Dasar privasi AirAsia

AirAsia mengambil berat tentang hak privasi anda. Oleh yang demikian, AirAsia berikrar untuk bertanggungjawab apabila mengumpulkan maklumat peribadi anda dan untuk melindungi privasi anda dalam apa jua cara. Dasar Privasi ini bukanlah kontrak dan tidak memberikan sebarang hak undang-undang, namun ia digunakan sebagai penyataan komitmen AirAsia untuk melindungi maklumat peribadi yang sulit.

Harus diingati bahawa AirAsia berhak untuk menukar, meminda dan/atau mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dan akan memaklumkan pengguna tentangnya dengan mengemas kini dasar ini di sini dan memasukkan label ‘BARU DIKEMAS KINI’ dengan pautan ‘DASAR PRIVASI’ di laman-laman web yang dikawal oleh dasar ini untuk tempoh 30 hari.

Notis privasi ini bertujuan untuk menjawab soalan anda mengenai sumber-sumber dan jenis maklumat yang dikumpulkan oleh AirAsia, cara ia digunakan, bila ia mungkin dikongsi dengan orang lain, dan bagaimana kami melindungi kerahsiaan dan keselamatannya. Kami juga menyediakan cara-cara untuk membetulkan data yang anda berikan kepada kami dan opsyen untuk mengehadkan perkongsian data ini dengan pihak ketiga yang berdaftar dengan AirAsia.

Notis privasi ini juga sah untuk semua pengguna laman web AirAsia di www.airasia.com walau apa pun tujuannya dan tidak terhad kepada Tempahan Perjalanan, Jualan Korporat, Penyelidikan Pemasaran, dan Perhubungan/Khidmat Pelanggan.

Pengumpulan maklumat

Bagi memastikan kami berjaya memproses tempahan anda dan menguruskan perniagaan kami dengan efektif, kami mengumpulkan dan menjaga maklumat peribadi anda. Kami mengumpulkan maklumat pelanggan dari banyak sumber untuk memahami permintaan sedia ada dan baru, memenuhi permintaan ini serta menyediakan dan mengkhususkan perkhidmatan kami. Cara pengumpulan maklumat, antara lainnya, termasuklah: 

  • daripada anda; ketika anda dengan sukarelanya memberikan maklumat tersebut kepada kami atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami;
  • daripada pelayar internet anda, ketika anda melawat laman web kami dan pelayar anda berinteraksi dengan kami;
  • daripada sumber-sumber lain dan pautan yang berkaitan dengan penyediaan keperluan dan khidmat pengangkutan dan/atau penginapan anda;
  • daripada anda apabila anda berinteraksi dengan kami melalui media sosial.

Maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan mungkin merangkumi tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • Nama, alamat dan nombor telefon
  • Alamat e-mel, nombor faks dan nombor telefon bimbit atau akaun media sosial
  • Maklumat atau butiran penerbangan
  • Nombor kad kredit / caj, termasuk alamat bil dan tarikh tamat tempoh yang berkaitan
  • Maklumat yang diperlukan untuk memudahkan penerbangan atau perkhidmatan lain, termasuk nama teman seperjalanan, orang untuk dihubungi semasa kecemasan, pilihan tempat duduk yang digemari dan keperluan makanan atau perubatan yang khas
  • Nombor pasport, nombor K/P, kewarganegaraan dan negara kediaman
  • Penggunaan produk dan perkhidmatan seperti peralatan layan diri, pemberitahuan status penerbangan dan daftar masuk dalam talian
  • Maklumat peribadi yang diberikan melalui tinjauan, peraduan, pertandingan atau usaha penyelidikan pemasaran yang lain
  • Maklumat peribadi yang diberikan kepada wakil khidmat pelanggan untuk menyelidik dan menyelesaikan isu atau soalan atau membuat aduan
  • Kontrak korporat, majikan dan/atau gabungan korporat lain (seperti nama majikan, jawatan, alamat dan maklumat kontak)

Kami juga mengumpulkan maklumat anda ketika anda membuat atau menghantar permohonan kerja melalui laman web rasmi kami di www.airasia.com.

Dengan penghasilan terkini Blog Korporat kami sendiri, kami akan mengumpulkan maklumat anda ketika anda memilih untuk mendaftar dengan kami bagi membina profil dalam kawalan anda, ketika meninggalkan komen atau ketika menggunakan blog secara amnya kecuali semasa melihat / membaca blog. Maklumat yang akan dikumpulkan oleh kami merangkumi tetapi tidak terhad kepada maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi, butiran kontak dan alamat e-mel anda.

