Mulai
22 Disember 2011, AirAsia akan memansuhkan bayaran daftar masuk kaunter sebanyak RM 10 untuk semua penerbangan antarabangsa. Ini merupakan sebahagian usaha untuk mengurangkan kos perjalanan semua tetamu kami bagi mengimbangi kenaikan caj perkhidmatan penumpang baru-baru ini.
Selain daripada pemansuhan ini, kami juga telah mengurangkan yuran pemprosesan untuk penggunaan kad kredit daripada RM8 kepada RM5 bagi setiap penumpang untuk setiap sektor.
Penumpang yang telah membuat prabayaran daftar masuk kaunter untuk
penerbangan antarabangsa dari 21 September sehingga 21 Disember 2011 boleh memilih untuk mendapatkan bayaran balik dalam bentuk credit shell melalui
e-borang penjagaan pelanggan kami.
Bayaran daftar masuk kaunter untuk penerbangan domestik tetap sama.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ di bawah:
- AirAsia dan AirAsia X akan menghapuskan bayaran daftar masuk kaunter untuk penumpang yang menaiki penerbangan antarabangsa. Benarkah?
Ya, AirAsia dan AirAsia X akan menghapuskan bayaran daftar masuk kaunter untuk semua penerbangan antarabangsa di seluruh rangkaian. Semua tempahan yang dibuat mulai 22 Disember akan dikecualikan daripada bayaran ini. Penumpang boleh menggunakan kaunter daftar masuk kami serta kaunter penyerahan bagasi/pemeriksaan dokumen di lapangan terbang.
- Mengapakah AirAsia dan AirAsia X begitu cepat menghapuskan bayaran daftar masuk kaunter ini setelah memperkenalkannya pada 21 September 2011?
Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kos perjalanan semua tetamu kami, terutamanya selepas kenaikan caj perkhidmatan penumpang baru-baru ini untuk pengembara antarabangsa. Namun, kami masih lagi menggalakkan penumpang agar membuat daftar masuk sendiri.
- Bagaimana pula dengan penumpang yang terbang ke destinasi domestik?
Buat masa ini, penumpang yang menaiki penerbangan domestik di dalam Malaysia dan Indonesia masih lagi dikenakan bayaran daftar masuk kaunter sekiranya mereka memilih untuk menggunakan khidmat ini atau tidak membuat daftar masuk sendiri.
- Mengapakah penumpang domestik di Malaysia dan Indonesia masih lagi dikenakan caj?
Perjalanan domestik tidak memerlukan pemeriksaan visa/pasport/APIS, berbeza dengan perjalanan antarabangsa. Oleh itu, kami memutuskan untuk memansuhkan bayaran tersebut sehingga sistem pemprosesan yang lebih baik diwujudkan.
- Bagaimana dengan penumpang yang telah membuat pratempahan khidmat daftar masuk kaunter dan telah pun membayar untuk khidmat ini?
Penumpang yang telah membuat pratempahan bayaran daftar masuk kaunter dari 21 September hingga 21 Disember 2011 boleh memohon untuk mendapatkan credit shell. Penumpang boleh mendapatkan credit shell melalui e-borangpenjagaan pelanggan kami secara dalam talian.
- Jika penerbangan dibatalkan, bolehkah penumpang memohon pemulangan bayaran daftar masuk kaunter ini?
Not a refund, instead a credit shell will be offered.
- Adakah tarikh pemansuhan ini berdasarkan tarikh tempahan atau tarikh perjalanan?
Sama ada tarikh tempahan atau tarikh perjalanan, semua penumpang yang menaiki penerbangan antarabangsa tidak akan dikenakan bayaran ini mulai 22 Disember.
- Adakah penumpang dimaklumkan tentang perubahan ini?
Ya, kami telah mengumumkan perkara ini melalui akhbar, serta platform media sosial kami (facebook.com/AirAsia dan twitter.com/AirAsia). Semua ahli RedAlert kami juga akan dimaklumkan melalui e-mel surat berita.
-
-
-
Saluran Media Sosial AirAsia yang Lain-
-
-
AirAsia Mobile