Terma penggunaan AirAsia
| POLISI PENGGUNAAN DITERIMA / PENAFIAN LAMAN WEB |
| Pengenalan |
|
Terima kasih kerana melayari laman web AirAsia - www.airasia.com. Laman Web ini adalah dimiliki dan dioperasi oleh AirAsia. Penggunaan Laman Web ini dan/atau *Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian oleh anda adalah tertakluk kepada persetujuan anda untuk terikat dan mematuhi Dasar Guna Boleh Terima ("Dasar"). Jika anda tidak bersetuju dengan Dasar ini, anda hendaklah segera meninggalkan Laman Web ini dan/atau Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian. (*Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian merangkumi AirAsia for Chrome dan Aplikasi AirAsia Mobile). Jika anda ingin menggunakan mana-mana Servis yang berikut anda bersetuju dengan kawalan tambahan oleh Terma-terma Penggunaan Spesifik yang digunakan untuk Servis berikut.
Dalam keadaan di mana terdapat konflik antara Polisi dan Terma-terma Penggunaan Spesifik, Terma-terma Penggunaan Spesifik harus diamalkan. Kami memelihara hak untuk meminda, mengubahsuai, menambah, memadam dan membuat pembetulan pada Polisi ini dan mana-mana Terma-terma Penggunaan Spesifik pada bila-bila masa; berkuatkuasa semasa dipaparkan. Anda bersetuju untuk mengulas Polisi ini dan Terma-terma Penggunaan Spesifik secara berkala untuk memaklum pengubahsuaian-pengubahsuaian seumpamanya. |
| Hak Cipta / Cap Dagang |
|
Laman Web ini dan Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian serta kandungannya, termasuk jadual penerbangan, laluan, tambang, teks, grafik, ikon butang, audio dan klip video, muat turun digital, susunan data, logo dan maklumat mengenai status penerbangan AirAsia dan sebagainya, merupakan hak milik AirAsia atau pembekal kandungannya. Anda boleh menggunakan Laman Web ini dan kandungannya hanya untuk kegunaan diri sendiri dan bukan komersial, tertakluk kepada undang-undang hak cipta yang berkenaan. |
| Kandungan |
|
Dengan menggunakan Laman Web ini, dan/atau Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian, atau mana-mana Khidmat tertentu termasuk penyiaran kandungan dan komentar di Blog Korporat atau forum komunikasi awam lain yang dikelolakan dalam Laman Web ini, anda bersetuju tidak akan memuat naik, menyiarkan atau dengan cara lain menghantar atau mendedahkan mana-mana kandungan (termasuk pautan teks, komunikasi, perisian, imej, bunyi, data atau maklumat lain) yang tidak selaras dengan penggunaan dibenarkan yang dinyatakan dalam Dasar ini atau Terma Penggunaan Spesifik yang berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
|
| Emel, Faks Dan Bentuk-bentuk Komunikasi Elektronik Lain |
|
Apabila anda meminta untuk jadual perjalanan atau dokumen berkaitan dengan penerbangan untuk dihantar kepada anda melalui emel, faks atau bentuk-bentuk komunikasi elektronik lain (termasuk mesej-mesej mobile), kegagalan untuk menerimanya tidak bermakna kegagalan tempahan. Suatu tempahan dianggap berjaya dan lengkap selepas pembayaran dibuat dan disahkan. Sekiranya terdapat apa-apa pertikaian, penempahan dalam pangkalan data AirAsia adalah rekod utama untuk pengangkutan, dan akan diguna pakai. AirAsia tidak bertanggungjawab atas penghantaran sebarang komunikasi elektronik. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tempahan anda, sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan di sini dan fungsi Bertukar atau ejen pelancongan anda. |
| Sambungan |
|
Laman Web ini dan Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian mungkin mengandungi pautan ke laman web yang diselenggara oleh pihak ketiga ("Laman Web Luaran"). Laman Web Luaran ini diberikan untuk rujukan dan kemudahan pengguna sahaja. AirAsia tidak mengendalikan, mengawal atau mengesahkan Laman Web Luaran tersebut atau kandungannya dalam apa jua keadaan. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya atas penggunaan Laman Web Luaran tersebut dan oleh itu dinasihati untuk memeriksa terma dan syarat Laman Web Luaran tersebut dengan teliti. Anda tidak boleh membuat pautan ke Laman Web ini dan/atau Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada AirAsia. Penggunaan apa-apa teknologi penangkapan skrin (screen capture) atau pengekstrakan data visual (screen scraping) secara automatik untuk mendapatkan maklumat dari laman ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada AirAsia merupakan satu pelanggaran hak harta intelek AirAsia. |
