Tempah penerbangan sekarang

Barangan berbahaya

Barangan berbahaya ialah barangan atau bahan yang boleh membahayakan keselamatan pesawat atau penumpang di dalamnya. Sila pastikan yang anda tidak membungkus barangan yang tersenarai ini di dalam bagasi kabin atau bagasi berdaftar anda.

Barangan terlarang

Bahan mengakis Gas Cecair Mudah Terbakar Bahan Pengoksidaan Peroksida Organik Bahan Toksik
           
Radioaktif Bahan Berjangkit Bahan Letupan Pelbagai (termasuk Ais Kering dan Petrol) Pepejal Mudah Terbakar Bahan Bermagnet

 

Barangan berikut adalah dilarang dalam bagasi anda sama ada ia berdaftar atau tidak:

Prohibited Senjata api dan peluru
Prohibited Bahan letupan, gas mudah terbakar atau tidak mudah terbakar (seperti cat aerosol, gas butana, isian semula pemetik api)
Prohibited Gas yang disejukkan (seperti silinder akualung terisi, nitrogen cecair)
Prohibited Cecair mudah terbakar (seperti cat, pencair, pelarut)
Prohibited Pepejal mudah terbakar (seperti mancis, pemetik api)
Prohibited Peroksida organik (seperti resin)
Prohibited Racun
Prohibited Bahan berjangkit (seperti virus, bakteria)
Prohibited Bahan radioaktif (seperti radium)
Prohibited Bahan mengakis (seperti asid, alkali, merkuri, termometer)
Prohibited Bahan bermagnet, bahan pengoksidaan (seperti peluntur)
Prohibited Senjata seperti senjata api antik, pedang, pisau atau barang seumpamanya dengan syarat bahawa barang sedemikian mungkin boleh dibenarkan sebagai bagasi berdaftar mengikut budi bicara mutlak kami atas sebab-sebab yang sangat istimewa.

 

Barangan larangan

Anda tidak boleh membawa barang-barang berikut ke dalam kawasan larangan keselamatan dan dalam bagasi bimbit anda:

  • Sebarang Senjata Api & Senjata
  • Objek Berhujung Tajam
  • Peralatan Tumpul
  • Bahan letupan dan bahan mudah terbakar
  • Bahan kimia dan toksik
  • Pisau (termasuk pisau pemburu, pedang, dan pisau lipat)
  • Gunting dan sebarang objek tajam/berbilah yang lain (spt. pemecah ais, pemotong kuku) yang dianggap menyalahi undang-undang tempatan
  • Senjata seperti cemeti, nanchaku (belantan berantai), belantan, atau pistol pegun
  • Pistol mainan/barang berbentuk pistol atau mirip pistol, gari
  • Peralatan sukan seperti kayu besbol/kriket, kayu golf, kayu hoki, kiu biliard
  • Peranti dengan bateri mudah tumpah (bateri basah)
  • Aerosol (penyembur rambut, minyak wangi, ubat-ubatan yang mengandungi alkohol) tidak melebihi 0.5kg/l setiap barang dan 2.0kg/l jumlah berat.
  • Kereta sorong bayi
  • Sebarang item lain yang dirasakan sebagai bahaya keselamatan oleh undang-undang tempatan
  • Sebarang item lain yang menyerupai atau mempunyai fungsi serupa dengan barangan di atas

Senarai ini tidak lengkap dan barangan lain mungkin ditambahkan. Kami berhak merampas apa-apa barangan yang dirasakan mengancam keselamatan tetamu kami.

Selain daripada barangan dalam senarai di atas, sesetengah lapangan terbang mungkin mempunyai larangan tambahan. Untuk memastikan anda mematuhi peraturan, sila semak dengan lapangan terbang setiap kali sebelum anda terbang.