Tetamu istimewa

Setiap tetamu adalah istimewa, tetapi kami akan lakukan yang terbaik untuk tetamu yang lebih istimewa.

Tetamu Bawah Umur yang Tidak Diiringi (UM)

Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak akan diterima untuk penerbangan melainkan mereka diiringi oleh individu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

Penumpang Muda Terbang Bersendirian (YPTA)

Tetamu berumur 12 tahun dan ke atas boleh terbang tanpa diiringi hanya jika ibu bapa atau penjaga yang sah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad semasa daftar masuk.

Tetamu hamil

Adalah menjadi kewajiban penumpang hamil untuk memberitahu kami tentang tahap kehamilan mereka semasa penempahan tempat duduk dan di kaunter daftar masuk. Pengangkutan kami bagi penumpang hamil adalah tertakluk pada syarat-syarat berikut:

  • Kehamilan hingga 27 minggu (termasuk): Kecuali bagi penerbangan ke/dari Amerika Syarikat, Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia/AirAsia X daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
  • Kehamilan antara 28 minggu dan 34 minggu (termasuk): Kecuali bagi penerbangan ke/dari Amerika Syarikat, Tetamu hendaklah:
    • Menyerahkan surat akuan doktor yang disahkan.
    • Menyerahkan surat akuan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara, mengikut mana yang berkenaan.
    • Menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia/AirAsia X daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
  • Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu: Pengangkutan melalui penerbangan AirAsia/AirAsia X tidak dibenarkan.

Tetamu dengan pergerakan terhad (Bantuan kerusi roda /alat bantu pergerakan)

Penumpang dengan keperluan khusus yang memerlukan bantuan khas dan Penumpang dengan keadaan perubatan/penyakit termasuk mereka yang mungkin memerlukan pengurusan atau membawa ubat/picagari di dalam pesawat diminta untuk menghubungi kami melalui live web chat atau call centre kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh penerbangan bagi membuat pengaturan terlebih dahulu untuk jenis bantuan khas yang diperlukan.


Kami menerima kerusi roda/alat bantu pergerakan (termasuk kerusi roda/ alat bantu pergerakan berkuasa bateri) penumpang di dalam pesawat kami. Kami telah menyediakan maklumat lanjut mengenai cara pengangkutan kerusi roda/alat bantu pergerakan dalam FAQ AskAirAsia.


Penumpang yang memerlukan perkhidmatan kerusi roda diminta untuk membuat pratempahan perkhidmatan ini semasa membuat tempahan penerbangan atau melalui Urus Tempahan Saya sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Kegagalan untuk memaklumkan kami boleh menyebabkan sebarang bantuan khas atau perkhidmatan kerusi roda tidak tersedia sewaktu ketibaan anda di lapangan terbang dan anda mungkin tidak dibenarkan menaiki pesawat, kecuali sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang.