular kami hendaklah menyertai barisan tersebut.

6.3 Ketidakhadiran: Anda perlu hadir untuk mendaftar masuk tepat pada masanya dan berada di pintu masuk pesawat tidak lewat dari masa yang ditetapkan ketika daftar masuk. Jika anda gagal mendaftar masuk pada waktunya atau gagal menaiki pesawat sebelum ia berlepas, tambang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan kepada anda atas apa sebab sekalipun.

6.4 Pematuhan: Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan dan kehendak negara perlepasan, negara destinasi atau negara transit serta dengan Terma & Syarat kami, notis dan arahan yang kami berikan yang berkaitan dengannya. Kami tidak bertanggungjawab kepada anda dalam apa jua keadaan yang berkaitan dengan usaha bagi mendapatkan dokumen yang diperlukan atau bagi mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan, notis, kehendak atau arahan tersebut, sama ada diberi secara lisan atau bertulis atau cara lain, atau bagi akibat yang terjadi disebabkan oleh kegagalan anda untuk mendapatkan dokumen tersebut atau untuk mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan, notis, kehendak atau arahan tersebut.

6.5 Dokumen Perjalanan: Anda bertanggungjawab untuk mendapatkan dan mesti memiliki dan membawa untuk ditunjukkan seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkenaan semua dokumen kemasukan dan keluaran, dokumen kesihatan serta dokumen lain yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan atau kehendak negara perlepasan, destinasi atau transit. Dokumen perjalanan anda akan diperiksa dengan pelbagai pangkalan data, termasuk pangkalan data INTERPOL, bagi tujuan keselamatan, pencegahan jenayah dan penguatkuasaan undang-undang. Anda juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda mempunyai halaman yang mencukupi dalam dokumen perjalanan anda bagi memenuhi keperluan kemasukan destinasi. Kami berhak untuk menolak pengangkutan mana-mana Penumpang yang tidak mematuhi, atau yang dokumennya didapati tidak mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan atau kehendak yang terpakai tersebut.

6.6 Makluman Dokumen

Perjalanan Domestik: Orang dewasa perlu menunjukkan salah satu daripada dokumen asal yang berikut untuk semua penerbangan domestik.

  1. Kad Pengenalan Asal* (MyKad/MyKid/MyTentera/MyPR/MyKAS) dan dokumen sementara yang lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
  2. Kad Agensi Penguatkuasaan yang Asal (PDRM/SPRM/ATM)
  3. Surat Beranak Asal (yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara)
  4. Kad Asal yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia (Diplomatik/Bukan Diplomatik/Konsular/Organisasi Antarabangsa)
  5. Pasport Asal
  6. Kad Pelajar Asal (Warga asing) yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia - bersama-sama dengan pasport asal
  7. Kad Ahli Parlimen Malaysia yang Asal
  8. Kad Pengenalan UNHCR yang Asal
  9. Laporan Polis yang Asal - (sah dalam tempoh 24 jam sahaja)
For domestic flights to Sabah and Sarawak, only items (i) to (vii) are acceptable.

Bagi penerbangan domestik ke Sabah dan Sarawak, hanya item (i) hingga (vii) akan diterima : Kanak-kanak berumur kurang dari 12 tahun akan dibenarkan menaiki pesawat setelah menunjukkan surat beranak atau kad pengenalan atau Sijil Pengambilan Anak Angkat yang asal (Sijil Pengambilan Anak Angkat tersebut hendaklah seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia). Kanak-kanak berusia 12 tahun atau lebih perlu mengemukakan sijil kelahiran asal atau kad pengenalan.

Selain itu, kecuali bagi kanak-kanak warga Malaysia yang membuat perjalanan ke Sabah dan Sarawak (dokumen perjalanan dinyatakan di atas), surat beranak atau pasport atau kad pengenalan** asal kanak-kanak tersebut diperlukan sebelum mereka dibenarkan menaiki pesawat.

Laluan Antarabangsa: Semua penumpang yang membuat perjalanan ke laluan antarabangsa mestilah mempunyai pasport sah dengan tempoh sah laku sekurang-kurangnya enam (6) bulan serta visa sah yang berkenaan. Penumpang tersebut mestilah memiliki tiket balik atau tiket untuk penerbangan seterusnya. Jika anda membeli produk FLY-THRU kami, anda bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan syarat kemasukan ke destinasi terakhir anda.

* Kad pengenalan ialah pengenalan diri yang sah dalam negara yang mengeluarkannya sahaja.
** Kad berikut sah digunakan sebagai pengenalan diri kanak-kanak: Mykid bagi Malaysia, Kad Pengenalan Nasional Thai bagi Thailand dan Kartu Keluarga bagi Indonesia.
*** Pasport asli diterima sebagai pengenalan diri yang sah di bawah artikel ini.

6.7 Penolakan Kemasukan: Anda bersetuju untuk membayar tambang dan/atau penalti atau denda yang berkenaan apabila kami, menurut arahan mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa imigresen, dikehendaki menghantar anda pulang ke lapangan terbang permulaan atau tempat lain, disebabkan anda tidak diterima masuk ke sesebuah negara, sama ada negara transit atau destinasi. Dalam keadaan tersebut, kami tidak akan membayar balik tambang kepada anda.

