Laman Utama > Peralatan sukan
Peralatan sukan
 |
Setiap bagasi berdaftar tidak boleh melebihi 32kg
Berat peralatan sukan yang ada dalam talian
15kg/ 20kg/ 25kg/ 30kg/ 35kg/ 40kg
Nota: - Tiada had jumlah peralatan sukan yang dibenarkan, asalkan berat yang digabungkan tidak melebihi berat pratempahan / berat dibenarkan di lapangan terbang. - Bayaran bagasi lebihan akan dikenakan untuk setiap kg tambahan.
|
A. Peralatan sukan yang diterima
Barangan berikut akan dikenakan bayaran peralatan sukan. Semua peralatan sukan lain akan diletakkan dalam peruntukan bagasi berdaftar. Bayaran peralatan sukan boleh dipratempah pada kadar terdiskaun secara dalam talian atau kadar biasa di kaunter daftar masuk lapangan terbang.
Peralatan golf perlu diletakkan di dalam bekas penyimpanan peralatan golf yang khas sahaja.
Panjang papan luncur anda tidak boleh melebihi 277 cm/109 inci
- Satu pengatur skuba
- Abah-abah tangki
- Tolok tekanan tangki
- Penutup/topeng muka
- Sepasang sirip
- Pakaian/rompi selam
- Botol
- Alat pengawal apungan (BCD)
- Snorkel
- Tali pinggang pemberat
- Sebuah tangki silinder kosong
Nota: Lampu selam berkeamatan tinggi dan lampu selam mudah alih biasa iaitu lampu suluh, yang mengandungi bateri asid plumbum boleh cas semula, mudah tumpah atau tidak mudah tumpah, tidak akan dibenarkan masuk ke dalam pesawat sebagai bagasi berdaftar ataupun bagasi bimbit kerana ia dikategorikan di bawah Peraturan Barangan Berbahaya.
Hendaklah disimpan dengan elok dalam beg basikal yang diiktiraf, atau dalam kotak/beg pelindung atau dalam balutan plastik. Walaupun kebanyakan beg basikal mematuhi ukuran standard, kami akan menerima semua beg basikal tunggal. Basikal yang tidak disimpan dalam beg basikal atau dalam kotak/beg pelindung atau dalam balutan plastik tidak akan diterima. Hanya satu (1) basikal boleh didaftar masuk bagi setiap tetamu.
| Penyediaan basikal untuk perjalanan |
| Hendal |
Hendal hendaklah dipusingkan ke dalam supaya ia sejajar dengan rangka basikal |
| Pedal |
Pedal hendaklah ditanggalkan atau pun ditahan ke dalam untuk mengelakkannya daripada menyebabkan kerosakan kepada basikal atau bagasi berdaftar lain. |
| Gear |
Gear hendaklah dibalut untuk melindunginya daripada kerosakan |
| Tayar |
Hendaklah dikempiskan |
| Madgad |
Ia boleh ditanggalkan atau pun dilindungi daripada kerosakan |
| Barangan kecil |
Apa-apa barangan kecil seperti pam, lampu, botol air dsb. hendaklah diikat ketat pada basikal atau ditanggalkan dan didaftar masuk. |
Peralatan ski /luncur ais perlu diletakkan di dalam bekas penyimpanan peralatannya yang khas sahaja.
B. Peralatan sukan yang diterima sebagai bagasi berdaftar
Peralatan berikut diterima sebagai sebahagian bagasi berdaftar.
Peralatan memancing boleh terdiri daripada batang kail dan kili-kili yang disimpan dalam satu bekas dan sebuah beg yang mengandungi kelengkapan menangkap ikan, tangkuk dan but nelayan.
Anda boleh membawa sebuah beg yang mengandungi sebatang busur, sebuah uncang panah dan anak panah.
Anda boleh membawa sebuah peti/beg yang mengandungi kayu pemukul, wiket, pad dan bola.
Anda boleh membawa peralatan hoki anda dalam sebuah beg sukan standard yang tidak melebihi ukuran bagasi maksimum. Beg anda boleh mengandungi kayu hoki, bola dan pad.
Anda boleh membawa sebuah beg peralatan yang mengandungi kayu lacrosse.
Anda boleh membawa sebuah beg bimbit tanpa roda yang mengandungi bola dan kasut boling.
Anda boleh membawa beg peralatan tunggal atau berbilang yang mengandungi reket dan bola/bulu tangkis.
Anda boleh membawa sebuah beg ski air yang mengandungi sepasang ski air standard atau satu ski air slalom.
Anda boleh membawa sebuah beg luncur angin dan panjang papan luncur tidak boleh melebihi 277cm/109 inci.
Barangan berikut tidak sepatutnya disimpan dalam beg sukan untuk perjalanan:
- Baju sukan
- Beg serbaguna dan beg sukan
- Barangan atau aksesori kecil seperti pad tulang kering untuk bola sepak
Peralatan sukan yang tidak diterima
Disebabkan oleh saiz yang besar dan prosedur pengendalian yang kompleks, sesetengah peralatan sukan mungkin tidak dapat melalui sistem bagasi lapangan terbang atau dimuatkan ke dalam palka kargo pesawat, oleh itu peralatan berikut tidak akan diterima untuk pengangkutan:
- Geluncur angin
- Layar
- Kayak, kanu dan dayung
- Galah lombol
- Lembing