Utama  
Tempahan Info Pe- nerbangan Products & Shopping Khidmat Pelancongan Khidmat Korporat Mengenai Kami Maklumat & Bantuan
 
 
Ke mana anda pergi?
Calendar
Calendar

Daftar Masuk Sendiri

Daftar-masuk Sendiri, membuatkan perjalanan menjadi lebih mudah! Daftar masuk secara online, di lapangan terbang atau dari telefon bimbit anda.


Perkidmatan daftar-masuk sendiri kami memberikan anda cara yang lebih cepat, lebih mudah untuk anda mendaftar-masuk. Kini, anda boleh memilih mendaftar-masuk mengikut keselesaan anda dengan menggunakan telefon bimbit anda di lapangan terbang atau melalui internet. Anda masih boleh daftar-masuk di kaunter dengan layanan mesra oleh kakitangan Khidmat Pelanggan kami tetapi sekiranya anda mahukan kurang kesesakan, kenapa tidak anda mencuba perkhidmatan Daftar-masuk Sendiri kami. Pihak kami akan memastikan ia cepat, senang dan mudah. Cuba sekarang!

Daftar-masuk melalui
Laman Web
Kiosk Daftar masuk Daftar-masuk melalui
Telefon Bimbit



Notis Penting!

Kemudahan Daftar-masuk Sendiri tidak boleh didapati bagi penumpang yang berikut:

  • Ibu Mengandung.
  • Penumpang yang terbang bersama Bayi.
  • Penumpang yang kurang upaya dan memerlukan bantuan khas.
  • Penumpang berumur di bawah 16 tahun yang terbang berseorangan.
  • Tempahan menggunakan Kad Kredit untuk penerbangan yang akan berlepas dalam jangkamasa 48 jam.

Perkhidmatan Daftar-masuk Sendiri kami tertakluk kepada syarat di bawah:

  • Sekiranya anda terbang ke destinasi antarabangsa, anda mestilah memenuhi Artikel 6.5 dan mengesahkan pas menaiki pesawat web/kiosk di kaunter Pemeriksaan Dokumen Perjalanan di lapangan terbang. Pas menaiki pesawat tidak sah sehinggalah ia di cop sebagai tanda bukti pengesahan.
  • Anda dikehendaki mematuhi Artikel 8.1 kami dan peraturan yang berkaitan dengan Peringatan Barangan Berisiko/Merbahaya..
  • Sekiranya anda terbang ke Timur Malaysia, anda mestilah membawa bersama  Artikel 6.6 (Dokumen yang dinasihatkan) dan Artikel 6.5 (Dokumen Perjalanan) yang tertakluk dalam Terma dan Syarat Penerbangan AirAsia..

FAQ


1. Apa itu Daftar-masuk Sendiri?

Daftar-masuk Sendiri adalah perkhidmatan yang membolehkan penumpang daftar-masuk menggunakan kiosk lapangan terbang kami melalui telefon bimbit atau secara online di laman web kami tanpa perlu berada di kaunter daftar-masuk di lapangan terbang.

2. Bagaimana saya boleh guna Daftar-masuk Sendiri?

Pilih salah satu pilihan daftar-masuk berikut,
  1. Daftar-masuk melalui Laman Web: boleh didapati di laman web kami.
  2. Daftar-masuk melalui Telefon Bimbit: boleh didapati dari telefon bimbit anda di Malaysia, Thailand dan Singapura.
  3. Kiosk Daftar-masuk : boleh didapati di lapangan terbang terpilih di Malaysia, Thailand dan Singapura.

3. Perlukan saya membayar untuk Daftar-masuk Sendiri?

Tidak, perkhidmatan Daftar-masuk Bantu Diiri kami adalah percuma. Anda hanya akan menanggung kos SMS atau WAP apabila menggunakan perkhidmatan Daftar-masuk menggunakan Telefon Bimbit.


4. Sekiranya saya mendaftar-masuk, dimanakah tempatnya bagasi saya patut diletakkan?

Sila letakkan bagasi anda di Kaunter Daftar-masuk Sendiri, sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu perlepasan untuk penerbangan AirAsia dan 60 minit sebelum jadual perlepasan untuk penerbangan AirAsia X.

5. Bila saya boleh gunakan Daftar-masuk Sendiri?

  1. Daftar-masuk melalui laman Web boleh didapati di laman web kami 48 jam dan sehingga 4 jam sebelum waktu perlepasan penerbangan.
  2. Daftar-masuk melalui Telefon Bimbit boleh didapati dari telefon bimbit anda di Malaysia, Thailand dan Singapura 48 jam dan sehingga 4 jam sebelum waktu perlepasan penerbangan.
  3. Kiosk Daftar-masuk boleh didapati di lapangan terbang terpilih di Malaysia, Thailand dan Singapura, 6 jam dan sehingga 1 jam sebelum waktu perlepasan penerbangan.

6. Saya mempunyai peralatan sukan, bolehkah saya menggunakan perkhidmatan Daftar-masuk Sendiri?

Ya, walaubagaimanapun, Peralatan Sukan anda akan dikenakan caj mengikut keperluan di Kaunter Daftar-masuk Sendiri.

blog.airasia.comfacebook.com/airasiatwitter.com/airasiadotcomflickr.com/airasiayoutube.com/amazingairasia
 
 
Want to advertise?
Click here for more details