6.8 Penumpang Bertanggungjawab terhadap Denda, Penumpang Bertanggungjawab terhadap Denda, Kos Penahanan, Kos Perubatan dsb: Sekiranya kami dikehendaki untuk membayar atau mendepositkan apa-apa denda atau penalti atau untuk menanggung apa-apa perbelanjaan disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan atau keperluan perjalanan lain di negara perlepasan, destinasi atau transit, atau untuk menunjukkan dokumen yang dikehendaki, untuk memberi apa-apa penjagaan perubatan termasuk perkhidmatan paramedik jika berlaku kecemasan di lapangan pelepasan dan ketibaan, anda hendaklah membayar balik kepada kami apa-apa jumlah yang dibayar atau perbelanjaan yang ditanggung sedemikian rupa atau yang perlu dibayar apabila diminta berbuat demikian. Kami boleh menggunakan apa-apa nilai perbelanjaan pengangkutan yang tidak anda gunakan, atau apa-apa dana yang perlu dibayar kepada anda dalam simpanan kami untuk membiayai bayaran atau perbelanjaan tersebut.

6.9 Pemeriksaan Keselamatan: Anda hendaklah menjalani apa-apa pemeriksaan keselamatan atau kesihatan yang dikendalikan oleh Kerajaan atau pegawai lapangan terbang atau kami sendiri.

Penolakan dan Pembatasan Pengangkutan

7.1 Hak untuk menolak pengangkutan: Kami boleh menolak pengangkutan anda atau bagasi anda atas sebab-sebab keselamatan atau jika, menurut budi bicara wajar kami, kami menentukan bahawa:

  • tindakan tersebut adalah perlu atas sebab-sebab keselamatan atau perlindungan;
  • tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan atau perintah yang terpakai di mana-mana negeri atau negara perlepasan, destinasi atau transit;
  • kelakuan, status, umur atau keadaan mental atau fizikal anda atau keadaan fizikal bagasi anda adalah sedemikian rupa:
    1. sehingga menyebabkan kebimbangan yang munasabah akan berlaku bahaya kepada penumpang lain atau anak kapal kami; atau
    2. sehinggakan anda boleh menimbulkan bahaya atau risiko kepada anda sendiri, orang lain atau harta benda;
  • anda telah melakukan salah laku dalam penerbangan sebelum ini dan terdapat kemungkinan yang munasabah bahawa kelakuan tersebut akan diulang;
  • anda tidak mematuhi, atau berkemungkinan gagal untuk mematuhi arahan kami;
  • anda enggan menjalani pemeriksaan keselamatan;
  • tambang yang dikenakan atau apa-apa caj atau cukai yang perlu dibayar belum dijelaskan;
  • pembayaran tambang anda adalah palsu;
  • anda tidak mempunyai dokumen yang sepatutnya untuk perjalanan;
  • penempahan Tempat Duduk kami dibuat secara penipuan atau menyalahi undang-undang atau telah dibeli daripada seseorang yang tidak diberi kuasa oleh kami;
  • kad kredit yang anda gunakan untuk membayar tambang telah dilaporkan hilang atau dicuri;
  • Jadual Perjalanan atau tempahan atau Tiket Elektronik adalah palsu atau diperoleh secara penipuan;
  • Jadual Perjalanan telah diubah oleh seseorang selain daripada kami atau ejen berdaftar kami, atau telah dirosakkan (dalam kes ini kami berhak untuk menyimpan dokumentasi tersebut); dan/atau
  • orang yang mendaftar masuk atau menaiki pesawat gagal membuktikan bahawa dialah orang yang dinamakan sebagai penumpang dalam Jadual Perjalanan (kami berhak untuk menyimpan Jadual Perjalanan tersebut dalam keadaan ini).
  • bagi tempahan a FLY-THRU, anda tidak membuat perjalanan mengikut peruntukan dalam Artikel 4.1.1

7.2 Kanak-kanak Tanpa Pengiring: Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak akan diterima untuk penerbangan melainkan jika mereka diiringi oleh individu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Kanak-kanak tersebut mestilah duduk di sebelah pengiring dewasa yang mengiringinya. Pengiring dewasa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesejahteraan kanak-kanak yang terbang bersamanya. Ini termasuk memastikan tempat duduk ditempah supaya kanak-kanak dan pengiring dewasa dapat duduk bersama-sama.

7.3 Penumpang kurang upaya/bermasalah dari segi perubatan: Atas sebab-sebab keselamatan, AirAsia hanya boleh membawa maksimum 4 penumpang kurang upaya* dalam setiap penerbangan, dengan syarat penumpang kuadriplegik dihadkan kepada tidak melebihi 2 orang bagi setiap penerbangan. Dalam keadaan tertentu, kami boleh meminta penumpang itu untuk terbang bersama seorang teman. Sila rujuk Artikel 7.3.1 (Perjalanan bersama Teman).

Kami menerima kerusi roda/alat bantu pergerakan (termasuk kerusi roda/alat bantu pergerakan berkuasa bateri) dalam penerbangan kami, tertakluk pada Artikel 8.5 di bawah. Kami telah menyediakan maklumat lanjut mengenai bagaimana kerusi roda/alat bantu pergerakan anda akan diangkut di Laman web kami.

Melainkan ditentukan oleh kami, penumpang dengan keadaan perubatan/penyakit perlu memberikan sijil perubatan yang sah bertarikh tidak lebih daripada sepuluh (10) hari sebelum tarikh penerbangan dan menandatangani Pernyataan Liabiliti Terhad semasa daftar masuk untuk mengesahkan mereka sihat untuk membuat perjalanan. Untuk keselamatan penumpang lain, kami mempunyai hak untuk menafikan kemasukan penumpang yang mengalami penyakit jangkitan, berjangkit atau kronik atas budi bicara kami.

