Hiburan
Pernah mendengar tentang tablet Galaxy Samsung tetapi tidak pernah mencubanya? Inilah peluang anda!
AirAsia X dengan bangganya mengumumkan Hiburan Dalam Penerbangan kami yang baru!
Filem blokbuster terkini, rancangan TV kegemaran anda, muzik di kedudukan teratas carta, serta banyak permainan untuk memastikan anda dan anak-anak tetap terhibur!
Tablet Galaxy Samsung boleh didapati dalam semua pesawat AirAsia X mulai 14 Julai 2012. onwards.

Apa yang hebat tentang Tablet Galaxy Samsung?
- Paparan skrin lebar 10.1”
- Skrin berkualiti HD penuh
- Pusingan 4 arah
- Hayat bateri sehingga 10 jam
- Headset percuma dengan setiap tempahan
Apa yang ada pada peranti ini?
Pilihan filem, rancangan TV, muzik, dan permainan akan dikemas kini secara berterusan bagi menjamin hanya hiburan terkini yang dipertontonkan. Filem merangkumi pelbagai genre dan bahasa mengikut pilihan anda.
Klik di sini untuk melihat pilihan filem terkini, permainan yang menyeronokkan dan lagu yang menghiburkan.
* Semua peranti akan dicas sepenuhnya bagi memastikan anda mendapat hiburan terbaik tanpa sebarang gangguan.
** Harap maklum bahawa Hiburan Dalam Penerbangan ini hanya tersedia dalam semua penerbangan AirAsia X.