| Sekuriti |
|
Apabila anda menempah penerbangan atau mengakses maklumat Log Masuk Ahli anda, pelayan bersekuriti akan digunakan. Lapisan Pelayan Selamat (SSL) akan menukar maklumat yang dihantar melalui Laman Web ini dan/atau Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian kepada bentuk kod sulit. Walaupun AirAsia akan berusaha untuk memastikan keselamatan maklumat, AirAsia tidak menjamin kekuatan atau keberkesanan penyulitan (encryption) maklumat tersebut dan AirAsia tidak bertanggungjawab serta tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kejadian yang timbul akibat pengaksesan tanpa izin maklumat yang diberikan itu. |
| Penafian |
|
Kandungan dalam Laman Web ini dan Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian dibekalkan dalam bentuk "seperti asal" dan "apabila tersedia". Dengan itu, anda bersetuju bahawa penggunaan Laman Web ini dan/atau Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian serta khidmat yang disediakan adalah atas risiko sendiri. AirAsia, pegawai, pengarah, kakitangan, rakan kongsi dan pembekalnya menolak tuntutan:
|
| Polisi Keperibadian Kami |
|
Kami berprihatin terhadap keperibadian anda. Sila rujuk kepada Polisi Keperibadian kami untuk maklumat lanjut mengenai cara kami mengutip dan memproses maklumat peribadi anda. |
| Terma dan Syarat Pengangkutan Kami |
|
Tempahan dan pengangkutan tetamu dan bagasi adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Pengangkutan dan Peraturan Tambang. |
| Undang-undang memerintah dan Tempat |
|
Laman Web ini dan Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian dibina dan dikawal oleh AirAsia di Malaysia, dan dengan ini anda bersetuju bahawa Dasar ini dan Terma Penggunaan Spesifik, jika berkenaan, akan ditentukan oleh undang-undang Malaysia mengikut situasi dan anda juga bersetuju untuk menghormati bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia. |
| Pelbagai |
|
Jika mana-mana peruntukan dalam Polisi ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan diputuskan dan peruntukan-peruntukan lain akan dikuatkuasakan. Anda tidak boleh menentu atau memindah mana-mana hak atau obligasi anda di bawah Polisi, Terma Penggunaan Spesifik atau Polisi Keperibadian ini. Tajuk adalah untuk rujukan sahaja dan tidak mengehadkan skop atau huraian seksyen tersebut. Kegagalan AirAsia untuk mengambil tindakan terhadap anda atas memungkiri perjanjian ini tidak mengetepikan hak AirAsia untuk mengambil tindakan atas kemungkiran berikutnya atau serupa. AirAsia tidak menjamin akan mengambil tindakan terhadap semua kemungkiran peruntukan Polisi ini. Polisi ini dan Terma Penggunaan Specifik berkenaan ini membentuk persefahaman dan perjanjian keseluruhan antara anda dan AirAsia berhubung perkara subjeknya. AirAsia boleh menamatkan akses anda untuk menggunakan Laman Web ini dan/atau Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian, atau mana-mana Khidmat pada bila-bila masa untuk apa jua sebab atau tanpa sebab, dengan atau tanpa notis. Dasar ini dan Terma Penggunaan Spesifik, jika berkenaan, akan terus mengawal semua penggunaan Laman Web ini dan Khidmat atau Aplikasi Lain untuk Tempahan Dalam Talian serta Khidmat tertentu walaupun terdapat sebarang penamatan, penangguhan, atau pembatalan. |
| BLOG KORPORAT – Terma Penggunaan Spesifik |
|
Kami telah memulakan Blog Korporat kami sendiri @ http://blog.airasia.com. Beberapa perkara untuk diambil perhatian sebelum anda menggunakan blog ini. Penggunaan anda terhadap blog ini adalah tertakluk kepada Polisi, Terma Penggunaan Spesifik dan Polisi Keperibadian dan sebarang pelanggaran boleh mengakibatkan penggantungan atau penamatan hak anda untuk memasuki atau menggunakan Blog ini. Seperti komuniti lain, blog ini adalah paling berharga apabila semua orang mematuhi peraturan penggunaan asas tertentu. |
