Berita baik! AirAsia kini merupakan syarikat penerbangan rasmi untuk penerbangan domestik kakitangan kerajaan persekutuan Malaysia dengan menggunakan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA).
Semua agensi pelancongan yang dilantik oleh jabatan/kementerian kerajaan persekutuan sila daftarkan agensi anda dengan menghantar Borang Pendaftaran Agensi Pelancongan Kerajaan (Klik sini untuk muatturun). Sebagai agensi pelancongan kerajaan AirAsia berdaftar, anda boleh mendapat komisen dan faedah lain seperti tempoh dan fleksibiliti kredit.
Kami akan memproses pendaftaran anda dalam tempoh seminggu setelah menerimanya. Sila hantarkan surat atau faks kepada kami untuk sebarang pertanyaan lanjut: Government Department Sales & Distribution AirAsia Berhad Fax no: 03-87751690