Tempah penerbangan sekarang

Pengembara istimewa

Setiap pengembara adalah istimewa, tetapi kami menumpukan lebih perhatian kepada pengembara yang terlalu istimewa.

Remaja yang Mengembara Sendirian (YPTA)

Mana-mana tetamu yang berumur kurang dari 12 tahun pada tarikh perjalanan tidak dibenarkan untuk mengembara sebagai YPTA kerana mereka masih memerlukan pengawasan dan tidak boleh mengembara tanpa ditemani. YPTA tidak dianggap sebagai seorang dewasa dan tidak boleh menemani tetamu berumur kurang dari 12 tahun.

Ahli SkyRider yang berumur antara 7 - 12 tahun boleh terbang sendirian menggunakan khidmat SkyRider Young Flyer. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini, klik di sini.

Tetamu yang berumur antara 12 - 16 tahun dianggap sebagai YPTA dan boleh terbang sebaik sahaja ibu bapa atau penjaga melengkapkan dan menandatangani Borang Pelepasan Tanggungan kami untuk penerimaan YPTA di kaunter daftar masuk. Tiada khidmat istimewa sebelum menaiki pesawat atau layanan ‘jumpa dan bantu’ disediakan untuk YPTA tersebut.

Tetamu yang berumur antara 16 - 18 tahun boleh mengembara tanpa melengkapkan apa-apa borang dan akan dilayan sebagai orang dewasa; namun mereka tidak boleh menemani tetamu berumur kurang dari 12 tahun.

 

Tetamu hamil

Tetamu yang hamil sehingga 27 minggu boleh terbang bersama kami setelah melengkapkan Penyata Liabiliti AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk.

Tetamu yang hamil antara 28 hingga 34 minggu perlu menyerahkan sijil perubatan yang diluluskan oleh doktor, yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan bahawa tetamu cukup sihat untuk mengembara. Tarikh sijil tersebut hendaklah tidak melebihi 30 hari sebelum tarikh perjalanan. Selain itu, tetamu perlu melengkapkan Penyata Liabiliti AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk.

Tetamu yang hamil 35 minggu atau lebih tidak akan dibenarkan terbang dengan AirAsia/AirAsia X.

 

Akses Kerusi Roda/Ambulif

Kami mahu melayan tetamu kami sebaik yang mungkin. Bagi memastikan kami memahami keperluan anda, sila hubungi kami melalui Live Chat selepas tempahan anda dan sehingga 48 jam sebelum penerbangan anda.

Tiada caj dikenakan untuk kerusi roda yang didaftar masuk, walaupun bantuan yang diberikan akan dikenakan bayaran.