Penumpang dengan keperluan khusus yang memerlukan bantuan khas dan penumpang dengan keadaan perubatan / penyakit termasuk mereka yang mungkin memerlukan pengurusan atau membawa ubat / picagari menaiki kapal diminta untuk menghubungi kami melalui bual web langsung kami atau pusat panggilan kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh penerbangan untuk membuat pengaturan terlebih dahulu untuk jenis bantuan khas yang diperlukan. Tetamu yang memerlukan perkhidmatan kerusi roda perlu menempahnya terlebih dahulu semasa membuat tempahan tiket atau melalui Urus Tempahan Saya sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Kegagalan untuk memaklumkan kami akan menyebabkan perkhidmatan khas atau kerusi roda tidak tersedia sewaktu ketibaan anda di lapangan terbang dan anda mungkin tidak dibenarkan menaiki pesawat. Atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan, penumpang dengan keperluan khas hendaklah mendaftar masuk di lapangan terbang.

*“kurang upaya” merujuk kepada penumpang paraplegik (lumpuh kedua-dua kaki) atau kuadriplegik (lumpuh kedua-dua tangan dan kaki).

7.3.1 Perjalanan bersama teman: Kami boleh meminta anda untuk membuat perjalanan bersama seorang teman sekiranya:

  • ia penting untuk keselamatan; atau
  • penumpang itu tidak boleh membantu pemindahan diri sendiri dari pesawat; atau
  • penumpang itu tidak boleh memahami arahan keselamatan.

7.3.2 Susunan Tempat Duduk: Kami akan membuat penyesuaian tempat duduk yang sewajarnya untuk Penumpang dengan keperluan tertentu menurut undang-undang yang berkenaan. Kami berhak mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, termasuk selepas menaiki pesawat. Ini mungkin perlu atas sebab-sebab operasi, keselamatan, peraturan kerajaan, kesihatan atau perlindungan.

7.4 Penumpang Hamil: Adalah menjadi kewajiban penumpang hamil untuk memberitahu kami tentang tahap kehamilan mereka semasa penempahan Tempat Duduk dan di kaunter daftar masuk. Pengangkutan bagi penumpang hamil adalah tertakluk kepada syarat berikut:

  • Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): Penumpang hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
  • Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk):
    1. Tetamu mesti menyerahkan surat akuan doktor yang disahkan.
    2. Surat akuan doktor itu mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara, mengikut mana yang berkenaan.
    3. Penumpang hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
  • Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu: Pengangkutan melalui penerbangan AirAsia tidak dibenarkan.

7.5 Bayi berumur 8 hari dan/atau ke bawah: Kami berhak untuk tidak membawa bayi yang berumur lapan (8) hari atau ke bawah. Kami boleh, menurut budi bicara mutlak kami, memutuskan untuk membawa bayi tersebut dalam penerbangan kami apabila pengangkutan itu dibenarkan dengan jelas secara bertulis oleh pengamal perubatan dan apabila ibu bapa bayi itu menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.

Bagasi

8.1 Barangan yang Tidak Diterima sebagai Bagasi atau untuk Dibawa Dalam Bagasi: Kami berhak untuk menolak pengangkutan bagasi atau barangan yang dijumpai dalam bagasi seperti berikut:

  • Barangan yang tidak dimasukkan dengan kemas ke dalam beg pakaian atau bekas lain yang sesuai untuk memastikan pengangkutan yang selamat dengan penjagaan dan pengendalian biasa;
  • Barang-barang yang berkemungkinan boleh membahayakan pesawat atau orang-orang atau harta benda di dalamnya dan/atau didefinisikan sebagai barang-barang berbahaya di bawah Peraturan Barang-Barang Berbahaya oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), atau Terma & Syarat kami serta Syarat-Syarat Kontrak.
  • Barangan yang pengangkutannya adalah dilarang oleh undang-undang, peraturan atau arahan yang dipakai oleh mana-mana negeri atau negara perlepasan, destinasi atau transit;
  • Barangan yang pada pendapat wajar kami tidak sesuai untuk diangkut disebabkan oleh berat, bentuk, saiz atau ciri-cirinya;
  • Barangan mudah pecah atau mudah rosak;
  • Binatang hidup atau mati;
  • Tinggalan rangka manusia atau binatang;
  • Makanan laut yang segar atau dibekukan atau daging lain dengan syarat barangan tersebut boleh dibawa ke dalam pesawat sebagai bagasi bimbit hanya jika kami berpuas hati bahawa ia telah dibungkus dengan rapi. Hanya bekas polistirena dan/atau penyejuk yang mengandungi makanan kering/tidak mudah rosak dibenarkan untuk didaftar masuk selepas pemeriksaan kandungan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Sekiranya penumpang enggan menjalani pemeriksaan, kami berhak untuk menolak kemasukan bagasi itu;
  • Senjata api dan amunisi;
  • Bahan letupan, gas mudah bakar atau tidak mudah bakar (seperti cat aerosol, gas butana, isian pemetik api), gas yang disejukkan (seperti silinder akualung terisi, nitrogen cecair), cecair mudah bakar (seperti cat, pencair, pelarut), pepejal mudah bakar (seperti mancis, pemetik api), peroksida organik (seperti resin), racun, bahan berjangkit (seperti virus, bakteria), bahan radioaktif (seperti radium), bahan kakis (seperti asid, alkali, merkuri, termometer), bahan bermagnet, bahan pengoksidaan (seperti peluntur), rokok elektronik.
  • Senjata seperti senjata api antik, pedang, pisau atau barang seumpamanya dengan syarat bahawa barang sedemikian bolehlah dibenarkan sebagai bagasi sebagai bagasi berdaftar atas budi bicara mutlak kami atas sebab-sebab yang sangat istimewa. Barang-barang ini tidak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat walau apa jua alasannya.

