Tempah penerbangan sekarang

Hidangan panas

 

Hanya hidangan berperisa paling enak disediakan dalam menu kami yang pelbagai, terdiri daripada makanan Asia, antarabangsa dan vegetarian untuk memuaskan selera semua, termasuklah yang paling cerewet makan. Panas atau sejuk, pedas atau berperisa, pilihan di tangan anda.

Layari menu hidangan di sini:

Pratempah hidangan dalam talian

Nikmati pelbagai pilihan juadah istimewa ASEAN dan makanan antarabangsa!
Pratempah makanan dalam penerbangan untuk mengelakkan kekecewaan dan menikmati lebih penjimatan!
Bagi tempoh penerbangan yang kurang dari 75min, hanya snek akan dihidangkan. Untuk menikmati hidangan panas dalam penerbangan yang singkat, pratempah hidangan anda dengan kami hari ini!

Hidangan dalam penerbangan


Pilih penerbangan anda untuk melihat hidangan yang boleh ditempah


Kombo ayam kari hijau

Pes kari hijau yang dicampur biji ketumbar dan jintan putih, bawang putih, bawang merah, hirisan kulit limau nipis, akar ketumbar, lada hitam dan dimasak dengan ayam serta dihidangkan bersama nasi Jasmin Thai.
   

Kombo Sate Ayam

Sate ayam yang dipanggang sehingga sempurna. Dihidangkan bersama nasi impit, hirisan bawang besar dan kuah kacang.
   

Kombo nasi vegetarian

Juadah lazat ayam vegetarian berasaskan soya yang direneh dalam kari berempah, disajikan bersama campuran labu India & dal yang dimasak dengan kunyit. Hidangan sampingan lobak parut yang dimasak dalam santan dan ditabur di atas nasi putih yang empuk dan wangi menjadikan hidangan ini sangat menarik.
   

Kombo spageti bolognaise

Spageti kami dimasak ala dente untuk mendapatkan rasa kenyal yang memuaskan, dengan curahan sos bolognaise lazat diperbuat daripada tomato panggang dan ayam kisar serta kuantiti rempah yang tepat untuk menggabungkan kesempurnaan rasa.
   

Kombo ayam panggang

Kombo lazat ayam panggang tanpa tulang yang diperap dan dihidangkan bersama sos cendawan lada hitam pekat serta sajian sampingan lobak panggang, kubis bunga dan kentang panggang.

   

Kombo piza ayam berkeju

Semua ciri yang patut ada pada piza yang dibakar dalam ketuhar; bahagian tengah yang empuk, kerak yang rapuh, keju yang elastik dan toping aneka warna yang terdiri daripada kepingan ayam enak, lada benggala rangup dan tomato berjus.

   

Kombo penkek

Susunan 3 penkek panas yang begitu memikat, dihiasi mentega berkrim dan sirap mapel manis, menampilkan gaya sajian yang anda gemari. Cara yang hebat untuk memulakan hari anda tetapi juga berkesan sebagai perangsang sepanjang hari.

   

Kombo nasi lemak Pak Nasser

Nasi lemak wangi tradisional yang digemari di Malaysia, dihidangkan dengan sambal cili istimewa Pak Nasser dan rendang ayam lembut, dan disertakan bersama perencah tradisional iaitu ikan bilis goreng, kacang tanah rangup dan separuh telur rebus.
   

Kombo frankster (ayam)

Hidangan ini memberikan makna baru kepada nikmat hot dog dengan sosej ayam segar yang disumbat dalam ban frankfurter, disertakan bersama jeruk pembuka selera dan sos mustard madu. Pastinya disukai golongan tua dan muda!

   

Kombo nasi goreng dengan sate ayam

Nasi goreng cara Asia bersama sedikit udang kering dan pes cili dan dihidangkan bersama 2 cucuk sate ayam.
   

Kombo aneka sandwic

Ayam panggang yang diperasakan dengan lada hitam dan garam laut dalam roti mil penuh dengan salad romaine, tomato dan kuah salad Caesar berkrim.
   