| Pendaftaran |
|
Anda tidak diwajibkan untuk mendaftar (sebagai ahli AirAsia) demi memasuki Blog. Walau bagaimanapun anda dikehendaki untuk log masuk atau mendaftar sebagai ahli AirAsia jika anda ingin mengepos komen atau blog. Jika anda berdaftar, satu akaun ahli AirAsia akan dicipta dan anda akan diberikan nama pengguna dan kata laluan untuk menggunakan Blog ini. Semua maklumat peribadi akan diurus selaras dengan Polisi Keperibadian AirAsia. Sila ambil perhatian bahawa adalah tanggungjawab anda untuk memelihara kerahsiaan akaun ahli dan kata laluan AirAsia anda untuk mengakses kawasan tertentu di komputer anda, dan anda bersetuju menerima tanggungjawab bagi semua aktiviti yang berlaku di Blog di bawah akaun atau kata laluan anda. |
| Pengurusan Blog |
|
Blog ini tidak bertujuan sebagai cara pengunjung mendapatkan jawapan-jawapan dari AirAsia untuk sebarang isu. Ia adalah bertujuan untuk pertukaran idea, pemerhatian dan penyelesaian. Sebarang komen berkenaan penerbangan AirAsia dan servis lain tidak akan dipamerkan. Blog ini tidak akan berfungsi sebagai pengganti untuk menghubungi Khidmat Pelanggan AirAsia atau Pusat Panggilan AirAsia. Pandangan dan kenyataan-kenyataan kakitangan AirAsia yang menggunakan Blog adalah keputusan mereka sahaja dan tidak mewakili keputusan rasmi syarikat. |
| Lesen |
|
Anda membenarkan AirAsia dan wakilnya lesen yang berterusan, muktamad, global, tidak eksklusif, boleh dibuat sub-lesen, dan royalti bebas untuk menggunakan semua atau mana-mana bahagian idea, ungkapan idea, reka cipta, atau bahan-bahan lain yang anda mengemukakan, termasuk tanpa had kepada, maklum balas, komen, dokumen, cadangan dan / atau anjuran (secara keseluruhannya, 'sumbangan') untuk Blog tanpa apa-apa sekatan, notis dan pampasan untuk anda atau mana-mana pihak ketiga. Lesen tersebut akan meliputi, tanpa terhad, hak muktamad untuk merekod semula, mengubahsuai sebarang trek suara atau imej-imej visual yang dibekalkan anda, membuat semula, menyediakan kerja terbitan, bergabung dengan kerja lain, mengubah, menerjemah, mengedar, muat turun, dihubungkan kepada atau daripada, menghantar, mengiklan, memasar, membuat, telah membuat, mempamer, menjalankan, dan / atau melesenkan sumbangan atau sebarang bahagian atau bahagian-bahagian dari itu, dan semua hak di dalamnya, atas nama AirAsia, atau wakilnya dalam keabadian seluruh dunia dalam apa-apa dan semua media sekarang atau bakal dikenali. Anda bersetuju bahawa sumbangan yang anda kemukakan adalah:
Anda mengakui dan bersetuju bahawa hubungan anda dengan AirAsia bukanlah yang sulit, amanah, atau hubungan istimewa lain. Kami memelihara hak, tetapi bukan kewajipan, untuk menggunakan nama, kesamaan, biografi dan maklumat anda lain yang berhubung dengan sumbangan yang anda kemuka. Dalam keadaan di mana Polisi Keperibadian AirAsia tidak konsisten dengan peruntukan-peruntukan perenggan ini; Terma Penggunaan Spesifik ini akan menggantikan Polisi Keperibadian. Dengan menghantar sumbangan, anda mengakui dan bersetuju bahawa AirAsia dan wakilnya boleh mencipta, atau memperolehi melalui penghujahan untuk Blog atau idea, ungkapan idea, reka cipta, atau bahan-bahan lain, termasuk tanpa terhad, maklum balas, komen, dokumen, cadangan, dan / atau cadangan yang mungkin sama atau seiras dengan sumbangan yang anda kemukakan melalui Blog atau saluran-saluran dan cara lain. Anda dengan ini mengetepikan apa-apa dan semua tuntutan yang anda boleh, telah mendapat, mungkin mendapat, dan / atau mungkin mendapat pada masa depan, ekoran atau berkaitan kepada hakikat atau hujah idea tersebut, ungkapan idea, reka cipta, atau bahan-bahan lain, termasuk tanpa terhad, maklum balas, komen, dokumen, cadangan, dan / atau cadangan diterima, dikaji semula dan / atau diguna oleh AirAsia dan wakilnya yang mungkin menyerupai sumbangan anda. |