8.2 Barangan Berharga dan Mudah Pecah: Penumpang dinasihatkan agar tidak mendaftar masuk barangan sedemikian sebagai bagasi. Jika ia didaftar masuk sebagai bagasi, penumpang bersetuju bahawa pengangkutan barangan itu dibuat atas risiko mereka sendiri. Barangan tersebut termasuklah wang, barang kemas, logam berharga, barang-barang perak, peranti elektronik, komputer, kamera, peralatan video, dokumen boleh niaga, sekuriti atau barangan berharga lain, pasport dan dokumen pengenalan lain, surat ikatan hak milik, artifak, manuskrip dan yang seumpamanya.

8.3 Hak untuk Menggeledah: Atas sebab-sebab keselamatan dan perlindungan, kami boleh meminta anda menjalani pemeriksaan, imbasan x-ray atau jenis imbasan lain terhadap diri anda atau Bagasi anda. Kami berhak menggeledah Bagasi anda tanpa kehadiran anda sekiranya anda tidak dapat dihubungi, bagi tujuan untuk menentukan sama ada anda memiliki atau Bagasi anda mengandungi apa-apa barangan yang tidak boleh diterima atau terlarang. Jika anda enggan mematuhi pemeriksaan atau imbasan tersebut, kami berhak untuk menolak pengangkutan anda dan Bagasi anda tanpa bayaran balik tambang kepada anda dan tanpa apa-apa liabiliti lain terhadap anda. Sekiranya pemeriksaan atau imbasan itu menyebabkan kecederaan kepada anda atau kerosakan kepada Bagasi anda, kami tidak bertanggungjawab terhadap kecederaan atau kerosakan tersebut melainkan jika ia disebabkan oleh kesalahan atau kecuaian kami. Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan pada kunci yang disebabkan oleh pemeriksaan pihak kastam atau keselamatan di kedua-dua lapangan terbang ketibaan atau lapangan terbang perlepasan.

8.4 Bagasi Berdaftar: Sebaik sahaja Bagasi yang hendak didaftarkan itu diserahkan kepada kami, kami seterusnya akan menjaga Bagasi tersebut dan mengeluarkan Teg Pengenalan Bagasi untuk setiap Bagasi Berdaftar. Bagasi Berdaftar mestilah mempunyai nama anda atau pengenalan diri lain yang dilekatkan dengan kukuh padanya. Bagasi Berdaftar akan dibawa di dalam pesawat yang sama dengan pesawat yang anda naiki kecuali jika kami memutuskan untuk membawanya dengan menggunakan penerbangan alternatif atas sebab-sebab keselamatan, perlindungan atau operasi. Jika Bagasi Berdaftar anda diangkut dalam penerbangan kemudian, kami akan menghantar bagasi itu kepada anda dalam jangka masa yang berpatutan selepas ketibaan penerbangan itu kecuali jika undang-undang terpakai menghendaki anda hadir untuk pelepasan kastam.

8.5 Bagasi Berdaftar

Penerbangan Domestik: Penumpang boleh membawa bagasi berdaftar percuma sehingga 15 kg. Penumpang boleh menambah berat bagasi berdaftar dari 20 kg hingga 40 kg, yang akan dikenakan pada kadar terdiskaun jika dibeli sewaktu penempahan atau selewat-lewatnya 4 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

Penerbangan Antarabangsa: Bayaran bagasi dikenakan untuk pengangkutan Bagasi Berdaftar, yang akan dikenakan pada kadar terdiskaun jika dibeli sewaktu penempahan atau selewat-lewatnya 4 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan atau pada kadar penuh di kaunter Daftar Masuk Lapangan Terbang. Berat Bagasi Berdaftar minimum 15 kg untuk penerbangan domestik dan 20 kg untuk penerbagan antarabangsa boleh dibeli terdahulu.

Mana-mana penumpang, sama ada bagi penerbangan Domestik mahupun penerbangan Antarabangsa, yang mendaftar masuk bagasi yang melebihi jumlah berat yang dibeli sewaktu penempahan atau berat bagasi berdaftar percuma bagi penerbangan Domestik akan dikenakan bayaran untuk setiap kg lebihan di kaunter Daftar Masuk Lapangan Terbang. Sila rujuk Jadual Bayaran kami untuk butiran semua kadar bayaran. Bayaran tersebut tidak boleh dikembalikan atau dipindahkan.

Kereta sorong bayi, kerusi roda manual, peranti mobiliti* dan alat bantu jalan boleh dibawa secara percuma dengan syarat barang-barang ini digunakan oleh penumpang dalam perjalanan.

*Berat maksimum yang dibenarkan untuk alat bantu pergerakan dan kerusi roda ialah 85 kg.