Kombo nasi ayam

Hidangan kegemaran orang Cina di Malaysia iaitu nasi empuk berperisa yang dihidangkan bersama ayam panggang serta sos cili, halia dan bawang putih, resipi rahsia istimewa Uncle Chin.
   

Kombo panini ayam

Caterham’s Pit Stop Panini (Ayam) adalah hidangan baru kami yang lazat lagi berkhasiat. Mengandungi ham ayam, pepperoni ayam berempah, tomato yang sedap dan juga lapisan mayo mustard berkrim.
   

Kombo beriani ayam Bukhara

Ayam lembut yang dimasak dalam sos Bukhara yang pedas dan berempah, dihidangkan bersama nasi basmati wangi serta campuran asli rempah terpilih, eksklusif untuk memikat selera anda.
   

Kombo oriental vegetarian

Nasi Goreng Vegetarian, diperasakan dengan halia wangi. Dihidangkan bersama ayam vegetarian rendidih yang lembut dan lazat.
   

Kombo stew daging

Puaskan rasa lapar anda dengan hidangan makaroni rencong, diiringi ketulan daging lembu enak dan hidangan sayur gril.
   

Kombo balutan tortilla ayam tandoori

Ketulan ayam tandoori berempah dihiris dengan sos mayonis pudina dan dihidangkan bersama sayuran hijau untuk keenakan menyihatkan.
   

Mat kelapa (Air kelapa segar)

Jus manis semula jadi yang menyegarkan dengan kandungan kalium dan mineral yang tinggi.
   

Hidangan Ace SkyRider Club

Hidangan nuget ayam + minuman
Nuget ayam tempura yang rangup dengan hidangan sampingan lobak mentega berkismis serta kentang lecek dan cendawan.

Nota: Set kombo datang dengan minuman yang mungkin berbeza-beza pada penerbangan AK/FD/QZ


Kombo Sate Ayam

Sate ayam yang dipanggang sehingga sempurna. Dihidangkan bersama nasi impit, hirisan bawang besar dan kuah kacang.
   

Nasi Minyak Palembang ala Farah Quinn

Campuran beras beraroma yang lembut dan dimasak dengan rempah-ratus rahsia, dihidangkan kiub Daging Lembu Malbi yang banyak airnya dan lembut, nenas tangy dan sayur-sayuran....ala Farah Quinn.
   

Kombo nasi goreng vegetarian

Nasi goreng yang enak lagi berkhasiat, dimasak dalam kicap cendawan berserta ham vegetarian, kacang pis dan lada benggala merah. Dihidangkan bersama 2 keping gorengan berbentuk paha ayam serta sos.
   

Kombo spageti bolognaise

Spageti kami dimasak ala dente untuk mendapatkan rasa kenyal yang memuaskan, dengan curahan sos bolognaise lazat diperbuat daripada tomato panggang dan ayam kisar serta kuantiti rempah yang tepat untuk menggabungkan kesempurnaan rasa.

   

Kombo ayam panggang

Kombo lazat ayam panggang tanpa tulang yang diperap dan dihidangkan bersama sos cendawan lada hitam pekat serta sajian sampingan lobak panggang, kubis bunga dan kentang panggang.

   

Kombo piza ayam berkeju

Semua ciri yang patut ada pada piza yang dibakar dalam ketuhar; bahagian tengah yang empuk, kerak yang rapuh, keju yang elastik dan toping aneka warna yang terdiri daripada kepingan ayam enak, lada benggala rangup dan tomato berjus.

   

Kombo penkek

Susunan 3 penkek panas yang begitu memikat, dihiasi mentega berkrim dan sirap mapel manis, menampilkan gaya sajian yang anda gemari. Cara yang hebat untuk memulakan hari anda tetapi juga berkesan sebagai perangsang sepanjang hari.

