Bagasi salah urus

Jika anda kehilangan bagasi berdaftar, segeralah berjumpa dengan salah seorang pegawai khidmat pelanggan kami yang peramah.

Anda perlu menyerahkan tag bagasi yang diberikan kepada anda semasa daftar masuk bagi membolehkan kami menjejak bagasi anda melalui Sistem Pengesanan Bagasi kami. Anda akan diberi nombor Laporan Kejanggalan Harta (PIR) untuk menyemak status bagasi anda secara dalam talian dan mendapatkan maklumat terkini dengan kerap sepanjang tempoh pengesanan.

Bagasi anda akan diisytiharkan hilang selepas tempoh 7 hari bagi perjalanan Domestik, dan 14 hari bagi perjalanan Antarabangsa, dari tarikh PIR. Dalam situasi ini, anda perlu menyediakan dokumen berikut:

  1. Salinan pasport / KP tetamu
  2. Salinan buku / penyata bank tetamu
  3. Kod SWIFT/BCB/IBN (untuk transaksi antarabangsa)
  4. Surat kebenaran untuk akaun pihak ke-3 (jika perlu)
  5. Salinan pasport / KP pihak ke-3 (jika perlu)

Tetamu akan dihubungi oleh kakitangan Pejabat Pengesanan Bagasi Pusat kami untuk tindakan lanjut.

Nombor telefon berikut adalah untuk pertanyaan bagasi yang hilang sahaja. Tiada pertanyaan lain akan dilayan di talian tersebut:

Pejabat Pengesanan Bagasi Pusat Kuala Lumpur: +603 8777 6604
Pejabat Pengesanan Bagasi Pusat Bangkok: +662 562 5869
Pejabat Pengesanan Bagasi Pusat Jakarta: +6221 5591 6126 & +6221 7034 6616

Sebagai alternatif, anda boleh mengisi e-borang kami di sini dengan memilih "Bagasi" pada ruangan "Jenis".

Harap maklum bahawa kami tidak bertanggungjawab atas harta peribadi yang tersalah letak atau hilang di dalam pesawat atau di terminal lapangan terbang. Semua barangan yang dibawa adalah atas tanggungan anda sepenuhnya. Apa-apa barangan yang dijumpai di dalam pesawat akan diserahkan kepada pejabat kehilangan harta di lapangan terbang masing-masing. Apa-apa barangan yang ditemui di terminal lapangan terbang akan diserahkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang.

Bagasi terlewat

Jika bagasi anda terlewat, kami akan membuat pengaturan yang perlu untuk menghantarnya ke alamat tempatan yang anda berikan dalam borang PIR sebaik sahaja ia sampai. Pengaturan juga akan dibuat untuk membantu anda sekiranya bagasi yang tiba didapati rosak.

Jika anda ingin memfailkan tuntutan atau tindakan berkenaan kelewatan bagasi berdaftar, anda hendaklah memaklumkan kepada kami dalam masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh bagasi tersebut diserahkan kepada anda.

Bagasi rosak

Jika bagasi anda rosak, anda patut segera menghubungi salah seorang pegawai khidmat pelanggan kami yang peramah. Butiran kerosakan pada bagasi anda akan direkodkan dan anda akan diberi bantuan segera, jika perlu. Harap maklum bahawa kami mungkin tidak akan menanggung kerosakan pada aksesori serta kerosakan akibat haus dan lusuh.

Jika bagasi anda rosak atau terlewat disebabkan oleh terlebih pemadatan atau pembungkusan yang tidak sesuai, liabiliti kami akan dikurangkan.

Jika anda ingin memfailkan tuntutan atau tindakan berkenaan kerosakan kepada bagasi berdaftar setelah meninggalkan lapangan terbang, anda hendaklah memaklumkan kepada kami sebaik sahaja kerosakan tersebut disedari, dan selewat-lewatnya dalam masa 7 (tujuh) hari dari tarikh penerimaan bagasi.