Bagasi Kabin

1 cabin baggage

Hanya satu bagasi kabin....

Anda hanya dibenarkan membawa sebuah bagasi kabin ke dalam pesawat yang tidak melebihi 56 cm x 36 cm x 23 cm termasuk tangkai, roda dan poket sisi. Bagasi ini hendaklah muat diletakkan di dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas.


...dan satu barang peribadi bersaiz kecil

Selain itu, anda boleh membawa satu beg komputer riba, beg tangan, beg galas atau apa-apa beg bersaiz kecil yang lain yang mestilah tidak melebihi 40 cm x 30 cm x 10 cm. Barang-barang ini hendaklah muat diletakkan di bawah tempat duduk hadapan anda.

1 laptop bag

Jumlah berat yang dibenarkan untuk dua (2) bagasi mestilah tidak melebihi 7 kg.

Notis penting:

Barangan yang diikat atau dibalut bersama tidak akan dianggap sebagai sebuah bagasi kabin.

Perlu membawa lebih banyak barangan?

Sekiranya bagasi kabin anda melebihi had berat, had saiz atau melebihi kuantiti yang dibenarkan, anda perlu mendaftar masuk bagasi kabin anda di kaunter lapangan terbang. Bayaran bagasi berdaftar lapangan terbang dikenakan.

Sekiranya anda berada di pintu masuk pesawat dan anda tidak memenuhi polisi bagasi kabin kami, kami akan mendaftar masuk bagasi kabin anda. Bayaran bagasi pintu masuk pesawat akan dikenakan kepada anda.

Sila rujuk jadual bayaran kami untuk senarai lengkap bayaran.

Tahukah anda?
Anda boleh menggunakan alat pengukur bagasi di lapangan terbang untuk menentukan jika bagasi kabin anda memenuhi polisi bagasi kabin kami.

Hanya pratempah bagasi berdaftar anda untuk lebih penjimatan.

Pratempah Sekarang

Peruntukan bagasi kabin untuk bayi dan kanak-kanak

Bayi berumur di bawah 2 tahun tidak diberikan sebarang peruntukan bagasi kabin. Kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas akan diberikan peruntukan bagasi kabin yang sama seperti yang dinyatakan di atas.

Apabila terbang bersama bayi atau kanak-kanak, kereta sorong bayi tidak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat tetapi boleh didaftar masuk secara percuma. Sebarang bentuk tempat duduk kereta kanak-kanak juga hendaklah didaftar masuk dan akan menjadi sebahagian daripada peruntukan bagasi berdaftar yang dibeli.

Pengangkutan Cecair, Aerosol dan Gel (LAG)

Sekiranya anda menaiki penerbangan antarabangsa, anda perlu mematuhi peraturan antarabangsa yang berkaitan dengan pengangkutan cecair, aerosol dan gel (LAG):

  • Barangan LAG seperti minuman, krim, minyak wangi, semburan, gel dan ubat gigi hendaklah berada di dalam bekas dengan muatan maksimum 100 ml
  • Semua bekas LAG hendaklah muat diletakkan di dalam beg plastik lutsinar yang boleh ditutup semula
  • Setiap penumpang hanya boleh membawa sebuah beg plastik lutsinar boleh tutup semula, dengan isipadu maksimum satu liter dan ukuran tidak melebihi 20 cm x 20 cm

Perubatan dan makanan untuk keperluan diet khas termasuk makanan bayi dibenarkan dibawa di dalam bagasi kabin anda dalam kuantiti yang munasabah untuk penerbangan anda. Perubatan dan makanan tersebut hendaklah diisytiharkan dan tertakluk pada pemeriksaan keselamatan tambahan.

LAG yang tidak mematuhi peraturan akan dibuang.

Pembelian Barangan Bebas Cukai

Barangan bebas cukai yang dibeli di lapangan terbang tidak akan menjadi sebahagian daripada peruntukan bagasi kabin anda dengan syarat ia tidak melebihi peruntukan barangan bebas cukai negara destinasi anda. Barangan perlu diletakkan di dalam Security Tamper-Evident Bag, kekal bertutup dan disertakan bersama bukti pembelian sehingga tiba di destinasi terakhir anda.

Semua pembelian lain termasuk hadiah percuma dari kedai barangan bebas cukai akan dianggap sebagai sebahagian daripada peruntukan bagasi kabin anda.

Notis penting:
Peraturan berkaitan pengangkutan barangan bebas cukai mungkin berbeza bergantung pada polisi setiap pengendali lapangan terbang. Sekiranya ragu-ragu, sila semak dengan kakitangan kedai barangan bebas cukai tempatan anda.

Pengangkutan Barangan Berbahaya

Terdapat sejumlah barangan yang dibenarkan atau tidak dibenarkan dibawa di dalam bagasi kabin anda. Sila pastikan bahawa kandungan bagasi anda mematuhi panduan pengangkutan barangan berbahayakami.

Pengangkutan bagasi kabin adalah tertakluk pada terma dan syarat pengangkutan kami dan sebarang peraturan tempatan.