   

Kombo nasi lemak Pak Nasser

Nasi lemak wangi tradisional yang digemari di Malaysia, dihidangkan dengan sambal cili istimewa Pak Nasser dan rendang ayam lembut, dan disertakan bersama perencah tradisional iaitu ikan bilis goreng, kacang tanah rangup dan separuh telur rebus.
   

Kombo frankster (ayam)

Hidangan ini memberikan makna baru kepada nikmat hot dog dengan sosej ayam segar yang disumbat dalam ban frankfurter, disertakan bersama jeruk pembuka selera dan sos mustard madu. Pastinya disukai golongan tua dan muda!

   

Kombo nasi goreng dengan sate ayam

Nasi goreng cara Asia bersama sedikit udang kering dan pes cili dan dihidangkan bersama 2 cucuk sate ayam.
   

Kombo aneka sandwic

Ayam panggang yang diperasakan dengan lada hitam dan garam laut dalam roti mil penuh dengan salad romaine, tomato dan kuah salad Caesar berkrim.
   

Kombo nasi ayam

Hidangan kegemaran orang Cina di Malaysia iaitu nasi empuk berperisa yang dihidangkan bersama ayam panggang serta sos cili, halia dan bawang putih, resipi rahsia istimewa Uncle Chin.
   

Kombo panini ayam

Caterham’s Pit Stop Panini (Ayam) adalah hidangan baru kami yang lazat lagi berkhasiat. Mengandungi ham ayam, pepperoni ayam berempah, tomato yang sedap dan juga lapisan mayo mustard berkrim.
   

Kombo nasi kuning Manado

Sajian popular dari Sulawesi dihidangkan bersama Cakalang Salai (ikan tongkol besar), Telor Balado, Keledek Goreng, Kentang Soya serta Daging dan sambal Cili.
   

Kombo lasagna ayam

Lapisan pasta yang berselang-seli dengan sos daging tomato yang pekat dan sos bechamel yang tidak berbintil-bintil. Atasnya dihias dengan keju Mozarela dan herba Itali yang harum baunya. Dibakar di dalam ketuhar sehingga bergelembung, wangi dan berwarna perang keemasan. Satu hidangan yang enak lagi mengenyangkan.
   

Kombo nasi padang

Hidangan popular dari Indonesia yang biasanya disajikan bersama deretan lauk-pauk. Kini sebahagian hidangan ini boleh dinikmati dalam penerbangan dengan nasi putih, rendang daging, pucuk ubi goreng kilas, ikan bilis balado dan sambal hijau. Disajikan bersama keropok udang.
   

Kombo balutan tortilla ayam tandoori

Ketulan ayam tandoori berempah dihiris dengan sos mayonis pudina dan dihidangkan bersama sayuran hijau untuk keenakan menyihatkan.
   

Hidangan Ace SkyRider Club

Hidangan nuget ayam + minuman
Nuget ayam tempura yang rangup dengan hidangan sampingan lobak mentega berkismis serta kentang lecek dan cendawan.

Nota: Set kombo datang dengan minuman yang mungkin berbeza-beza pada penerbangan AK/FD/QZ


Kombo ayam Dada + beras pulut

Ayam panggang ala Thai dengan nasi pulut yang lazat yang dihidangkan bersama sos cili manis kurang pedas
   

Kombo Sate Ayam

Sate ayam yang dipanggang sehingga sempurna. Dihidangkan bersama nasi impit, hirisan bawang besar dan kuah kacang.
   

Kombo Tika Ayam

Kepingan daging ayam tidak bertulang yang diperap secukupnya di dalam yoghurt berempah kemudian dipanggang di dalam ketuhar lempung untuk memberikan rasa yang sungguh mengecurkan. Dihidangkan kepada anda dengan chutney asam masam untuk menggabungkan semua rasanya.
   

Kombo nasi goreng dengan sate ayam

Nasi goreng cara Asia bersama sedikit udang kering dan pes cili dan dihidangkan bersama 2 cucuk sate ayam.

   

Kombo nasi goreng vegetarian

Nasi goreng yang enak lagi berkhasiat, dimasak dalam kicap cendawan berserta ham vegetarian, kacang pis dan lada benggala merah. Dihidangkan bersama 2 keping gorengan berbentuk paha ayam serta sos.