Penggunaan maklumat yang dikumpulkan

Secara amnya, kami menggunakan maklumat anda untuk tujuan pentadbiran seperti memproses, mengesahkan, memenuhi serta melengkapkan transaksi dan permintaan anda untuk perkhidmatan kami. Sekiranya terdapat pemindaan / perubahan jadual penerbangan, kami akan menggunakan maklumat yang dibekalkan semasa anda membuat tempahan di laman web rasmi kami di www.airasia.com, pusat panggilan kami, kaunter jualan kami, untuk menghubungi dan memaklumkan pemindaan / perubahan tersebut kepada anda. Selain itu, maklumat anda akan digunakan untuk tujuan perakaunan (pengebilan dan audit), imigresen, kawalan kastam, keselamatan, sekuriti, analisis statistik dan pemasaran, pengurusan sistem maklumat, pengujian sistem, penyelenggaraan dan pembangunan, operasi, sokongan, tinjauan pelanggan, hubungan pelanggan serta untuk menambah baik dan membantu kami ketika berurusan dengan anda pada masa akan datang, contohnya dengan mengenal pasti keperluan dan pilihan anda.

Jika anda telah memilih untuk menjadi ahli, anda juga akan menjadi peserta dalam Program Kesetiaan BIG AirAsia yang ditadbir oleh sekutu kami Think Big Digital Sdn Bhd. Dalam kes sedemikian, maklumat peribadi anda juga akan digunakan untuk mentadbir keahlian anda dan tawaran faedah yang anda layak di bawah Program ini.

Dalam senario pengambilan pekerja, kami akan menggunakan maklumat yang anda berikan secara sukarela untuk membuat perbandingan dengan spesifikasi / kriteria pekerjaan yang sedang kami cari / ingin kami ambil bekerja.

Bila-bila masa dikehendaki oleh undang-undang, kami akan mendedahkan maklumat anda kepada badan atau penguat kuasa kerajaan atau pihak ketiga menurut sepina atau proses undang-undang lain yang berkenaan. Selain itu, kami juga boleh mendedahkan maklumat anda seperti mana yang dibenarkan oleh undang-undang untuk melindungi hak atau harta AirAsia, pelanggan kami, laman web kami, atau penggunanya. Kami juga boleh mendedahkan maklumat anda, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, kepada syarikat yang diberikan kontrak atau yang berdaftar dengan kami seperti pemproses data kami.

Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, kami sentiasa menambah baik dan memperluas perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan anda yang sentiasa meningkat. Bagi merealisasikan sasaran perniagaan ini, kami akan melantik, memberi kuasa atau menandatangani kontrak dengan rakan niaga strategik dari semasa ke semasa. Maklumat anda akan didedahkan kepada rakan niaga ini, pihak ketiga, pembekal perkhidmatan atau pengiklan yang berdaftar atau diberi kontrak untuk menyediakan promosi, tawaran, produk atau perkhidmatan, yang mungkin tidak dimiliki oleh kami. Bagaimanapun, bagi memastikan anda tidak akan menerima bahan komunikasi yang tidak diingini, hanya maklumat mengenai promosi, tawaran, produk dan perkhidmatan yang anda pilih atau tandakan sebagai berminat menerusi profil ahli kami sahaja yang akan dikongsi dengan rakan niaga, pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga berkenaan.

Dalam keadaan yang ditetapkan dalam dasar ini di mana AirAsia memberikan maklumat anda kepada pihak ketiga, kami akan memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan yang digunakan oleh pihak tersebut berkenaan pemprosesan data anda adalah sekurang-kurangnya seketat langkah-langkah yang diguna pakai oleh AirAsia, kalaupun bukan lebih baik. Ini tidak diguna pakai jika kami perlu memberikan maklumat anda kepada pihak ketiga atas kehendak undang-undang.

Sekiranya kami mengalami peralihan perniagaan, seperti penjualan sebahagian atau keseluruhan aset kami, penggabungan  atau pengambilalihan, kemungkinan besar maklumat anda akan menjadi sebahagian daripada peralihan ini dan akan dipindah milik.

Perkongsian maklumat yang dikumpulkan

Maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda mungkin didedahkan kepada:

  • bank kami untuk pengizinan transaksi dan untuk pembayaran
  • pihak ketiga yang berkenaan seperti ejen tempahan dan hotel
  • badan-badan kerajaan yang diberi kuasa sekiranya dikehendaki oleh undang-undang
  • anak-anak syarikat dan sekutu kami yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia.

AirAsia tidak menjual atau menyewakan sebarang maklumat peribadi yang anda berikan di laman web kami kepada mana-mana pihak lain. AirAsia mungkin berkongsi maklumat tanpa nama dan/atau maklumat tergabung tentang semua pengguna kami kepada pihak ketiga.