Tiada peruntukan bagasi untuk bayi, namun kereta sorong bayi akan diangkut secara percuma. Penumpang tidak boleh menggunakan peruntukan Bagasi Berdaftar penumpang lain yang tidak digunakan, kecuali jika mereka membuat perjalanan menggunakan Jadual Perjalanan yang sama. Penumpang yang membuat tempahan dalam jadual perjalanan yang sama tetapi tidak meneruskan perjalanan tersebut tidak boleh memindahkan peruntukan berat Bagasi Berdaftar yang tidak digunakan oleh mereka kepada penumpang lain dalam Jadual Perjalanan yang sama. Atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan, Pengangkut tidak akan menerima apa-apa barangan individu yang melebihi 32kg dan dengan kombinasi ukuran yang melebihi 81cm tinggi, 119cm lebar and 119cm panjang. Had berat ini tidak dikenakan untuk peralatan bantuan pergerakan*.

Peralatan sukan boleh diangkut di dalam palka pesawat selepas membuat bayaran yang ditetapkan dalam Jadual Bayaran dan atas risiko anda sendiri. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membeli insurans yang berkenaan untuk barangan tersebut. Alat muzik yang melebihi ukuran bagasi kabin boleh dibawa ke dalam kabin, dengan syarat ia tidak melebihi 75kg dan tempat duduk untuk meletakkannya telah dibeli dan tambang yang berkenaan telah dibayar. Tiada peruntukan bagasi untuk pembelian tempat duduk tambahan tersebut.

*Walau apa pun yang dinyatakan di atas, anda dinasihatkan untuk membuat perancangan terlebih dahulu untuk peranti/peralatan pergerakan anda untuk dihantar oleh pengangkut/kargo secara berasingan jika peranti/peralatan pergerakan anda tidak muat untuk dimasukkan ke dalam kargo pesawat (Dimensi pintu kargo: 140 cm (panjang) x 140 cm (lebar) x 100cm (tinggi)), atau tidak boleh dibawa ke dalam pesawat kami disebabkan oleh apa-apa sebab kesihatan pekerjaan, keselamatan dan/atau peraturan tempatan.

8.5.1 FLY-THRU:

  • Kami akan mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan kelewatan ketika membawa anda dan bagasi anda.
  • Bayaran bagasi lebihan dan/atau bayaran lain yang berkaitan mesti dibayar untuk kedua-dua sektor di tempat permulaan.

8.6 Bagasi Tidak Berdaftar: Semua penumpang (kecuali bayi) dibenarkan membawa dua (2) buah Bagasi Tidak Berdaftar ke dalam pesawat selaras Syarat Pengangkutan yang ditakrifkan dalam artikel ini.

Bagasi Tidak Berdaftar tersebut boleh terdiri daripada kombinasi mana-mana dua (2) buah bagasi berikut:: Satu (1) bagasi kabin atau satu (1) beg komputer riba atau satu (1) beg tangan atau satu (1) beg bersaiz kecil.

Satu (1) Bagasi Kabin:
MESTILAH TIDAK melebihi dimensi 56 cm (T) X 36 cm (L) X 23 cm (D).
MESTILAH MUAT diletakkan di dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas di dalam kabin pesawat.

Satu (1) beg komputer riba atau satu (1) beg tangan atau satu (1) beg bersaiz kecil:
MESTILAH TIDAK melebihi dimensi 40 cm (T) X 30 cm (L) X 10 cm (D).
MESTILAH MUAT diletakkan di bawah tempat duduk hadapan anda.

Jumlah berat yang dibenarkan untuk dua (2) buah bagasi tersebut mestilah tidak melebihi 7 kg.

Mana-mana bagasi kabin yang melebihi berat atau saiz atau yang boleh mengganggu tetamu lain tidak akan dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam pesawat dan tetamu dinasihatkan untuk mendaftarkan barangan sedemikian sebagai Bagasi Berdaftar di kaunter Daftar Masuk Lapangan Terbang menurut Artikel 8.5, dan jika gagal berbuat demikian, kami berhak mendaftarkan ‘Bagasi’ sedemikian sebagai Bagasi Berdaftar semasa anda menaiki pesawat, tertakluk pada bayaran bagasi pintu masuk pesawat yang perlu dibayar di pintu masuk (sila rujuk Jadual Bayaran kami).

Tertakluk pada undang-undang dan peraturan tempatan yang diguna pakai secara meluas, penumpang boleh membawa masuk cecair yang disimpan di dalam bagasi kabin mereka ke dalam pesawat dengan syarat mereka mematuhi pembatasan berikut:

  • Cecair tersebut diisi di dalam bekas dengan isipadu maksimum 100 ml
  • Semua bekas cecair yang mematuhi syarat isipadu maksimum 100 ml setiap satu boleh dimuatkan ke dalam satu beg plastik 1 liter yang lutsinar dan boleh ditutup semula.
    Beg plastik tersebut hendaklah ditunjukkan secara berasingan semasa pemeriksaan keselamatan. Anda mungkin dikehendaki untuk membuang cecair yang tidak memenuhi kehendak di atas.

Tertakluk pada undang-undang dan peraturan tempatan yang diguna pakai secara meluas, penumpang tidak akan dibenarkan untuk membawa masuk sebarang serbuk tak organik seperti garam, pasir, bedak talkum dan/atau serbuk lain yang mungkin akan dihadkan dari semasa ke semasa.

