Bagasi berdaftar

Bagasi berdaftar boleh dipratempah pada kadar terdiskaun secara dalam talian atau kadar biasa di kaunter daftar masuk lapangan terbang.

AirAsia baggage allowance Setiap bagasi berdaftar tidak boleh melebihi
81cm (T) x 119cm (L) x 119cm (P) dan 32kg berat.

 

Berat bagasi berdaftar yang tersedia dalam talian

Domestik – 15kg/ 20kg/ 25kg/ 30kg/ 40kg
Antarabangsa – 20kg/ 25kg/ 30kg/ 40kg

Nota: Berat bagasi berdaftar hanya boleh dikongsi dengan penumpang dalam nombor tempahan yang sama. Berat setiap bagasi hendaklah tidak melebihi 32kg dan tertakluk pada keperluan kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

 

Kereta sorong/kereta tolak bayi dan alat bantu pergerakan yang lain boleh didaftar masuk secara percuma!

Mendaftar masuk beg

Semua bagasi hendaklah didaftar masuk di lapangan terbang:


selewat-lewatnya 45 min
sebelum waktu perlepasan untuk penerbangan domestik AirAsia
(kecuali untuk penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2))

selewat-lewatnya 1 jam

sebelum waktu perlepasan untuk penerbangan antarabangsa AirAsia, AirAsia X dan semua penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2)

Pemindahan terus bagasi

Bagasi anda akan diletakkan tag dan dipindahkan terus ke destinasi terakhir anda dengan khidmat FLY-THRU AirAsia (penerbangan sambungan).

Bagasi lebihan

Tetamu yang mendaftar masuk bagasi melebihi peruntukan pratempah akan dikenakan caj bagi setiap kg menurut jadual bayaran.

Sebagai alternatif, tetamu juga boleh membeli peruntukan bagasi 15 kg untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Peralatan muzik

Alat muzik yang lebih kecil seperti gitar, selo, violin atau viola yang melebihi ukuran bagasi kabin tetapi tidak melebihi 75kg (ukuran: 103cm (T) x 41cm (L) x 41cm (P)) boleh dibawa ke dalam kabin jika sebuah tempat duduk telah ditempah dan tambang berkenaan dibayar untuk menempatkannya. Tiada peruntukan bagasi diberikan dengan pembelian tempat duduk tambahan ini.

 

Ahli AirAsia BIG boleh terbang lebih jauh
Nyatakan ID Ahli AirAsia BIG anda dan dapatkan 1 AirAsia BIG Points bagi setiap RM2 yang dibelanjakan apabila anda membuat pratempahan bagasi anda!
Jadilah Ahli AirAsia BIG di sini untuk menebus penerbangan percuma.