   

Kombo spageti bolognaise

Spageti kami dimasak ala dente untuk mendapatkan rasa kenyal yang memuaskan, dengan curahan sos bolognaise lazat diperbuat daripada tomato panggang dan ayam kisar serta kuantiti rempah yang tepat untuk menggabungkan kesempurnaan rasa.

   

Kombo ayam panggang

Kombo ini paling digemari untuk rasa dan teksturnya kerana kami memerap paha ayam tersebut dalam adunan istimewa untuk menyerlahkan khasiat semula jadinya. Disajikan bersama hidangan sampingan kentang, lobak, kacang hijau panggang dan sos BBQ untuk satu hidangan lengkap yang memuaskan.

   

Kombo piza ayam berkeju

Semua ciri yang patut ada pada piza yang dibakar dalam ketuhar; bahagian tengah yang empuk, kerak yang rapuh, keju yang elastik dan toping aneka warna yang terdiri daripada kepingan ayam enak, lada benggala rangup dan tomato berjus.

   

Kombo penkek

Susunan 3 penkek panas yang begitu memikat, dihiasi mentega berkrim dan sirap mapel manis, menampilkan gaya sajian yang anda gemari. Cara yang hebat untuk memulakan hari anda tetapi juga berkesan sebagai perangsang sepanjang hari.

   

Kombo nasi lemak Pak Nasser

Nasi lemak wangi tradisional yang digemari di Malaysia, dihidangkan dengan sambal cili istimewa Pak Nasser dan rendang ayam lembut, dan disertakan bersama perencah tradisional iaitu ikan bilis goreng, kacang tanah rangup dan separuh telur rebus.
   

Kombo frankster (ayam)

Hidangan ini memberikan makna baru kepada nikmat hot dog dengan sosej ayam segar yang disumbat dalam ban frankfurter, disertakan bersama jeruk pembuka selera dan sos mustard madu. Pastinya disukai golongan tua dan muda!

   

Kombo aneka sandwic

Ayam panggang yang diperasakan dengan lada hitam dan garam laut dalam roti mil penuh dengan salad romaine, tomato dan kuah salad Caesar berkrim.
   

Kombo nasi ayam

Hidangan kegemaran orang Cina di Malaysia iaitu nasi empuk berperisa yang dihidangkan bersama ayam panggang serta sos cili, halia dan bawang putih, resipi rahsia istimewa Uncle Chin.
   

Kombo panini ayam

Caterham’s Pit Stop Panini (Ayam) adalah hidangan baru kami yang lazat lagi berkhasiat. Mengandungi ham ayam, pepperoni ayam berempah, tomato yang sedap dan juga lapisan mayo mustard berkrim.
   

Kombo ayam selasih dengan nasi

Juadah nasi kegemaran orang Thai, dengan ayam yang lembut digoreng kilas dalam beberapa rempah, kemudian daun selasih ditambahkan pada akhirnya untuk menerbitkan aroma harum.

   

Kombo ayam kari hijau

Pes kari hijau yang dicampur biji ketumbar dan jintan putih, bawang putih, bawang merah, hirisan kulit limau nipis, akar ketumbar, lada hitam dan dimasak dengan ayam serta dihidangkan bersama nasi Jasmin Thai.
   

Kombo lasagna ayam

Lapisan pasta yang berselang-seli dengan sos daging tomato yang pekat dan sos bechamel yang tidak berbintil-bintil. Atasnya dihias dengan keju Mozarela dan herba Itali yang harum baunya. Dibakar di dalam ketuhar sehingga bergelembung, wangi dan berwarna perang keemasan. Satu hidangan yang enak lagi mengenyangkan.
   

Kombo Aloo Bhaji dengan pulao kacang pis

Hidangan vegetarian lazat ini menggabungkan kentang dadu yang direneh dalam kari berasaskan tomato yang sedikit berempah, bersama nasi Jasmin yang dihias dengan kacang pis hijau dan jintan putih. Pasti memuaskan selera semua.
   

