Utama  
Tempahan Info Pe- nerbangan Products & Shopping Khidmat Pelancongan Khidmat Korporat Mengenai Kami Maklumat & Bantuan
 
 
Ke mana anda pergi?
Calendar
Calendar


Diari Masa AirAsia

Tahun 2006 Tahun 2005 Tahun 2004 Tahun 2003  
08 September

AirAsia melanjutkan perjanjian dengan Kelab Bolasepak Manchester United untuk tahun kedua dan menandatangai perjanjian baru dengan Tourism Malaysia sebagai penaja baru kelab bolasepak tersebut untuk turut mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007

14 August

AirAsia mengumumkan promosi “Beli 1, Dapat 1 Percuma” sempena kejayaan kumpulan mengangkut 20 juta penumpang pada bulan Jun 2006

AirAsia melancarkan simulator pesawat Airbus 320 penuh di Akademi AirAsia baru. Upacara tersebut dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Chan Kong Choy, Menteri Pengangkutan Malaysia

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam Thai dan Direktorat Jeneral Komunikasi Udara Indonesia menandatangani Perusahaan Serantau Pengoperasian AirAsia yang menandakan komitmen ketiga-tiga pihak untuk berjumpa sekali setahun untuk membincangkan isu kerjasama mengenai operasi kumpulan ini.

01 August

AirAsia mengumumkan pelantikan Rozman bin Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan berkuatkuasa 1 Ogos 2006

20 July

AirAsia mengumumkan bahawa ia akan menunaikan pembelian 40 Airbus 320 opsyen dan menandatangani tempahan 30 opsyen yang lain, menjadikan sejumlah 100 tempahan mantap dan 30 tempahan opsyen Airbus A320

Pusat AirAsia baru – Kuching telah dirasmikan oleh YB Dato’ Wong Soon Koh, Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Pelancongan dan Pembangunan Bandar Sarawak

11 July

Penerbangan pertama AirAsia AK 796 dari Kuala Lumpur ke Brunei berlepas dengan tambang dari RM 89.99/BND 39.99 sehala. Penerbangan tersebut disambut oleh Dato Paduka Hj. Hamdillah Hj. Abdul Wahab, Timbalan Menteri Industri dan Sumber Asas.

07 July

Kota Kinabalu - pusat AirAsia yang baru telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Musa bin Haji Aman

04 July

AXN, peneraju rangkaian kabel aksi dan kembara antarabangsa mengumumkan penyertaan AirAsia sebagai Penerbangan Rasmi untuk edisi Asia siri realiti Amazing Race yang telah memenangi tiga-kali anugerah Emmy.

20 June

AirAsia bersepadu dengan AIG S.E. Asia Pte Ltd untuk melancarkan Pelindungan Pelancongan AirAsia GoInsure dan menjadi syarikat penerbangan tambang rendah Asia yang pertama yang menyediakan platform jualan pelindungan pelancongan berasaskan web, tersedia melalui www.airasia.com.

31 May

AirAsia mengadakan penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Solo (AK 9994) untuk bantuan penyelamatan kemanusiaan di Yogyakarta, Java Tengah ekoran gempa bumi di bandar tersebut

09 May

Pemain Manchester United bergambar dengan pesawat ‘Red Devil’ AirAsia di Lapangan Terbang Mancheter

08 May

Pesawat ‘Red Devil’ mengangkut peminat Man Utd yang bertuah dalam penerbangan istimewanya ke Manchester

05 May

Pesawat ‘Red Devil’ AirAsia 9M-AFC tiba di Manchester dari Kuala Lumpur dalam satu lawatan promosi.

26 April

AirAsia menjadi tuan rumah untuk ceremah keselamatan pengakutan awam Malaysia-EU pertama untuk memperkenalkan hubungan yang lebih rapat antara industri aerospace dan perkuasaan tempatan Asia dan Europa, serta meningkatkan keselamatan pengangkutan udara di Asia Tenggara.

19 April AirAsia menjalankan promosi online terbesar “Super Deals” dari serendah RM0.99
10 March

Indonesia AirAsia melancarkan perkhidmatan Medan ke Pulau Pinang. Penerbangan harian berlepas ke Pulau Pinang dari Medan pada pukul 5.20 petang waktu tempatan dan tiba pada pukul 7.20 malam sementara penerbangan dari Pulan Pinang ke Medan pada pukul 7.45 malam dan tiba pada pukul 7.20 malam waktu tempatan. Tambang pengenalan bermula dari RM9.99/Rp 29.999 sehala

14 February

AirAsia mengumumkan promosi terkini; “Tiap Hari merupakan Hari Tambang Rendah” AirAsia. Kini, AirAsia menyediakan tambang rendah 24 jam sehari, 7 kali seminggu dari tambang semurah RM9.99 sehala. Tambang rendah AirAsia boleh didapati dengan senang melalui online di www.airasia.com, Kaunter Jualan Lapangan Terbang AirAsia dan Pejabat Jualan Bandar. Ataupun tempah di mana-mana, bila-bila sahaja dengan mobile.airasia.com, yang didapati menerusi GPRS, 3G dan telefon bimbit EDGE dan peralatan tanpa wayar.

02 February

Red Devil Airbus A320 tiba di Kuala Lumpur; Manchester United - kelab bola sepak yang paling diminati merupakan kelab sedemikian yang pertama di dunia yang memiliki kapal terbang sewa sendiri. AirAsia telah memberi penghormatan kepada Manchester United dengan mengecatkan salah sebuah kapal terbangnya dengan warna kelab tersebut. Airbus A320 yang mempunyai 180 tempat duduk itu telah dihiasi dengan warna merah dan gambar-gambar pemain elit kelab tersebut di kedua-dua belah kapal terbang. Bahagian ekor dan enjin telah memaparkan jambul Kelab Bola sepak Manchester United dengan bangganya.

19 January

25 pemenang bertuah AirAsia memenangi lawatan ke Old Trafford, panggung impian untuk menyaksikan perlawanan antara Man U dengan Liverpool. Pertandingan Internet Old Trafford telah diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara AirAsia dengan Manchester United serta membalas penumpang setia kami yang telah menyokong kami selama 4 tahun.

18 January

AirAsia dan Galileo menandatangai perjanjian global untuk akses khas ke tambang rendah. Kerjasama ini membolehkan AirAsia mencapai dan berkhidmat untuk rangkaian pasaran yang lebih besar dan luas yang berminat pada tambang rendah, yang tidak dicapai sebelum ini. Kerjasama yang merupakan kali pertama untuk kedua-dua syarikat ini disediakan untuk memanfaatkan pelanggan di lebih dari 50,000 agensi pelancongan di seluruh dunia, selain memperkenalkan AirAsia kepada pasaran melalui saluran pembahagian utama yang stabil buat kali pertama.

09 January AirAsia akan memulakan penerbangan dari Johor Bahru ke Ipoh lebih awal, untuk memenuhi permintaan pada musim perayaan Tahun Baru Cina sebagai menyahut seruan Menteri Pengangkutan.
04 January AirAsia memperkenalkan penerbangan baru ke Ipoh, Tawau, Kota Bharu dan Sandakan dari Johor Bahru. AirAsia terus memperkukuh rangkaian perjalanannya dengan menambah destinasi baru dan kekerapan penerbangan dari Johor baru. Dengan perkembangan ini, AirAsia akan menghantar pesawat kedua ke pusatnya di Johor Bahru.

 



Want to advertise?
Click here for more details