Kanak-kanak di bawah 13 tahun

AirAsia tidak mengumpulkan atau menyimpan maklumat secara langsung daripada mereka yang berumur di bawah 13 tahun. Sekiranya anda berumur kurang dari 13 tahun, jangan berikan nama dan alamat anda atau butiran kontak atau apa sahaja jenis maklumat lain yang boleh dikenal pasti secara peribadi.

Maklumat kanak-kanak yang berumur di bawah 13 tahun akan hanya dikumpulkan untuk memudahkan penempahan penerbangan atau penempahan bilik secara dalam talian. Maklumat tersebut sepatutnya hanya dan akan selalunya dibekalkan oleh ibu bapa atau penjaga seseorang yang berumur di bawah 13 tahun. Selain itu, hanya maklumat terhad tentang kanak-kanak seperti nama, umur, tarikh lahir, dan dokumen perjalanan, yang akan dikumpulkan oleh AirAsia.

Sekiranya anda merupakan Ibu Bapa atau Penjaga kepada kanak-kanak di bawah 13 tahun yang telah memberikan maklumat kepada kami tanpa pengetahuan dan persetujuan anda, anda boleh meminta kami memadamkan maklumat tersebut dengan menghubungi kami menggunakan borang maklum balas dalam talian.

Akses kepada maklumat peribadi anda

Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda dengan Urus Tempahan Saya dan borang maklum balas dalam talian.

Pembetulan/pengemaskinian maklumat peribadi

Anda boleh membetulkan atau mengemaskini maklumat peribadi anda dengan menekan Urus Tempahan Saya dan/atau melalui borang maklum balas dalam talian

Arahan cara-cara untuk berbuat demikian juga telah diterangkan dengan jelas dalam setiap bahan promosi yang dikeluarkan oleh AirAsia. 
Pautan ke Laman Web lain

Laman web AirAsia mengandungi pautan ke laman web lain. Harap maklum bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi atau kandungan laman-laman web tersebut. Kami menasihati anda agar membaca pernyataan privasi setiap laman web yang mengumpulkan maklumat anda. Dasar privasi AirAsia diguna pakai hanya untuk maklumat yang dikumpulkan oleh AirAsia di laman web ini.

Surat berita

Dengan menyertai khidmat berita terkini AirAsia melalui e-mel, anda menyatakan persetujuan untuk dihubungi oleh kami melalui emel bagi menerima makluman tentang berita terkini, produk dan perkhidmatan kami. Sekiranya anda tidak ingin lagi melanggan perkhidmatan ini, anda boleh mengeluarkan butiran anda daripada senarai langganan melalui Urus Tempahan Saya atau anda boleh menekan "Berhenti melanggan" dari setiap surat berita yang anda terima.

Peraduan dan tinjauan

Dari semasa ke semasa, AirAsia mungkin memberi anda peluang untuk menyertai tinjauan atau peraduan di laman web kami. Jika anda menyertainya, kami akan meminta maklumat tertentu yang boleh dikenal pasti secara peribadi daripada anda. Penyertaan dalam tinjauan atau peraduan ini adalah atas dasar sukarela sepenuhnya, jadi anda mempunyai pilihan sama ada untuk mendedahkan maklumat tersebut atau tidak. Maklumat yang diminta biasanya merangkumi maklumat kontak (contohnya nama dan alamat).
 
Kami menggunakan maklumat ini untuk memberikan berita terkini kepada peserta peraduan, memaklumkan pemenang peraduan, dan memberikan hadiah serta menambah baik pengalaman laman web untuk pelanggan kami di mana maklumat akan dikumpulkan dalam bentuk tinjauan tanpa nama.

Kami sering melantik pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk menjalankan tinjauan atau peraduan tersebut; syarikat ini dilarang daripada menggunakan maklumat pengguna kami yang boleh dikenal pasti secara peribadi untuk tujuan lain. Kami tidak akan berkongsi maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi yang anda berikan melalui peraduan atau tinjauan dengan pihak ketiga yang lain, melainkan kami memberi anda notis dan pilihan terlebih dahulu.

Keselamatan

Sistem tempahan dalam talian kami terletak di pelayan selamat yang menukar maklumat pembelian anda kepada kod sulit menggunakan Lapisan Soket Selamat (SSL). Kami menggunakan semua pendekatan yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada hilang, disalah guna atau diubah. Hanya kakitangan dan ejen berdaftar, yang wajib memastikan kerahsiaan berkenaan, boleh mengakses maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab terhadap sebarang identiti pengguna atau kata laluan yang digunakan di laman web kami. Anda patut mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk melindungi maklumat ini.

Kuki

Kuki ialah secebis data yang disimpan dalam pemacu cakera keras pengguna yang mengandungi maklumat mengenai pengguna tersebut. Penggunaan kuki tiada hubung kait langsung dengan mana-mana maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi semasa melawat laman web kami.

