Daftar masuk web

Mengapa berbaris panjang di lapangan terbang apabila anda boleh mendaftar masuk melalui laman web? Jimatkan lebih banyak masa dan daftar masuk penerbangan anda dengan Daftar masuk web!

Sila ambil maklum bahawa tetamu yang berlepas dari klia2 perlu melakukan daftar masuk sendiri. Sebelum meneruskan, sila pastikan anda adalah layak untuk daftar masuk sendiri. Selain itu, anda juga bertanggungjawab untuk memenuhi syarat kemasukan negara destinasi sebelum anda berlepas.

Mendaftar masuk

Daftar masuk web adalah mudah dan boleh dilakukan dengan hanya beberapa langkah!

Panduan daftar masuk kami yang lengkap akan membantu anda melakukan daftar masuk web supaya anda dapat menikmati pengalaman penerbangan yang lebih mudah dan lancar semasa di lapangan terbang. Anda boleh mencetak pas masuk selepas anda melakukan daftar masuk bagi mengelakkan barisan yang panjang di lapangan terbang.


Tiada pencetak?

Jangan risau. Anda boleh memilih pilihan berikut semasa proses daftar masuk web untuk menerima pas masuk anda yang boleh disimpan dan dicetak pada waktu yang lebih kemudian:

Kod bar 2D E-mel
Terima kod bar 2D melalui telefon pintar anda. Hanya imbas kod bar di mana-mana kios kami di lapangan terbang untuk mencetak pas masuk anda. Terima pas masuk anda melalui e-mel. Anda boleh menyimpan salinan pas masuk anda untuk dicetak pada waktu yang lebih kemudian.

Selepas mendaftar masuk

Anda boleh ke kaunter serahan bagasi jika anda mempunyai bagasi berdaftar. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin perlu mengesahkan dokumen perjalanan anda.

Sila ke tempat pemeriksaan keselamatan dan selamat menikmati penerbangan anda!


Bilakah saya perlu mendaftar masuk?

Anda boleh mendaftar masuk penerbangan dalam tempoh seperti yang ditunjukkan di bawah:



Penerbangan domestik AirAsia 20140627-wci-aa-bar-domestic-myms

 

Penerbangan antarabangsa AirAsia 20140627-wci-aa-bar-international-myms

 

Penerbangan AirAsia X
20140627-wci-aa-bar-aax-myms