Pilihan tempat duduk

Dengan bayaran yang rendah, anda boleh Pilih Tempat Duduk; tempat duduk tepi laluan, tepi tingkap atau duduk bersama keluarga dan rakan anda! Sekiranya anda tidak memilih Pilih Tempat Duduk, anda masih akan diperuntukkan tempat duduk semasa daftar masuk.






* Sila ambil maklum bahawa semua pilihan tempat duduk adalah tertakluk pada terma dan syarat pengangkutan kami. Tempat duduk anda mungkin akan diatur semula atas sebab operasi, keselamatan atau perlindungan.


Merancang untuk bercuti?

Pilih Tempat duduk Sekarang!

 


Airbus A320


Airbus A320neo

Airbus A320neo


Airbus A320

Airbus A320


Tempat duduk Popular
Tempat Duduk Biasa
Pintu keluar
Pintu keluar kecemasan
Tandas



Tempat duduk Popular

Terletak di bahagian depan pesawat dan baris keluar kecemasan, Tempat duduk Popular menawarkan ruang yang lebih luas berbanding Tempat duduk Biasa supaya anda boleh terbang dengan lebih selesa. Tidak hanya itu, anda juga akan dapat menaiki pesawat lebih awal berbanding tetamu lain.

 

Tempat duduk Biasa

Tempat duduk kulit kami yang bergaya akan memastikan anda kekal selesa di sepanjang penerbangan anda.



Ingin tahu lebih lagi? Lihat ruang kabin A320 kami.


 


Airbus A330


A330

Katil Rata Premium
Tempat duduk Popular
Tempat Duduk Biasa
Quiet Zone
Pintu keluar
Basinet bayi
Tandas



Katil Rata Premium

Nikmati cita rasa mewah dengan Katil Rata Premium terkemuka kami. Tempat duduk yang luas ini boleh direbahkan sepenuhnya menjadi katil rata apabila diperlukan selain pelbagai ciri lain yang memastikan keselesaan yang maksimum di dalam pesawat. Anda juga akan menikmati faedah tambahan apabila anda memilih Katil Rata Premium untuk penerbangan AirAsia X anda.

 

Tempat duduk Popular

Tempat duduk Popular menawarkan ruang yang lebih luas berbanding Tempat duduk Biasa. Dengan ruang kaki tambahan, anda akan mempunyai lebih ruang untuk meregangkan badan. Tidak hanya itu, anda juga akan dapat menaiki pesawat lebih awal berbanding tetamu lain. Inginkan suasana yang tenang dan senyap? Pratempah Tempat duduk Popular di dalam Quiet Zone.

 

Tempat Duduk Biasa

Tempat duduk kulit kami yang bergaya akan memastikan anda kekal selesa di sepanjang penerbangan anda. Tempat duduk Biasa juga tersedia di dalam Quiet Zone.



Ingin tahu lebih lagi? Lihat ruang kabin A330 kami.




Quiet Zone

Shhhh… Semua tetamu kami memerlukan suasana yang senyap dan tenang. Inilah sebabnya kami menyediakan Quiet Zone di dalam pesawat A330 kami.


Mengapa pilih Quiet Zone?

  • Bunyi bising yang minimum tanpa sebarang gangguan – tiada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah
  • Pencahayaan yang lembut
  • Hidangan anda akan dihidangkan lebih cepat

Ingin tahu lebih lagi? Lihat ruang Quiet Zone kami.


 


Tempat duduk baris keluar kecemasan

Atas sebab keselamatan, tetamu yang ingin memilih tempat duduk di baris keluar kecemasan mestilah:

  • Sihat dari segi fizikal dan mental bagi membantu para petugas sekiranya berlaku kecemasan
  • Berupaya memahami arahan kecemasan bercetak/dituturkan
  • Berumur 15 tahun dan ke atas
  • Tidak berada dalam sebarang peringkat kehamilan
  • Tidak membuat perjalanan dengan bayi
  • Tidak membeli tempat duduk tambahan