Tempah penerbangan sekarang

Penerbangan sambungan

Perlu mengambil lebih daripada satu penerbangan untuk sampai ke destinasi terakhir anda? Di AirAsia, penerbangan sambungan kini lebih mudah dengan Fly-Thru!

Apakah itu FLY-THRU?

Sambung perjalanan dengan mudah dari satu penerbangan ke penerbangan lain tanpa perlu bersusah-payah mengambil beg di lapangan terbang transit.

Di manakah saya boleh menggunakan Fly-Thru?

Tetamu boleh menggunakan perkhidmatan Fly-Thru di lapangan terbang berikut:


 


Fly-Thru melalui Kuala Lumpur, klia2

Tiada visa transit

Tiada pelepasan imigresen di Malaysia dan pengecualian cukai lapangan terbang di hab transit.
Nota: Sah hanya untuk pertukaran antarabangsa dengan penyinggahan maksimum 6 jam di Malaysia. Klik di sini untuk butiran lanjut.

Transit pantas

Daftar masuk di balai pertukaran untuk menaiki penerbangan sambungan anda (sah hanya untuk pertukaran antarabangsa).
Penukaran penerbangan percuma sekiranya penerbangan pertama terlewat.

Pemindahan terus bagasi

Bagasi akan dipindahkan terus sehingga ke destinasi terakhir anda.

Perkhidmatan Fly-Thru kami merangkumi penerbangan sambungan domestik dan antarabangsa. Hanya klik pada tab untuk mengikuti beberapa langkah mudah di bawah..


Di hab transit


Semasa ketibaan, cari papan tanda Pertukaran Antarabangsa untuk terus ke pemeriksaan keselamatan jika anda mempunyai pas masuk untuk penerbangan sambungan. Jika tidak, sila ke kaunter pertukaran kami untuk mendaftar masuk ke penerbangan sambungan anda.

Di hab transit


Semasa ketibaan, cari papan tanda Pertukaran Domestik untuk terus ke pemeriksaan keselamatan dan imigresen jika anda mempunyai pas masuk untuk penerbangan sambungan. Jika tidak, sila ke kaunter pertukaran kami untuk mendaftar masuk ke penerbangan sambungan anda.

Di hab transit


Semasa ketibaan, cari papan tanda Pertukaran Antarabangsa untuk terus ke pemeriksaan keselamatan dan imigresen.


Fly-Thru melalui Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang

 

Tiada Cukai Lapangan Terbang

Tetamu Fly-Thru adalah dikecualikan daripada cukai lapangan terbang Don Mueang.

Tiada pelepasan imigresen

Tetamu boleh terus masuk ke balai berlepas.
Nota: Untuk sambungan domestik, pelepasan imigresen diperlukan di balai transit Don Mueang.

Bagasi Berdaftar

Bagasi akan dipindahkan terus sehingga ke destinasi terakhir anda.

Perkhidmatan Fly-Thru kami merangkumi penerbangan sambungan domestik dan antarabangsa. Hanya klik pada tab untuk mengikuti beberapa langkah mudah di bawah.


Di Lapangan Terbang Don Mueang


Langkah 1:
Setelah tiba, cari papan tanda Pertukaran Antarabangsa. Jika anda sudah mempunyai pas masuk kedua, teruskan ke balai berlepas untuk menaiki penerbangan anda. Jika tidak, sila ke kaunter pertukaran kami untuk mendaftar masuk ke penerbangan sambungan anda.

Cari arah dengan mudah di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang dengan peta lokasi kami! Rancang perjalanan Fly-Thru anda dengan peta laluan interaktif kami!

 


Di Lapangan Terbang Don Mueang


Langkah 1:
Setelah tiba, cari papan tanda Pertukaran Domestik untuk pelepasan imigresen anda. Setelah selesai pelepasan imigresen, sila teruskan ke balai berlepas untuk menaiki penerbangan domestik anda.

 

Di destinasi terakhir


Langkah 1:
Setelah tiba, kakitangan lapangan kami akan membawa anda ke kawasan tuntutan bagasi yang telah ditetapkan.
Cari arah dengan mudah di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang dengan peta lokasi kami! Rancang perjalanan Fly-Thru anda dengan peta laluan interaktif kami!

 


Di lapangan terbang asal


Langkah 1:
Setelah tiba, cari papan tanda Pelepasan Antarabangsa untuk pelepasan imigresen anda.

 

Di Lapangan Terbang Don Mueang


Langkah 2:
Setelah tiba, kakitangan lapangan kami akan membawa semua tetamu transit ke balai pelepasan antarabangsa.

Cari arah dengan mudah di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang dengan peta lokasi kami! Rancang perjalanan Fly-Thru anda dengan peta laluan interaktif kami!