Ini membolehkan sistem kami mengenali pelayar web anda dan mengingati nama penumpang serta maklumat pengebilan anda supaya anda tidak perlu menaip semula maklumat ini. Alamat dan maklumat penumpang ini akan disimpan dalam pemacu cakera keras anda oleh pelayan web AirAsia. Maklumat ini hanya boleh diakses oleh pelayan web AirAsia; pengguna Internet dan syarikat lain tidak boleh mencapai maklumat ini. Kuki ID sesi akan luput apabila anda menutup pelayar anda. Kuki gigih akan kekal di cakera keras anda untuk suatu tempoh yang lama. Anda boleh memadamkan kuki gigih dengan mengikut arahan yang diberikan dalam fail ’bantuan’ pelayar internet anda.

Atas sebab-sebab keselamatan, nombor kad kredit anda tidak akan disimpan. Anda perlu menaip nombor kad kredit setiap kali anda membuat pembelian.

Kami juga menggunakan kuki untuk mengesan keberkesanan pengiklanan dalam talian. Maklumat ini akan dianggap sulit dan tidak akan dikongsi dengan sesiapa yang bukan warga AirAsia. AirAsia hanya akan menggunakan maklumat ini untuk membuat keputusan termaklum mengenai pembelian pengiklanan dalam talian. Ini membolehkan AirAsia mengekalkan kos rendah dan tambang rendah kepada anda, pelanggan kami.

Penjejakan laman

Kami menggunakan perisian penjejakan untuk memantau pola trafik pelanggan dan penggunaan laman untuk membantu kami membina reka bentuk dan susun atur laman demi memenuhi keperluan pengunjung ke AirAsia.com. Perisian ini tidak membenarkan kami mengumpulkan sebarang maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi.

Penggunaan piksel

Bagi memahami cara pelanggan kami berinteraksi dengan e-mel dan kandungan yang kami hantar, kami menggunakan piksel dalam e-mel untuk mengetahui siapa yang telah membuka mesej tersebut. Untuk menyediakan kandungan kami dalam cara yang paling menarik, kami juga mungkin menggunakan piksel untuk mengetahui sama ada anda boleh menerima e-mel dalam bentuk teks atau html.

Fail log

Kami menggunakan alamat IP untuk menganalisis trend, mentadbir laman web, menjejak pergerakan pengguna, dan mengumpulkan maklumat demografi secara meluas untuk kegunaan agregat. Alamat IP tidak dikaitkan dengan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi.

Persetujuan anda

AirAsia atau mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda pada masa pengumpulan, tertakluk kepada keadaan tertentu yang ditetapkan undang-undang di mana kebenaran anda tidak diperlukan.

Secara umumnya, dengan menggunakan laman web AirAsia, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat ini oleh AirAsia dalam cara yang dihuraikan di atas (yang mungkin berubah dari semasa ke semasa) melainkan dan sehingga anda memaklumkan kami sebaliknya. Jika anda telah memberikan kami maklumat peribadi individu pihak ketiga dalam parti perjalanan anda, anda dikehendaki mendapatkan persetujuan individu dan anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat peribadi mereka kepada kami.

Dalam kebanyakan keadaan, ia adalah wajib bagi anda untuk memberikan kami maklumat peribadi anda untuk membolehkan kami memenuhi permintaan anda atau menyediakan anda dengan perkhidmatan yang anda minta. Walau bagaimanapun, jika berkenaan, kami akan menyediakan anda dengan peluang untuk memilih keluar atau berhenti melanggan daripada menerima pemasaran, komunikasi, tawaran promosi, surat berita atau apa-apa komunikasi lain dari AirAsia.
Maklumat hubungan

Jika anda masih mempunyai pertanyaan mengenai dasar privasi kami, sila layari Soalan Kerap Ditanya di laman web kami di mana anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau aduan yang anda ada. Kami meminta nama,  nombor telefon, alamat e-mel dan komen anda supaya kami boleh membalas komen anda secara efektif dan menambah baik perkhidmatan kami. Jika anda mempunyai sebarang perkara tambahan yang berkaitan dengan pengumpulan AirAsia dan penggunaan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Pematuhan Privasi kami di airasia_airasia_privacycompliance@airasia.com. atau hubungi kami di +603 8660 4333.

Dasar guna boleh terima / penafian laman web kami

Mengenai terma penggunaan laman web rasmi kami di www.airasia.com, sila rujuk kepada Dasar Guna Boleh Terima kami untuk maklumat lanjut.

Terma dan Syarat Pengangkutan Kami

Penempahan dan pengangkutan tetamu dan bagasi adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Pengangkutan serta Peraturan Tambang.