Peneraju penerbangan tambang rendah di Asia – AirAsia telah berkembang dengan pantas sejak 2001 dan telah memenangi anugerah serta menjadi penerbangan tambang rendah terbesar di Asia. Memiliki 72 pesawat, AirAsia terbang merentasi 61 destinasi domestik dan antarabangsa dengan 108 perjalanan dan mengendalikan 400 penerbangan sehari dari hab yang terletak di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Sehingga kini, AirAsia telah menerbangkan lebih 55 juta penumpang menyeberangi rantau dan seterusnya melebarkan sayapnya untuk mencipta jaringan yang lebih luas melalui syarikat bersekutu seperti Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia. AirAsia percaya kepada tidak berlebihan, bebas-kepayahan, konsep perniagaan tambang rendah dan merasakan dengan mengekalkan kos yang rendah secara efisyen akan meningkatkan permintaan di setiap bahagian perniagaan seterusnya akan menjimatkan dan penumpang berkemampuan menjadikan perjalanan udara satu realiti. Berdasarkan falsafah kami iaitu ’Kini Sesiapapun Boleh Terbang’, AirAsia telah mencetuskan satu revolusi dalam perjalanan udara dengan lebih ramai orang di rantau ini memilih AirAsia sebagai pilihan pengangkutan utama. AirAsia berusaha untuk mempromosikan perjalanan udara, dan kami juga sentiasa mencipta sesuatu yang baru dan mengujakan untuk penumpang kami dengan perkhidmatan dan layanan secara peribadi.
Visi Kami
Menjadi penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion penumpang yang kini diberikan layanan yang tidak sewajarnya dan dikenakan tambang yang tinggi.
Our Mission
Menjadi sebuah syarikat terbaik untuk bekerja dan para pekerja dianggap seperti sebahagian keluarga besar kami.
Mencipta pengenalan sedunia dengan jenama ASEAN
Memperolehi kos terendah supaya semua orang boleh terbang bersama AirAsia.
Mengekalkan kualiti produk pada tahap tertinggi, menerima teknologi untuk mengurangkan kos dan mempertingkatkan tahap perkhidmatan
Nilai Kami
Kami menjadikan tambang rendah sebagai model melalui arahan perlaksanaan strategi berikut;
Keutamaan Keselamatan: Bersekutu dengan syarikat selenggaraan penerbangan terkenal di dunia yang bekerjasama dengan operasi penerbangan sedunia.
Faedah Penerbangan yang tinggi: Perlaksanaan waktu patahbalik yang pantas hanya 25 minit, memastikan kos yang rendah dan produktiviti yang tinggi.
Tambang murah, Tidak Berlebihan: Memberikan penumpang dengan pilihan perkhidmatan tanpa menimbulkan kecurigaan kualiti dan layanan perkhidmatan
Operasi Lebih Cekap: Memastikan proses yang semudah mungkin.
Sistem Pengedaran: Menawarkan ruangan pengedaran yang lebih luas dan inovatif untuk membuat tempahan dan perjalanan lebih mudah.
Jaringan Point to Point : Menghubungkan jaringan Point to Point mengekalkan operasi mudah dan kos rendah.
AirAsia X - Mengenai Kami
Diperkenalkan pada bulan Januari 2007, AirAsia X fokus dalam penerbangan tambang murah jarak jauh atas permintaan yang tinggi, jaringan dari destinasi ke destinasi. Meliputi destinasi di antara empat dan lapan jam tempoh penerbangan dari Kuala Lumpur, kini AirAsia X telah memperluaskan jaringan perjalananan AirAsia yang sedia ada.
Kos AirAsia X yang efisyen diperolehi dengan mengekalkan pesawat yang sederhana dan jaringan perjalanan yang berpangkalan di lapangan terbang tambang rendah tanpa perkongsian-kod yang kompleks dan kos overhed tinggi sepertimana yang ditanggung oleh syarikat penerbangan tradisional, namum tidak mengabaikan keselamatan.
Keefisyenan AirAsia X mendapat lesen penuh di bawah pengawasan aturan undang-undang Malaysia dan antarabangsa bagi mematuhi piawaian antarabangsa.
AirAsia X sangat komited dalam menawarkan tambang rendah yang menarik, tahap keselamatan terbaik, penerbangan dan layanan istimewa kepada semua penumpang – rasai pengalaman yang menakjubkan bersama AirAsia ke destinasi-destinasi menarik di Australia, China, India, Korea, Jepun, Timur Tengah dan Eropah.
Jaringan destinasi AirAsia X saling berhubungan dengan 105 rangkaian perjalanan AirAsia yang meliputi negara-negara ASEAN dan China yang mana mengeratkan lagi hubungan antara setiap penumpangnya.
AirAsia
AirAsia X
Konsep
Tambang rendah jarak dekat, tanpa perkhidmatan lebih
Tambang rendah jarak jauh, tanpa perkhidmatan lebih
Lingkungan penerbangan
Dalam 4 jam waktu penerbangan dari titik perlepasan
Lebih dari 4 jam waktu penerbangan dari titik perlepasan
Pesawat
Airbus A320 dengan 180 tempat duduk
Airbus A330 dengan lebih dari 330 tempat duduk
Jenis tempat duduk
Satu kelas tempat duduk
Tempat duduk Ekonomi dan Premium(dahulu dikenali sebagai XL)
Pilihan tempat duduk
Tempat duduk bebas dengan opsyen Laluan Xpress
Tempat duduk tersusun dengan opsyen Pilihan Tempat Duduk Awal
Makanan kabin
Pelbagai pilihan makanan ringkas dan makanan ringan tersedia untuk pembelian di dalam pesawat
Set makanan tempahan awal tersedia termasuk set Asia, Barat, Sayuran dan Kanak-kanak. Makanan ringkas juga tersedia untuk pembelian di dalam pesawat.
Anugerah
Untuk melihat bahagian Anugerah & Pengiktirafan, klik di sini.