Mudah - Kurang kos bermakna lebih keuntungan. Sekarang, semua orang bercakap tentang pengurusan kos yang efektif dan usaha bagi meningkatkan prestasi korporat agar menjadi lebih baik. Syarikat yang berbelanja besar bagi perjalanan perniagaan setiap tahun hilang tahap kompetetif pasaran dengan cepat dan masalah ini boleh diatasi dengan tambang murah Air Asia yang mengagumkan. Pakej Kembara Korporat AirAsia bukan sahaja menyediakan tambang murah yang mengagumkan kepada ahli perniagaan kembara, bahkan tempahan online yang senang dan sistem laporan juga memastikan tiada gangguan dengan pengalaman perjalanan yang mesra.
Faedah yang anda akan rasai dibawah Kembara Korporat Air Asia adalah termasuk; • Penjimatan hebat dalam perbelanjaan perjalanan perniagaan • Tambang murah dengan kefleksibelan yang hebat • Meningkatkan keuntungan dengan mengurangkan kos perbelanjaan perjalanan • Sistem online yang mudah dan senang • Pengesanan dan pengurusan efektif bagi perjalanan korporat • Laporan menyeluruh prasarana • Rangkaian destinasi terperinci dengan lebih 60 destinasi di Asia
Kenapa AirAsia Kembara Korporat?
Air Asia yang merupakan penerbangan tambang murah terbesar di rantau ini, terbang ke 12 negara dengan lebih 106 perjalanan menuju 56 destinasi. Ahli perniagaan kembara bukan sahaja menikmati tambang lebih murah sahaja tetapi apa yang penting ialah penerbangannya yang kerap menawarkan kefleksibelan dan kemudahan kepada mereka. Sistem tempahan online membuatkan transaksinya senang dan efisien.Tetamu boleh membuat tempahan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masa berlepas dengan mendaftar masuk ke Kembara Korporat. Jangan ketinggalan untuk menjadikan kami sebahagian dari rancangan perniagaan anda hari ini dan mula berjimat dengan perjalanan yang lebih bijak!
Klik disini untuk mendaftardan kumpulan Kembara Korporat AirAsia akan bersedia untuk membincangkan secara terperinci mengenai bagaimana kami boleh membantu anda mendapatkan penjimatan semasa anda dalam perjalanan.
Sila ambil perhatian: Bagi melayakkan anda menjadi pelanggan Kembara Korporat, jumlah terkumpul tempahan minimum sebanyak RM250,00 atau jumlah bersamaan dengannya setahun diperlukan.
Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:, GoCorporate/Kembara Korporat Jualan dan Edaran AirAsia Berhad Fax No : +603-8775 1690 Untuk Perhatian: Wong Mei Inn / Imelda Ferdinand Email: maa_corpgroup@airasia.com
Apakah kelebihan sekiranya saya mendaftar untuk Kembara Korporat?
Anda akan menikmati kadar tambang fleksibel yang cuma boleh dinikmati oleh pelanggan Kembara Korporat. Tambahan pula, anda boleh membuat perubahan saat akhir bagi nama penumpang, masa dan tarikh penerbangan, sehingga 2 jam sebelum pesawat berlepas; Ini adalah keistimewaan khusus untuk para penumpang korporat sahaja
2.
Adakah saya menikmati penjimatan tambahan berbanding syarikat penerbangan lain?
Ya, tambang kami sekurang-kurangnya 20-30% murah berbanding kadar tambang yang dikenakan bagi tambang kelas ekonomi laluan domestik syarikat penerbangan lain dan mencecah 50% rendah bagi penerbangan antarabangsa.
3.
Adakah saya akan menikmati kadar tambang promosi AirAsia's dengan mendaftar Kembara Korporat?
Disebabkan oleh syarat bagi kadar tambang promosi (perubahan nama dan tempahan seawal 3-6 bulan perlu dibuat sebelum penerbangan) tambang ini tidak dapat digunakan oleh penumpang perjalanan perniagaan.
4.
Apakah faedah lain yang boleh dinikmati?
Kami menawarkan pilihan hidangan percuma bagi pilihan makanan anda, penentuan tempat duduk secara percuma (Tempat duduk Hot dan Tempat duduk Standard)
5.
Bagaimana saya mendaftar Kembara Korporat?
Anda boleh menghantar borang pendaftaran yang boleh didapati dalam website kami dan wakil korporat kami akan membantu anda.
6.
Bagaimana untuk mengetahui samaada saya layan bagi Kembara Korporat
Anda perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM120,000 bagi penerbangan AirAsia dalam masa setahun.
7.
Apa akan berlaku sekiranya akaun saya tidak aktif dan saya tidak membelanjakan jumlah tersebut?
Denda 1% akan dikenakan bagi penggunaan yang tidak mencapai had. .
8.
Apakah pilihan bayaran yang ada?
Anda boleh menggunakan kad kredit (Visa/Master) atau akaun prabayar syarikat anda.
9.
Apakah akaun prabayar bagi syarikat saya?
Syarikat anda perlu mendepositkan jumlah minimum RM10,000 bagi membuka akaun dan jumlahnya akan ditolak setiap kali tempahan dibuat.
10.
Bagaimana saya boleh menambah jumlah prabayar apabila jumlahnya berkurang?
Syarikat anda perlu mendeposit jumlah tambahan kedalam nombor akaun dan e-mailkan atau faks slip wang masuk kepada Jabatan Kewangan bersama dengan maklumat ID Korporat.
11.
Bagaimana saya boleh meneliti akaun AG prabayar?
Ia akan dipaparkan dalam Sistem tempahan. Jumlah baki akan dikemaskini dan dipaparkan apabila bayaran telah dibuat.