Bali

Ramai mengetahui bahawa Bali lah tempatnya untuk percutian pantai yang menyeronokkan – begitu banyak aktiviti hebat boleh dilakukan seperti meluncur ombak, menyelam, dan bersnorkel. Selain daripada itu, banyak lagi aspek Bali yang sebenarnya boleh diterokai. Daripada galeri seni, kawasan perlindungan monyet dan juadah tempatan yang lazat, anda boleh meneroka semua ini dan banyak lagi mengikut kesesuaian masa sendiri. Tempat-tempat seperti Kuta dan Legian menawarkan suasana yang rancak, bising dan sibuk, manakala Ubud pula sangat tenang dan masa seakan-akan bergerak lebih perlahan. Pilihlah mana yang berkenan.

5 Aktiviti Wajib

Jimbaran Bali

Jimbaran

Salah satu pantai terbaik di Bali, teluk yang tenang ini terkenal dengan pemandangannya yang indah berlatarkan matahari terbenam, tempat paling sesuai untuk menikmati makanan laut yang menyelerakan di tepi pantai.



Babi Guling Ibu Oka

Lokasi terbaik untuk menikmati Babi Guling – anak babi yang dimasak dengan rempah-ratus tempatan. Pastikan anda tiba awal di sana kerana orang ramai sudah beratur panjang walaupun tempat itu belum dibuka.



Kuta Beach

Pantai Kuta

Selamat datang ke tarikan tepi laut terbesar di Bali. Pantai ini biasanya sesak dengan pelancong dan papan luncur mereka, serta penjaja tempatan yang menjual bermacam-macam benda daripada snek hinggalah urutan kaki.



Tanah Lot

Tanah Lot

Salah satu kuil untuk ziarah suci di Bali, terletak di puncak bentukan batu yang dipisahkan oleh laut. Nikmati panorama mengagumkan serta pengalaman penuh unsur budaya melalui tarian Kecak.



Padang-padang

Pantai Padang Padang

Salah satu lokasi meluncur yang terkenal di pulau ini, tumpuan pelancong yang ingin menikmati ombak besar dan berjemur di bawah sinaran mentari. Kelas belajar luncur juga boleh didapati di sini.


Perjalanan ke/dari lapangan terbang

Pengangkutan Tempoh Tambang
Teksi ke Kuta 15 minit Rp 50,000
Teksi ke Denpasar 24 minit Rp 70,000 - Rp 90,000
Teksi ke Jimbaran 10 minit Rp 60,000
Teksi ke Nusa Dua 20 minit Rp 100,000
Teksi ke Sanur 20 minit Rp 95,000
Teksi ke Ubud 1 jam 15 minit Rp 195,000

Percutian idaman sedang menanti anda di sini!

Tempah Sekarang
 
Fakta Ringkas

Mata Wang
Rupiah Indonesia (IDR)

Bekalan Elektrik
220V 50Hz

Bahasa
Bahasa Indonesia, Balinese

Zon masa
UTC +8

Kod Telefon
+62 361

Agama
Hindu, Islam, Kristian, Buddha


Cuaca

APR - SEP

Musim kering
20°C - 31°C
Kunjungi pantainya yang indah untuk menyejukkan badan.


OKT - MAC

Musim hujan
20°C - 29°C
Bawa payung!

Cukai dan Caj

Dapatkan maklumat lanjut tentang cukai lapangan terbang, bayaran dan caj lain untuk Bali.

Check out these other destinations!

Australia

Gold Coast
Melbourne
Sydney

Cambodia

Siem Reap

China

Changsha
Hangzhou
Kunming
Shanghai
Wuhan
Xi'An

Hong Kong

Hong Kong

India

Kochi

Indonesia

Bali
Bandung
Jakarta
Solo
Yogyakarta

Japan

Nagoya
Osaka
Tokyo

Malaysia

Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Kuching
Langkawi
Miri
Penang

Myanmar

Mandalay

Nepal

Kathmandu

Singapore

Singapore

South Korea

Busan

Taiwan

Taipei

Thailand

Bangkok
Chiang Mai
Krabi
Phuket
Surat Thani

Vietnam

Hanoi
Ho Chi Minh City