PAGE TITLE:::

PAGE DESCRIPTION:

Book lowest fares and fly with World's Best Low Cost Airline 2009-2011

Hab Sosial Media AirAsia


Media Sosial AirAsia

AirAsia mempercayai penggunaan teknologi terkini untuk berhubung jauh dan berkomunikasi dengan semua orang yang sentiasa sibuk ke sana ke mari. Halaman ini merupakan hab dan tempat berkumpul media sosial yang sarat dengan info terkini daripada Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia. Ia bukan sahaja untuk kaki media sosial, malah merupakan cara yang bagus untuk mula mengenali kami semasa kami terus mengharungi gelombang kemaraan pelbagai perkakas media dalam talian. Kepada peminat sedia ada, kami mengucapkan terima kasih dan berharap hab ini akan menghubungkan segalanya untuk anda dalam satu seting papan pemuka. Kami tidak sabar-sabar menantikan masa depan yang menyeronokkan di semua saluran media sosial kami. Bersama kalian, kita pasti sampai ke PUNCAK AWAN!

Dapatkan desas-desus terkini dan semua peristiwa menarik di saluran ini:-

    Facebook
Facebook bukanlah fenomena baru, tetapi untuk anda peminat kami yang setia, kami menjanjikan ganjaran berterusan dengan sajian berita dan promosi terkini, pertandingan yang berlambak-lambak serta tentunya perbualan paling menarik di dinding Facebook yang dikongsi bersama. Jadilah peminat kami dan marilah menerobos ke dunia penuh ganjaran!
Laman Utama http://www.facebook.com/AirAsia
Australia http://www.facebook.com/AirAsiaAustralia
Perancis http://www.facebook.com/AirAsiaFrance
Hong Kong http://www.facebook.com/AirAsiaHK
Indonesia http://www.facebook.com/AirAsiaIndonesia
India http://www.facebook.com/AirAsiaIndia
Korea http://www.facebook.com/AirAsiaKorea
New Zealand http://www.facebook.com/AirAsiaNewZealand
Filipina http://www.facebook.com/AirAsiaPhilippines
Singapura http://www.facebook.com/AirAsiaSingapore
Taiwan http://www.facebook.com/AirAsiaTaiwan
Thailand http://www.facebook.com/AirAsiaThailand
United Kingdom http://www.facebook.com/AirAsiaUK

    Koolred
Laman rangkaian sosial pelancongan dan gaya hidup Asia yang paling popular. Di sini anda boleh berkongsi ulasan perjalanan, mencari penasihat pelancongan dan rakan untuk mengembara bersama, serta berkongsi foto dan video anda. Sebagai ahli komuniti ini, amat mudah untuk anda mencari kenalan baharu yang mempunyai minat pelancongan yang sama.
Halaman Koolred AirAsia http://koolred.com/airasia

    Flickr
Galeri rasmi gambar-gambar AirAsia yang menarik untuk tatapan anda dan pasti juga sumber internet yang boleh dipercayai untuk kandungan bergambar tentang AirAsia. Layarinya dengan kerap untuk menatap gambar terbaru. Lebih banyak berita tentang peraduan penghantaran gambar akan datang menemui anda.
Halaman Profil AirAsia Flickr http://flickr.com/airasia

    Blog AirAsia: Melayang Jauh ke Langit Tinggi

Blog ini merupakan tempat perkongsian untuk menyalurkan suara dan pendapat anda secara tulisan blog. Layarinya dengan kerap untuk perkongsian  budaya kami, melihat muka-muka tulang belakang syarikat kami serta maklumat terkini, semuanya terbuka untuk perbincangan.

Blog AirAsia http://blog.airasia.com

    Youtube
Saluran rasmi kandungan  video dalam dunia maya. Dapatkan TVC, video dan lidah pengarang terkini di saluran Youtube kami.
Saluran Youtube AirAsia http://www.youtube.com/airasia

    Twitter
Suara rasmi AirAsia di Dunia Twitter, tempat perbualan menarik tentang peristiwa dan promosi terbaru yang hebat daripada syarikat penerbangan kegemaran anda yang dikemas kini pada masa nyata di seluruh dunia. Hantarlah mesej tweet ke akaun tempatan kami dan bersosiallah dalam dialek tempatan anda! Ia penuh dengan keseronokan, jadi tunggu apa lagi? Tweet tweet! Tweet tweet!
Akaun Utama AirAsia http://twitter.com/AirAsia
AirAsia Indonesia http://twitter.com/AirAsiaID
AirAsia Japan http://twitter.com/AirAsiaJP
AirAsia Korea http://twitter.com/AirAsiaKR
AirAsia Filipina http://twitter.com/AirAsiaPH
AirAsia Singapura http://twitter.com/AirAsiaSG
AirAsia Thailand http://twitter.com/AirAsiaThailand
AirAsia UK http://twitter.com/AirAsiaUK

    Instagram
Kata orang, sekeping gambar boleh menceritakan seribu kisah. Ikuti kami di Instagram (ID: @AirAsia) untuk melihat peristiwa menarik di Kubu Merah AirAsia dan gambar-gambar destinasi indah di seluruh dunia.

    Sina Twitter
Sertai keriangan Sina Twitter dan kenali AirAsia dengan lebih rapat sambil berseronok-seronok di sana. Hantarkan mesej tweet kembali kepada kami di platform dalam talian yang paling meriah di China. Jangan ketinggalan, jumpa kami di Sina!
Halaman Sina Twitter AirAsia
http://t.sina.com.cn/airasia

    Renren
Berhubunglah menggunakan jaringan untuk semua orang, Renren, dan dapatkan maklumat tentang tawaran terkini dan terbaik daripada AirAsia! Yang paling seronok, anda boleh kongsikannya dengan semua orang. Jadi, marilah berkongsi dan tunjukkan keprihatinan anda!
Halaman Renren AirAsia http://page.renren.com/airasia

Daftarlah sebagai ahli untuk mendapat faedah paling istimewa!
Jadilah ahli bagi menerima surat berita kami, serta menjadi yang terawal untuk mengetahui tentang tambang rendah terkini dan tawaran lain yang sangat hebat daripada kami!
Daftar sekarang!