Tempahan berkumpulan
Mengembara dalam kumpulan seramai lebih 9 orang tidak pernah semudah ini! Ikut sahaja langkah-langkah di bawah untuk perjalanan yang lancar bersama kami.
Cara untuk membuat tempahan berkumpulan
Perhubungan
- Sila klik di sini untuk jadual penerbangan AirAsia yang terkini
- Sila nyatakan nombor penerbangan, tarikh penerbangan dan bilangan penumpang (minimum 10 orang atau lebih penumpang bagi setiap perlepasan penerbangan)
- Sila klik di sini untuk menghubungi kakitangan kaunter kumpulan yang berkenaan
Tempahan
- Tambang purata akan dinyatakan berdasarkan ketersediaan tempat duduk buat masa ini
- Tetamu akan dinasihatkan tentang pembayaran Tempahan Berkumpulan dan syarat tempahan
- Yuran perkhidmatan yang tidak boleh dipulangkan bagi setiap tetamu dan setiap tempahan perlu dibayar sekiranya tetamu bersetuju dengan tambang yang dinyatakan
- Nyatakan ID BIG Shot untuk mendapatkan BMata Ganjaran BIG. Jadilah BIG Shot di sini untuk menebus Mata Ganjaran BIG anda kepada penerbangan percuma.
Pembayaran
- Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit, cek dan tunai ke akaun bank AirAsia
- Resit (slip simpanan bank) hendaklah difakskan kepada Kaunter Kumpulan AirAsia di +603 8775 1796 (AirAsia - penerbangan AK, FD, QZ, PQ, JW) / +603 2787 0111 (AirAsia X - penerbangan D7) sebelum jam 1500 (GMT+8)
- Nombor tempahan, ID korporat / agensi (jika ada) hendaklah dinyatakan dalam slip simpanan bank sebagai rujukan mudah
-
Nota:
- hanya cek syarikat akan diterima
- cek persendirian tidak akan diterima
- tertakluk kepada penjelasan cek (minimum 3 hari)
Klik di sini untuk FAQ.
Terma dan Syarat
Tempahan berkumpulan: Ini dikawal oleh terma tertentu yang boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa. Sila hubungi kami untuk butiran lanjut.