Pada masa ini pihak berkuasa Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah mengehadkan sebarang serbuk tak organik yang dibawa masuk ke dalam pesawat kepada kurang daripada 350 ml/12 oz. Kandungan ini mungkin tertakluk pada pemeriksaan keselamatan tambahan, dan/atau mungkin ditahan oleh pegawai keselamatan.

8.7 Pengambilan dan Penyerahan Bagasi: Anda hendaklah mengambil Bagasi anda sebaik sahaja ia tersedia untuk pengambilan di lokasi destinasi. Jika anda tidak mengambilnya dalam jangka masa yang sewajarnya dan bagasi tersebut perlu disimpan di premis kami, kami boleh mengenakan bayaran penyimpanan. Jika Bagasi Berdaftar tidak dituntut dalam masa satu (1) bulan dari masa ia tersedia untuk pengambilan, kami boleh membuangnya tanpa apa-apa liabiliti terhadap anda. Hanya pemegang Teg Pengenalan Bagasi, yang dihantar kepada Penumpang semasa pendaftaran Bagasi, berhak menerima penyerahan Bagasi. Jika penumpang yang menuntut Bagasi itu tidak dapat mengemukakan Teg Pengenalan Bagasi untuk mengenal pasti Bagasi tersebut, kami akan menyerahkan Bagasi itu kepada penumpang tersebut hanya apabila kami telah berpuas hati bahawa dia telah membuktikan haknya ke atas bagasi tersebut, dan jika kami menghendakinya, penumpang tersebut hendaklah menyediakan jaminan yang mencukupi untuk menanggung sebarang kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang mungkin kami tanggung akibat penyerahan tersebut. Penerimaan Bagasi tanpa aduan oleh pemegang Teg Pengenalan Bagasi semasa penyerahan merupakan bukti prima facie bahawa Bagasi tersebut telah diserahkan dalam keadaan baik dan selaras dengan kontrak pengangkutan yang dipersetujui bersama.

Jadual, Pembatalan

9.1 Jadual: Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan kelewatan semasa membawa anda dan bagasi anda. Kami akan berusaha untuk mematuhi jadual sebenar yang telah diumumkan pada tarikh perjalanan. Walau bagaimanapun, waktu yang tertera dalam jadual waktu, jadual atau tempat lain adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa dan kami tidak bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh penumpang akibat perubahan tersebut.

9.2 Pembatalan, Perubahan Jadual:Pada bila-bila masa selepas tempahan dibuat, kami boleh menukar, membatalkan, mengubah haluan, menunda, menjadualkan semula dan/atau melewatkan mana-mana penerbangan yang kami fikirkan wajar disebabkan oleh keadaan yang berada di luar kawalan kami atau atas sebab-sebab keselamatan atau komersil. Sekiranya berlaku pembatalan penerbangan yang sedemikian, kami boleh, mengikut budi bicara kami, untuk memilih sama ada:

  • menerbangkan anda seawal yang mungkin menggunakan penerbangan kami yang lain yang telah dijadualkan sekiranya terdapat sebarang kekosongan tanpa mengenakan caj tambahan ke atas anda dan, jika perlu, melanjutkan tempoh sah tempahan anda; atau
  • mengekalkan nilai tambang anda dalam akaun kredit anda untuk perjalanan pada masa akan datang sekiranya anda memilih untuk membuat perjalanan pada masa yang lain, dengan syarat anda mesti menempah semula dalam masa sembilan puluh (90) hari dari tarikh tersebut.
  • membayar balik nilai tersebut dengan cara memasukkannya ke dalam akaun bank atau kad kredit mahupun kad debit anda jika anda memilih untuk tidak meneruskan perjalanan anda disebabkan oleh pembatalan dan/atau penjadualan semula penerbangan yang berlaku tiga (3) jam atau lebih sebelum atau selepas masa pelepasan asal yang telah dijadualkan. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, tiada pembayaran balik akan dilakukan apabila penerbangan dilewatkan, dibatalkan dan/atau dijadualkan semula di lapangan terbang pada hari pelepasan dalam keadaan anda masih belum disahkan sebagai penumpang bagi penerbangan tersebut.

9.2.1 FLY-THRU: Jika kelewatan atau pembatalan/penjadualan semula penerbangan kami menyebabkan anda terlepas penerbangan FLY-THRU sedangkan anda mempunyai tempahan yang disahkan, anda berhak menerima:

Jika penerbangan anda terlewat di tempat permulaan: Penukaran percuma untuk menaiki penerbangan sambungan ke destinasi terakhir yang tersedia berikutnya dalam Masa Sambungan kami.

Jika penerbangan anda yang berikutnya terlewat: Penukaran percuma untuk menaiki penerbangan Sambungan yang tersedia berikutnya, dalam Masa Sambungan kami.

Jika penerbangan baharu anda tidak mematuhi syarat Masa Sambungan atau jika Penerbangan Sambungan yang tersedia berikutnya itu jatuh pada keesokan harinya, kami tidak akan menyediakan perkhidmatan berikut:

  • Penginapan sehari atau semalaman
  • Pengangkutan darat
  • Penyimpanan bagasi berdaftar anda. Anda perlu mengambil bagasi anda di tempat transit dan mendaftar masuk semula untuk penerbangan baharu seterusnya.

9.3 Remedi tunggal: Apabila mana-mana kejadian yang dijelaskan dalam Artikel 9.2 berlaku, pilihan yang digariskan dalam Artikel 9.2 (a) hingga (b) ialah remedi tunggal dan eksklusif yang tersedia untuk anda, dan kami tidak lagi mempunyai liabiliti terhadap anda.