| Pelepasan Umum |
|
Anda dengan ini melepas dan bersetuju untuk tidak berniat kepada AirAsia, subsidiari-subsidiari, entiti-entiti gabungan, kakitangan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, wakil-wakil, ejen-ejen, usaha peniaga sama, pemilik lesen dan petugas dan setiap penama mereka masing-masing ("Entiti-entiti AirAsia") dan pengguna Blog ini atas sebarang tuntutan, ganti rugi, kos-kos, kerugian dan perbelanjaan, termasuk yuran wakil-wakil yang munasabah, yang wujud ekoran :
|
| Penafian kandungan pihak ketiga |
|
Kebanyakan kandungan yang dipos di dalam Blog adalah disediakan oleh pihak ketiga seperti anda. Kandungan pihak ketiga sedemikian adalah tanggungjawab tunggal orang yang menghasilkan kandungan tersebut. AirAsia tidak mengawal dan tidak bertanggungjawab atas kandungan pihak ketiga tersebut. Anda dengan nyata memahami dan bersetuju bahawa anda menanggung semua risiko selaku dengan pengggunaan atau pergantungan kepada kandungan tersebut, dan anda bertanggungjawab atas keseluruhan aktiviti anda di Blog dan keselamatan sistem komputer anda. |
| Amalan-amalan Umum Berkenaan Penggunaan & Penyimpanan |
|
Anda mengakui bahawa AirAsia boleh menubuhkan amalan umum dan had-had mengenai penggunaan Blog, termasuk tanpa terhad kepada bilangan hari maksimum di mana kandungan dimuat dan dibendung di Blog, ruang cakera maksimum yang akan diperuntukkan dalam pelayan-pelayan AirAsia bagi pihak anda, dan bilangan kali maksimum (dan tempoh maksimum ) anda boleh akses Blog dalam tempoh masa tertentu. Anda bersetuju bahawa AirAsia tidak bertanggungjawab atau berliabiliti atas pemotongan atau kegagalan menyimpan apa-apa mesej dan komunikasi lain atau kandungan lain yang diselenggara atau dihantar oleh Blog. Anda mengakui bahawa AirAsia memelihara hak untuk log keluar akaun-akaun yang tidak aktif. |
| Akses Dan Gangguan |
|
Blog mengandungi pengecualian robot tandukan. Kebanyakan maklumat Blog adalah dikemaskini secara langsung dan adalah proprietari atau berlesen kepada AirAsia oleh pengguna-pengguna kami atau pihak ketiga. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan apa-apa robot, spider, scraper atau cara berautomasi lain untuk memasuki Blog untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran bertulis dari kami. Tambahan pula anda bersetuju bahawa tidak akan, dengan atau melalui penggunaan anda dalam Blog untuk:
|
| Penguatkuasaan & Penyalahgunaan Laman |
|
AirAsia juga boleh mengeluarkan maklumat mengenai penggunaan anda dalam Blog (termasuk kandungan yang diposkan, maklumat pendaftaran dan rangkaian rekod) apabila AirAsia percaya pengeluaran tersebut adalah sesuai untuk mematuhi undang-undang, menguatkuasa atau mematuhi Terma Penggunaan ini, untuk melindungi hak-hak atau milikan AirAsia, atau untuk melindungi pengguna AirAsia daripada penggunaan palsu, kesat atau menyalahi undang-undang Blog, atau jika AirAsia percaya atas budi bicara sendiri bahawa suatu kecemasan yang melibatkan kematian segera atau kecederaan fizikal serius kepada mana-mana individu dikehendaki penzahiran komunikasi atau penzahiran menjustifikasikan rekod-rekod. Sila laporkan masalah-masalah berkenaan kandungan atau kandungan kesat dalam Blog, dan sebarang pencabulan Terma Penggunaan Spesifik ini kepada moderator. |
| Pembatalan |
|
Anda memahami dan bersetuju bahawa pembatalan pendaftaran adalah hak dan remedi tunggal anda berkenaan sebarang pertikaian dengan AirAsia ekoran atau berkaitan dengan Blog. Anda boleh membatalkan pendaftaran ahli AirAsia anda dengan menghubungi AirAsia di sini. Pengguna Blog berdaftar tidak boleh membenarkan bekas pengguna yang pendaftarannya atau keupayaannya untuk menggunakan Blog telah ditamatkan, digantung, atau dibatalkan untuk menggunakan Blog. Jika pendaftaran anda dan / atau keupayaan menggunakan Blog telah ditamatkan atau digantung, anda tidak boleh mendaftar untuk menyertai Blog lagi tanpa kebenaran bertulis dari kami. |

