Tempah penerbangan sekarang

FAQ Pembayaran

1. Apakah pilihan pembayaran yang disediakan?

Untuk pilihan kad kredit, anda boleh membayar dengan Visa, MasterCard, JCB atau American Express.

2. Bagaimanakah untuk mengetahui jika pembayaran saya berjaya?

Selepas pengesahan, anda akan melihat halaman jadual perjalanan yang akan mengandungi nombor tempahan dengan status "Disahkan". Jadual perjalanan yang telah disahkan juga akan dihantar ke e-mel yang digunakan untuk membuat tempahan anda. Selain itu, anda juga boleh mengelog masuk ke Urus Tempahan Saya untuk melihat semula jadual perjalanan anda atau hubungi Pusat Panggilan kami untuk menyemak status tempahan anda.

3. Bolehkah saya membayar dengan Visa, MasterCard atau Amex untuk semua matawang?

Ya, Visa dan MasterCard diterima untuk semua matawang yang terdapat di AirAsia.com. American Express hanya diterima untuk MYR, THB, USD, AUD, SGD, BND dan HKD, sementara JCB diterima untuk transaksi JPY sahaja.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan 3D Secure untuk pembayaran kad kredit?

3D Secure direka untuk Visa/MasterCard/JCB bagi memberi lebih perlindungan kepada transaksi internet CNP (Pemegang Kad Tidak Hadir) yang akan menghasilkan satu 'rantai kepercayaan' untuk setiap pembayaran selamat yang dibuat. Rekaan ini adalah untuk meyakinkan pengguna bahawa semua maklumat dan transaksi anda adalah khusus untuk kegunaan anda sahaja, walaupun ketika membeli-belah dalam talian. Setiap kad kredit mempunyai versinya sendiri, untuk Visa ialah "Verified by Visa", untuk MasterCard ialah "MasterCard SecureCode", sementara untuk JCB ialah "J/Secure".

5. Apakah yang berlaku semasa pembayaran kad kredit yang mempunyai kemudahan 3D Secure?

Apabila anda membayar dengan kad kredit yang mempunyai kemudahan 3D Secure, perkhidmatan 3D Secure akan dilancarkan secara automatik. Selepas anda memasukkan nombor kad kredit dan menghantar pembayaran anda, satu tetingkap 3D Secure akan muncul dan pengeluar kad anda akan memaparkan halaman pengesahan. Masukkan maklumat dan kata laluan anda, kemudian klik Hantar. Setelah identiti anda disahkan, proses pembayaran keluar anda akan diteruskan.

6. Bagaimana jika saya tidak mempunyai 3D Secure?

Anda masih boleh mendaftar untuk perkhidmatan 3D Secure dengan bank pengeluar kad kredit anda. Untuk bantuan tambahan, sila berhubung terus dengan bank pengeluar kad kredit anda bagi mendapatkan maklumat terkini tentang penggunaan kad dengan kemudahan 3D Secure.

7. Apakah 'bayaran rentas sempadan' yang muncul dalam pembayaran kad kredit saya?

Bank pengeluar kad kredit mungkin mengenakan caj tambahan untuk semua transaksi rentas sempadan. Transaksi rentas sempadan ditakrifkan sebagai transaksi yang berlaku antara bank pemegang kad dengan bank saudagar yang terletak di negara berlainan. Harap maklum bahawa caj tambahan ini tidak dikenakan oleh AirAsia, dan kami tidak mendapat sebarang keuntungan daripadanya. Anda dinasihatkan supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada bank pengeluar kad kredit anda sekiranya caj rentas sempadan dikenakan untuk transaksi ini.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran debit terus?

Debit Terus ialah satu cara pembayaran dalam talian yang ringkas, selamat dan mudah daripada akaun anda di institusi kewangan. Apabila anda mengesahkan pembayaran debit terus, anda memberikan persetujuan kepada institusi kewangan tentang jumlah wang yang akan diambil dan tarikh pembayaran. Selepas itu, jumlah tersebut akan ditolak daripada akaun anda dan dibayar ke AirAsia seperti yang dipersetujui.

9. Apakah pilihan debit terus yang ada?

Bergantung kepada institusi kewangan anda, pelbagai pilihan debit terus ditawarkan, contohnya pemindahan dana dalam talian akaun bank, pembayaran kad ATM dalam talian, atau akaun e-dompet.

10. Adakah debit terus boleh didapati untuk semua matawang?

Tidak, anda akan melihat tab debit terus sekiranya pilihan pembayaran debit terus tersedia untuk matawang yang anda pilih.

11. Bilakah saya boleh membayar dengan debit terus/ kad kredit?

Pembayaran Kad Kredit boleh dibuat sehingga selewat-lewatnya 4 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.
Pembayaran debit terus boleh dibuat sehingga selewat-lewatnya 48 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

12. Adakah debit terus tersedia 24 jam?

Debit terus tersedia 24 jam tetapi mungkin bergantung kepada waktu operasi institusi kewangan tempatan. Sila buat semakan tentang perkhidmatan institusi kewangan tempatan anda sebelum membuat pilihan debit terus.

13. Adakah kad debit itu sama dengan debit terus?

Tidak, mengikut takrifan, kad debit dikeluarkan oleh bank dan boleh digunakan untuk membayar perkhidmatan, barangan, malah digunakan sebagai kad ATM; sementara debit terus menolak jumlah wang terus daripada akaun pengguna apabila mereka mengesahkan pembelian melalui internet.

14. Selain daripada pembelian dalam talian di www.airasia.com, di manakah saya boleh membeli tiket dan apakah kaedah pembayaran masing-masing?

Anda juga boleh membeli tiket di pejabat jualan kami, kaunter jualan di lapangan terbang, kios AirAsia atau melalui pusat panggilan kami.

Kaedah pembayaran yang ada:

Pejabat jualan kad kredit/ tunai
Kaunter jualan di lapangan terbang kad kredit/ tunai
Kios tunai
Pusat panggilan kad kredit/ pembayaran ATM / pembayaran di kaunter


Klik di sini untuk melihat senarai saluran pembayaran.