Kelakuan Di Dalam Pesawat

10.1 Sekiranya, menurut pendapat wajar kami, kelakuan anda di dalam pesawat boleh membahayakan pesawat atau mana-mana penumpang atau harta benda di dalamnya, ataupun boleh menghalang atau mengganggu tugas anak-anak kapal, atau gagal mematuhi sebarang arahan anak kapal termasuklah tetapi tidak terhad kepada perbuatan yang berkaitan dengan merokok dalam apa bentuk sekalipun termasuk rokok elektronik, pengambilan alkohol, penggunaan telefon selular, atau penggunaan sebarang perkataan yang berunsur ugutan, bahasa kesat atau hinaan terhadap anak kapal, atau berkelakuan yang menyebabkan ketidakselesaan, kesulitan, kerosakan atau kecederaan kepada penumpang lain atau anak kapal, kami boleh mengambil tindakan yang difikirkan perlu termasuklah penahanan untuk menghalang daripada berulangnya kelakuan tersebut . Anda boleh diarahkan untuk meninggalkan pesawat dan tidak dibenarkan menaiki penerbangan seterusnya di mana-mana jua dan boleh didakwa atas kesalahan yang dilakukan semasa berada di dalam pesawat berkenaan.

10.2 Sekiranya akibat kelakuan anda itu kami memutuskan, mengikut budi bicara kami sewajarnya, untuk mengubah haluan pesawat bagi menurunkan anda, maka anda hendaklah bertanggungjawab atas segala jenis kos yang terpaksa kami tanggung sebagai akibat atau yang timbul daripada pengubahan haluan tersebut.

10.3 Atas sebab-sebab keselamatan, kami boleh melarang atau mengehadkan penggunaan peralatan elektronik di dalam pesawat, termasuklah tetapi tidak terhad kepada telefon selular, komputer riba, perakam mudah alih, radio mudah alih, pemain cakera padat, permainan elektronik atau peranti pemancar, termasuk mainan kawalan radio dan walkie-talkie. Penggunaan alat bantuan pendengaran dan perentak jantung adalah dibenarkan.

10.4 Tambang kami adalah tidak termasuk dengan makanan dan minuman percuma semasa di dalam pesawat. Walau bagaimanapun, hidangan boleh ditempah lebih awal, 24 jam sebelum waktu berlepas atau anda boleh membelinya ketika di dalam pesawat. Bagi menghormati semua budaya dan agama, kami tidak membenarkan makanan luar dibawa ke dalam pesawat.

Merokok dalam apa-apa bentuk termasuk rokok elektronik adalah tidak dibenarkan dalam mana-mana penerbangan kami.

Makanan yang tidak mudah rosak seperti coklat, biskut dan kerepek dibenarkan untuk disimpan di dalam bagasi kabin asalkan makanan tersebut tidak dimakan di dalam pesawat.

Makanan mudah rosak ialah makanan yang akan rosak jika disimpan dalam keadaan tertentu, seperti, apabila terdapat perubahan dalam suhu dan kelembapan. Makanan mudah rosak seperti nasi, mi dan sandwic adalah tidak dibenarkan di dalam bagasi kabin dan penumpang hendaklah membuang makanan tersebut.

Buah-buahan dibenarkan dibawa ke dalam pesawat dan ditempatkan di dalam bagasi kabin, asalkan buah-buahan tersebut dibungkus, diikat rapi serta tidak dimakan di dalam pesawat. Harap maklum bahawa durian, nangka dan buah-buahan yang berbau kuat yang dilarang dalam mana-mana penerbangan di seluruh dunia adalah tidak dibenarkan sama ada dibawa di dalam bagasi berdaftar mahupun ditempatkan di dalam bagasi kabin.

Pembatasan Liabiliti

11.1 Notis Konvensyen Warsaw, Montreal: Sekiranya perjalanan penumpang melibatkan destinasi terakhir atau perhentian di sebuah negara selain negara perlepasan, Konvensyen Warsaw atau Konvensyen Montreal 1999 boleh digunakan.Konvensyen-konvensyen tersebut akan menentukan, dan dalam kebanyakan kes mengehadkan, liabiliti pengangkut untuk kematian atau kecederaan diri dan yang berkaitan dengan kehilangan atau kerosakan bagasi.

11.2 Notis Pembatasan Liabiliti Bagasi: Liabiliti untuk kehilangan, kelewatan atau kerosakan bagasi termasuk mana-mana bahagian bagasi yang terjulur seperti roda, kaki, tali, pemegang tarik/releskop, cangkuk hangar, kelepak longgar, zip, poket atau barangan terpasang lain adalah terhad kecuali jika nilai yang lebih tinggi diisytiharkan terlebih dahulu dan caj tambahan telah dibayar. Liabiliti untuk perjalanan domestik dan liabiliti untuk perjalanan antarabangsa berbeza mengikut undang-undang masing-masing.

