Tempah penerbangan sekarang

FAQ

  1. Apakah itu tempahan berkumpulan?
    Tempahan berkumpulan ialah pilihan tempahan untuk tetamu yang ingin menempah tiket buat 10 orang atau lebih penumpang.
  2. Apakah kaedah pembayaran yang ada?
    Tetamu boleh menggunakan kad kredit (Visa/Master/American Express/JCB), akaun prabayaran agensi, bayaran cek dan bayaran tunai ke akaun bank AirAsia.
  3. Bolehkah saya menikmati tambang promosi melalui kaunter kumpulan?
      Tidak, Kaunter Kumpulan menawarkan tambang biasa sahaja. Tambang promosi boleh dibeli melalui AirAsia.com.
  4. Apakah faedah lain yang boleh saya nikmati?
    Tetamu akan menikmati kefleksibelan dari segi pembayaran serta faedah lain. Faedah tersebut hanya sah untuk tempahan yang dibuat melalui kaunter kumpulan sahaja.
  5. Bolehkah saya membuat daftar masuk sendiri?
    Untuk tempahan dengan 10 orang atau lebih penumpang, anda hanya boleh mendaftar masuk sendiri melalui daftar masuk web.
  6. Adakah sebarang diskaun untuk warga tua, kanak-kanak, pelajar atau bayi dalam tempahan berkumpulan?
    Tidak, kami tidak menyediakan tambang istimewa untuk warga tua atau pelajar. Tetamu boleh membawa bayi ke dalam pesawat, tertakluk kepada bayaran tetap untuk bayi seperti yang ditunjukkan dalam jadual bayaran.