Pilihan tempat duduk

Tidak kira apa jenis tambang yang dipilih untuk perjalanan anda, kami berusaha untuk memberi anda pengalaman penerbangan sebaik mungkin. Ini termasuklah memberikan peluang untuk anda memilih tempat duduk yang diingini; tempat duduk tepi laluan atau tepi tingkap, atau sekadar ingin duduk berdekatan dengan ahli keluarga dan rakan!
Tempat duduk yang diperuntukkan
Jangan risau jika anda tidak memilih tempat duduk. Semua tetamu akan diperuntukkan tempat duduk sebelum penerbangan mereka.
Ingin memilih tempat duduk anda sendiri? Klik sahaja pada jenis pesawat di bawah untuk melihat jenis tempat duduk.
A320
|
Tempat duduk popular
Jadilah yang terawal untuk menaiki pesawat dan nikmati ruang kaki tambahan dengan tempat duduk di baris 1, 12 & 14.Tempat duduk biasa
Nikmati perjalanan anda dengan tempat duduk kulit yang bergaya.Nota: Kerusi di baris 11, 12 & 31 adalah tidak dapat direbahkan. Tetamu yang dudu di baris keluar kecemasan MESTI memenuhi kriteria berikut:
- Sihat dari segi fizikal dan mental bagi membantu para petugas sekiranya berlaku kecemasan
- Berupaya memahami arahan kecemasan bercetak/dituturkan
- Berumur 15 tahun dan ke atas
- Tidak berada dalam sebarang peringkat kehamilan
- Tidak membuat perjalan dengan bayi dan/atau kanak-kanak
- Tidak membeli kerusi tambahan
A330
|
Ekonomi
- Tempat duduk popular: Jadilah yang pertama menaiki pesawat dan berlunjur dengan ruang kaki yang luas.
- Tempat duduk biasa: Nikmati tempat duduk kulit yang mewah agar anda kekal selesa dalam perjalanan.
| Quiet zone: Dengan lokasi strategik betul-betul di belakang tempat duduk Premium, kawasan ini (baris 7-14) sangat senyap, tiada gangguan dan mempunyai pencahayaan sekitar yang istimewa. Info lanjut |
- Sihat dari segi fizikal dan mental bagi membantu para petugas sekiranya berlaku kecemasan
- Berupaya memahami arahan kecemasan bercetak/dituturkan
- Berumur 15 tahun dan ke atas
- Tidak berada dalam sebarang peringkat kehamilan
- Tidak membuat perjalan dengan bayi dan/atau kanak-kanak
- Tidak membeli kerusi tambahan