11.3 Jika Konvensyen Warsaw tidak dipakai: Jika pengangkutan anda tidak tertakluk kepada peraturan liabiliti Konvensyen Warsaw, peraturan yang berikut akan dikenakan:

  • Apa-apa liabiliti yang kami tanggung untuk Kerosakan akan dikurangkan sekiranya terdapat kecuaian oleh pihak anda yang menyebabkan atau menyumbang kepada Kerosakan tersebut menurut undang-undang yang terpakai.
  • Kami tidak bertanggungjawab atas Kerosakan Bagasi Berdaftar atau Tidak Berdaftar kecuali jika Kerosakan itu disebabkan oleh kecuaian kami dan Bagasi tersebut berada dalam kawalan atau jagaan kami.
  • Kecuali dalam kes sesuatu perbuatan atau peninggalan yang dibuat dengan niat untuk menyebabkan Kerosakan atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa Kerosakan mungkin berlaku, liabiliti kami dalam kes Kerosakan Bagasi Berdaftar dan Bagasi Tidak Berdaftar hendaklah dihadkan kepada jumlah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Bayaran. Jika berat Bagasi tidak dicatat pada Teg Pengenalan Bagasi, maka jumlah berat Bagasi Berdaftar itu dianggap tidak melebihi peruntukan bagasi yang terpakai untuk kelas pengangkutan berkenaan. Jika dalam kes Bagasi Berdaftar, nilai yang lebih tinggi telah diisytiharkan secara bertulis menurut kemudahan penilaian lebihan, liabiliti kami hendaklah dihadkan kepada nilai lebih tinggi yang diisytiharkan itu.
  • Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa Kerosakan yang timbul akibat pematuhan kami terhadap undang-undang atau peraturan Kerajaan dan peraturan yang terpakai atau akibat kegagalan anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan Kerajaan dan peraturan tersebut.
  • Kecuali jika peruntukan khusus dibuat dalam Terma & Syarat ini, kami hanya akan bertanggungjawab kepada anda untuk kerosakan pampasan yang boleh ditebus bagi kehilangan dan kos yang terbukti menurut undang-undang terpakai.
  • Kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa Kerosakan yang disebabkan oleh Bagasi anda. Anda hendaklah bertanggungjawab untuk sebarang Kerosakan yang disebabkan oleh Bagasi anda kepada orang atau harta benda lain, termasuk harta benda kami.
  • Kami tidak bertanggungjawab langsung untuk Kerosakan pada benda atau barangan yang tidak dibenarkan dalam Bagasi Berdaftar dan Tidak Berdaftar termasuklah tetapi tidak terhad kepada barangan mudah pecah atau mudah rosak, barangan bernilai istimewa seperti wang, barang kemas, logam berharga, komputer, peranti elektronik peribadi, dokumen boleh niaga, sekuriti, atau barang berharga lain, dokumen perniagaan, pasport dan dokumen pengenalan lain, surat akuan hak milik atau sampel.
  •  Kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa penyakit atau ketidakupayaan, termasuklah kematian yang dikatakan berpunca daripada keadaan fizikal anda atau kerana kemerosotan keadaan tersebut.
  • Kontrak pengangkutan termasuk Terma & Syarat ini dan pengecualian atau pembatasan liabiliti, adalah terpakai kepada ejen berdaftar, pembantu, pekerja dan wakil kami meliputi tahap yang sama seperti yang terpakai kepada kami. Jumlah keseluruhan yang boleh ditebus daripada kami dan daripada ejen berdaftar, pembantu, pekerja dan wakil tersebut tidak boleh melebihi jumlah liabiliti kami sendiri sekiranya ada.
  • Tiada apa-apa pun dalam Terma & Syarat ini dan Syarat Kontrak yang boleh mengetepikan apa-apa pengecualian atau pembatasan liabiliti kami menurut Konvensyen Warsaw atau mana-mana Konvensyen lain atau undang-undang yang terpakai kecuali jika kami nyatakan sebaliknya dengan jelas.

Had Masa untuk Tuntutan dan Tindakan

12.1 Notis Tuntutan: Penerimaan Bagasi oleh pemegang Teg Pengenalan Bagasi tanpa aduan semasa penyerahan merupakan bukti yang mencukupi bahawa Bagasi tersebut telah diserahkan dalam keadaan baik dan selaras dengan kontrak pengangkutan, kecuali jika anda membuktikan sebaliknya. Jika anda ingin memfailkan tuntutan atau tindakan berkenaan Kerosakan pada Bagasi Berdaftar, anda mesti memberitahu kami sebaik sahaja anda menyedari Kerosakan itu, dan selewat-lewatnya dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan Bagasi tersebut. Jika anda ingin memfailkan tuntutan atau tindakan berkenaan kelewatan Bagasi Berdaftar, anda mesti memberitahu kami dalam masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh Bagasi itu diletakkan dalam jagaan anda. Setiap pemberitahuan tersebut mestilah dibuat secara bertulis dan dikirimkan atau dihantar kepada kami dalam tempoh yang tersebut di atas.

12.2 Had masa tindakan: Apa-apa hak ke atas kerosakan hendaklah dihapuskan jika tiada tindakan dibuat terhadap kami dalam masa dua (2) tahun dari tarikh ketibaan di destinasi, atau tarikh pesawat dijadualkan tiba, atau tarikh pengangkutan itu dihentikan. Cara pengiraan tempoh had masa hendaklah ditentukan oleh undang-undang mahkamah tempat kes ini didengar.

Pengubahsuaian dan Penepian

13.1 Tiada seorang pun daripada ejen, pekerja atau wakil kami mempunyai kuasa untuk meminda, mengubah suai atau mengetepikan mana-mana peruntukan dalam Terma & Syarat ini.

Last update: 28 August 2018