AirAsia Asean Pass

AirAsia Asean Pass AirAsia Asean Pass Map






Terokai destinasi menakjubkan Asean dengan AirAsia Asean Pass, pas perjalanan yang membolehkan anda melancong ke serata Asean menggunakan kredit tetap.

Terokai destinasi syurga makanan dan beli-belah di Asean. Dengan AirAsia Asean Pass, kini anda boleh meneroka lebih 70 destinasi di serata Asean.

Apa yang akan anda dapat?

  • Kredit penerbangan untuk menebus penerbangan. Oleh itu, anda boleh merancang percutian dengan lebih mudah tanpa perlu risau akan perubahan tambang. Ini juga bermakna anda boleh mengetahui jumlah yang akan dibelanjakan!
  • Tiada bayaran pemprosesan untuk penebusan penerbangan.
  • Ganjaran AirAsia BIG Points.

Pembelian pas

Terdapat 2 jenis pas untuk dipilih:

Mata wang:

AirAsia Asean Pass AirAsia Asean Pass +
10 KREDIT
Tempoh sah perjalanan selama
30 hari
20 KREDIT
Tempoh sah perjalanan selama
60 hari

AirAsia Asean Pass anda sah selama 1 tahun bermula dari tarikh pembelian sehingga penebusan yang pertama dilakukan.

Setelah membuat pembelian, anda perlu menetapkan pemilikan AirAsia Asean Pass. Anda boleh menukar pemilikan AirAsia Asean Pass dengan syarat anda masih belum menebus penerbangan menggunakan AirAsia Asean Pass tersebut.


Menebus penerbangan anda

Anda boleh menebus penerbangan menggunakan AirAsia Asean Pass anda dengan empat langkah mudah:

  1. Log masuk ke akaun Ahli AirAsia BIG anda.
  2. Pilih pas yang anda ingini.
  3. Cari dan tebus penerbangan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh perjalanan anda.
  4. Buat bayaran untuk cukai lapangan terbang dan apa-apa bayaran berkenaan.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menebus penerbangan untuk laluan yang sama dua kali menggunakan AirAsia Asean Pass yang sama.

Kredit AirAsia Asean Pass hanya boleh ditebus untuk tambang asas. Oleh itu, pastikan anda membuat pratempahan tambahan selepas menebus AirAsia Asean Pass anda.


Tawaran Istimewa AirAsia Asean Pass

Jika anda terbang ke negara Asean dari negara bukan Asean, anda boleh menikmati diskaun 10% untuk tambang asas apabila anda membeli penerbangan anda bersama dengan AirAsia Asean Pass.

Diskaun Istimewa
AirAsia Asean Pass
Diskaun Istimewa
AirAsia Asean Pass +
10 KREDIT
+
Diskaun 10%
untuk tambang asas
Tempoh sah perjalanan selama 30 hari
20 KREDIT
+
Diskaun 10%
untuk tambang asas
Tempoh sah perjalanan selama 60 hari

Ada soalan?

Dapatkan jawapan anda daripada FAQ AirAsia Asean Pass dan FAQ Tawaran Istimewa AirAsia Asean Pass kami.

Tertakluk pada terma dan syarat.