Hidangan Ace SkyRider Club

Hidangan makaroni ayam + minuman
Makaroni ayam yang menyelerakan dengan sos tomato berisi ketulan besar ayam dan kacang pis serta sajian sampingan sosej ayam mini.

Nota: Set kombo datang dengan minuman yang mungkin berbeza-beza pada penerbangan AK/FD/QZ


Kombo penkek

Susunan 3 penkek panas yang begitu memikat, dihiasi mentega berkrim dan sirap mapel manis, menampilkan gaya sajian yang anda gemari. Cara yang hebat untuk memulakan hari anda tetapi juga berkesan sebagai perangsang sepanjang hari.
   

Kombo caldereta daging lembu

Satu daripada hidangan paling lazat Filipina yang mengandungi daging lembu, dimasak di dalam sos dan pes tomato, campuran bawang putih, bell pepper, bawang dan lada biji yang menjadikan hidangan tersebut begitu lazat dan mengecurkan.
   

Kombo Yang Chow ayam

Merupakan hidangan kegemaran di Filipina sehingga mereka mencipta versi mereka sendiri! Nasi yang dimasak dengan pelbagai campuran sayur-sayuran , ayam yang dipotong dadu dan telur untuk menaikkan lagi rasa pasti akan menyelerakan semua orang.
   

Kombo aneka sandwic

Ayam panggang yang diperasakan dengan lada hitam dan garam laut dalam roti mil penuh dengan salad romaine, tomato dan kuah salad Caesar berkrim.
   

Kombo ayam adobo

Masakan kegemaran Filipina yang menggabungkan ayam, cuka, kicap, daun bay dan biji lada yang menjadikan masakan ini khazanah nasional.

Steak Hamburg Daging Lembu Jepun dengan Sos Tomato

Diperbuat daripada 100% Daging Lembu Jepun, kini terhidanglah Hamburg Steak yang berair! Ditutupi sos tomato dan keju mozarela, dan dengan potongan lobak, kacang hijau, hirisan kentang bakar dan kentang goreng yang ditaburkan di atas nasi bawang putih yang harum, tiada siapa yang boleh menolak kelazatan Beef Hamburg Steak.
   

Irodori Omusubi Bento

Mulakan pagi anda dengan hidangan mengenyangkan 3 jenis bebola nasi campur yang lazat - bebola nasi campur sardin goreng dan ume yang dibungkus dalam daun shiso merah, bebola nasi campur salmon masak dan bok choy yang dibungkus dalam daun bok choy, serta bebola nasi campur kepingan ikan tongkol yang dibungkus dalam nori, dengan dashi-maki tamago buatan sendiri dan kinpira gobou, semuanya dihidangkan dalam kotak Bento Jepun yang comel dengan hidangan sampingan Sup Miso yang panas dan lazat.
   

Sandwic Panas Mufin Inggeris

Dijamin membuat anda tersenyum seperti terbitnya mata hari! Muffin panas yang tersusun rapi ini terdiri daripada Scrambled Eggs (Telur Masak Hancur) dan Beef Pastrami yang lazat dan dilengkapi dengan Keju Gruyere berkrim! Bahagian terbaiknya ialah, kesemuanya ini dilengkapkan dengan pilihan Kopi tau Teh panas komplimentari.
   

Nasi Udang Sakura dan Bento Sayur-Sayuran Musiman

Kotak nasi ini dipenuhi dengan keharuman dan kelazatan nasi udang sakura yang dihidangkan dengan sayur-sayuran musiman seperti butterbur, kekacang fava, rebung dan banyak lagi. Lengkapkannya dengan sebatang bebola daging ayam dan sup miso, anda mendapat hidangan yang sesuai untuk musim bunga!
   

Ayam Panggang dan Sos Mustard

Gabungan hebat daripada kepingan daging ayam panggang yang panas dan sos mustard. Dihidangkan bersama-sama sayur-sayuran kukus yang menyihatkan seperti brokoli, zukini, terung dan kentang yang sedap dimakan bersama gulungan roti rye. Kombo dihidangkan bersama air mineral.
   

