Bayaran pemprosesan
Yuran pemprosesan kini dikenakan kepada semua pembayaran dalam talian yang dibuat menggunakan kad kredit, kad debit atau kad caj. Sila lihat di bawah untuk butiran lanjut tentang yuran tersebut.
Apakah bayaran pemprosesan?
Bayaran pemprosesan dikenakan apabila bayaran dibuat menerusi kad kredit, debit atau kad bayaran. Yuran dikenakan ke atas setiap tetamu bagi setiap perjalanan dan hanya dikenakan ketika tempahan dimulakan. Sebarang perubahan atau penambahan kepada tempahan sedia ada dikecualikan dari bayaran pemprosesan. Caj ini tidak boleh dipulangkan.
Kenapa caj ini diperkenalkan?
Bagi memastikan para tetamu merasa selesa dan selamat ketika menempah, AirAsia telah melabur dengan banyaknya bagi menaik taraf, mempertingkatkan dan memperbaikkan ciri-ciri keselamatan bagi bayaran menggunakan kad kredit, debit dan kad bayaran secara online. Bayaran pemprosesan adalah untuk menampung bayaran system pembayaran.
Adakah terdapat cara pembayaran lain yang tidak dikenakan bayaran pemprosesan?
Ya, bayaran pemprosesan tidak dikenakan kepada bayaran secara debit terus.