Kombo hidangan kanak-kanak

Inarizushi mini (sushi tauhu manis) diletakkan telur orak arik, ayam cincang berperisa, dan sakuradenbu (kepingan ikan sakura merah jambu), dihidangkan bersama-sama sandwic roti lobak, ayam gril, krimpaf mini dan lain-lain yang pasti digemari oleh kanak-kanak. Ia juga disedaikan dengan sekotak 100% jus epal.
   

Hidangan Asia Bibimbap

Siapa kata makanan berkhasiat tidak menarik? Bahagian atas nasi putih kami yang empuk dipenuhi tauge, bayam, cendawan, lobak, telur masak hancur dan daging yang dikisar kasar. Campurkan sos Gochujang kami yang istimewa sebagai perisa tambahan, hasilnya hidangan bibimpap yang lazat namun berkhasiat!

Masakan Asia


Kari Hijau Thai

Hanya rempah dan herba yang terbaik untuj kari hijau yang pekat dan mengecurkan yang berempah sedikit. Direneh dengan ketulan daging ayam dan kemudiannya dihidangkan bersama-sama nasi Jasmine Thai wangi, ini pasti sekali hidangan yang akan memuaskan rasa lapar anda.

Hidangan Sarapan


Penkek dengan Mentega dan Sirap Mapel

Satu tindanan yang terdiri daripada 3 pankek panas yang lazat dengan mentega berkrim dan sirup mapel di atasnya mengikut cita rasa anda. Cara hebat untuk memulakan waktu pagi tetapi juga sesuai untuk memuaskan selera anda sepanjang hari.

Masakan Jepun


Teriyaki ayam dengan nasi kukus

Hidangan Jepun manis dan lazat yang menjadi kegemaran ramai pasti menyelerakan. Nasi kukuh yang gebu melengkapi potongan daging ayam yang dipanggang kemudiannya disaluti dengan sos teriyaki.

Hidangan Kanak-kanak


Hot dog

Kelazatan hotdog ini diperkayakan dengan gabungan sosej ayam yang berair yang dimasukkan ke dalam ban frankfurter dengan relish jeruk dan mustard madu. Pasti menjadi rebutan biarpun tua ataupun muda! Untuk Hidangan Kanak-Kanak, hotdog akan disertakan dengan Pek Snek SkyRider.

Masakan Korea


Ayam Duruchigi Kimchi

Annyeong haseyo! Nikmati keaslian makanan Korea dengan ayam Kimchi kami. Kepingan daging ayam yang digoreng dengan ramuan utama bagi setiap hidangan orang Korea - Kimchi yang menggabungkan kobis, lobak putih dan pes cili.

Nasi Lemak


Nasi Lemak Pak Nasser

Hidangan kegemaran Malaysia tradisional yang sedia untuk dimakan pada waktu siang atau malam. Hidangan nasi lemak yang harum ini disajikan bersama-sama sambal cili Pak Nasser dan ayam rendang yang lembut, diiringi dengan campuran ikan bilis goreng tradisional, kacang tanah yang rangup dan telur separuh masak.

Snek Malaysia


Sate Ayam dengan Nasi Himpit

Sate ayam berair yang diperap dan dibakar hingga cukup sempurna. Rasai kelazatan potongan daging ayam yang dihidangkan dengan nasi himpit, hirisan bawang kecil dan sambal kacang yang disajikan di dalam mangkuk yang berasingan.

Masakan oriental


Nasi Ayam Uncle Chin

Nasi Ayam Hainan Malaysia tradisional yang gebu dan harum dihidangkan dengan ayam panggang dan diiringi sos cili, halia dan bawang putih istimewa.

Nota: Tidak tersedia dalam penerbangan ke/dari China
 

Ayam Szechuan dengan Nasi Kukus

Untuk mereka yang inginkan sedikit kelainan, cubalah Ayam Szechuan kami. Hidangan ayam yang sedikit pedas lagi penuh perisa ini cukup untuk melengkapi sajian anda.

Nota: Hanya tersedia dalam penerbangan ke/dari China

Makanan Vegetarian Oriental


Tauhu Kung Pao dengan Nasi Kukus

Nikmatilah hidangan yang akan mengecurkan anda! Para penggemar makanan berempah akan menghargai kontras perisa cili kering dan sos kicap yang melengkapi tauhu, kacang janggus serta campuran sayur-sayuran. Ia kemudiannya dihidangkan dengan nasi kukus untuk melengkapkan hidangan anda.

Makanan Vegetarian India


Kari Sayur dengan Nasi Beriani

Kaya dengan rempah tetapi kurang pedas, kari kentang dan lobak ringan ini akan membuatkan anda tidak mahu berhenti menikmatinya. Gabungan kari yang kurang pedas dan nasi Biryani yang lazat adalah apa yang anda perlukan untuk memanaskan badan anda pada hari yang dingin.

Makanan Vegetarian Barat


Lasagne Bayam & Cendawan

Hidangan vegetarian Mediterranean yang akan memuaskan selera malah mereka yang gemar makan; lapisan pasta bebas telur yang besar yang dilapisi dengan cendawan bulat dan sayur bayam, kemudian diseliputi dengan herba tomato dan keju mozarela yang banyak. Hidangan ini tidak mengandungi bawang besar atau bawang putih.

Masakan Barat


Lasagne Ayam

Lapisan berganti-ganti pasta, ragu daging berair dan sos bechamel. Ditaburi keju mozarela dan herba Itali yang harum. Dibakar di dalam ketuhar sehingga berwarna perang yang begitu beraroma. Hidangan yang benar-benar mengenyangkan.

Makanan India


Ayam Mentega Masala

Puaskan rasa lapar anda dengan hidangan ayam berempah yang sangat mengecurkan. Kepingan ayam berempah yang disapu dengan mentega serta minyak sapi yang disempurnakan dengan campuran cili, tomato dan rempah ratus yang disepadukan dengan dihidangkan bersama-sama nasi biryani.

Sandwic


Sandwic Pesto Ayam

Jika anda mencari snek ringan, maka nikmatilah sandwic enak yang memenuhi kriteria itu. Ayam yang dipanggang sempurnia dihiris dan kemudiannya dilitupi dressing pesto segar yang kemduaknnya diselaputi roti mil penuh putih. Snek yang hebat untuk mereka yang mahu memuaskan selera kecil mereka.
  • Semua hidangan (kecuali Sandwic Ayam dan Set Sarapan) disajikan bersama air botol percuma 350ml.
  • Sandwic Ayam dan Set Sarapan disajikan bersama pilihan kopi atau teh.

 

Ketahui lebih tentang terma & syarat pra-tempah makanan

  1. Pilihan makanan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Makanan mungkin mengandungi kekacang, hasil tenusu dan/atau gluten.
  2. Penyediaan produk, perkhidmatan, program atau makanan yang diiklankan Dalam Penerbangan adalah tertakluk kepada ketersediaan.
  3. Pratempahan makanan tidak dibenarkan jika tempahan dibuat dalam masa 24 jam sebelum waktu perlepasan.
  4. Perubahan kepada makanan pratempah hanya boleh dilakukan lebih daripada 24 jam sebelum waktu perlepasan. Penumpang hendaklah membayar sebarang perbezaan pada harga jika harga makanan baru adalah lebih tinggi.
  5. Pas masuk ialah bukti pembelian makanan pratempah dan hendaklah ditunjukkan kepada anak kapal semasa di dalam pesawat untuk menuntut makanan pratempah.
  6. AirAsia berhak menggantikan mana-mana komponen makanan pratempah atau menukar resipi atau spesifikasi makanan pratempah. AirAsia akan berusaha untuk menyediakan makanan yang sama nilainya dengan makanan pratempah sediakala yang telah digantikan.