Anda harus masukan katalaluan E-Baucer Pemberian yang dibekalkan kepada anda semasa membayar penempahan penerbangan anda dengan E-Baucer Pemberian.
2.
E-Baucer Pemberian hanya boleh digunakan sekali sahaja dan mesti ditebus sepenuhnya semasa menempah. TIADA pemulangan semula untuk sebarang baki yang tidak diguna.
3.
Jika jumlah pembelian melebihi nilai E-Baucer Pemberian, perbezaan mesti dibayar dengan kad kredit sahaja semasa penempahan.
4.
Tempoh Sah: Tempoh sah untuk E-Baucer Pemberian adalah seperti berikut: i. sekiranya pembelian melalui laman web kami: 6 bulan dari tarikh dikeluarkan; ii. sekiranya diberikan sebagai membayar gantirugi untuk Jaminan Tepat Masa: 3 bulan dari tarikh dikeluarkan; atau iii. sekiranya diberikan sebagai pemberian secara percuma; tarikh sah mengikut atas budi bicara pihak kami E-Baucer Pemberian boleh digunakan untuk membuat tempahan untuk perjalanan sehingga 12 bulan dari tarikh ia dikeluarkan dan ia dibuat dalam tempoh sah seperti yang ditetapkan.
5.
Tempoh sahlaku E-Baucer Pemberian tidak akan dipanjangkan.
6.
E-Baucer Pemberian tidak boleh ditukar kepada tunai atau produk lain yang sedemikian dan tidak boleh ditunai semula.
7.
E-Baucer Pemberian boleh dipindah milik dan boleh diguna oleh ahli keluarga dan/atau kawan anda tertakluk kepada Terma dan Syarat ini.
8.
AirAsia berhak untuk menolak sebarang penebusan yang tidak mematuhi Terma dan Syarat ini.
9.
Terma dan Syarat ini akan mengatasi sebarang perselisihan terma, syarat, peraturan atau persembahan semula yang terdapat di bahan promosi lain berkenaan dengan E-Baucer Pemberian.
10.
AirAsia berhak untuk menukar, membatal, menambah mana-mana Terma dan Syarat dan/atau mengganti E-Baucer Pemberian dengan produk atau program lain yang sama nilai dari semasa ke samasa atas budi bicara muktamadnya tanpa notis awal.
11.
Dengan membeli dan menggunakan E-Baucer Pemberian, anda bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini serta Terma & Syarat Pengangkutan AirAsia yang terdapat di www.airasia.com.
12.
Untuk tujuan Terma dan Syarat ini ‘Anda’ harus bermakna penama E-Baucer Pemberian dan harus termasuk kedua-dua pembeli dan/atau pengguna E-Baucer Pemberian.
Apakah tarikh pelupusan E-Baucer Pemberian AirAsia? E-Baucer Pemberian AirAsia adalah sah untuk jangkamasa 6 bulan dari tarikh ia dikeluarkan (hanya untuk pembelian melalui online). Terma & Syarat
2.
Bolehkah saya memberi E-Baucer Pemberian AirAsia kepada orang lain seperti keluarga dan/atau kawan? Ya. E-Baucer Pemberian AirAsia boleh dipindah milik dan boleh digunakan oleh ahli keluarga dan/atau kawan anda tertakluk kepada Terma & Syarat.
3.
Apa yang berlaku sekiranya saya terlupa katalaluan E-Baucer Pemberian AirAsia saya? Anda boleh melayari airasia.com dan klik pada “Terlupa Katalaluan E-Baucer Pemberian” di muka E-Baucer Pemberian dan isikan maklumat yang diminta dan kami akan memaklumkan katalaluan anda dengan serta-merta.
4.
Apa yang berlaku sekiranya saya tidak menerima emel yang mengandungi E-Baucer Pemberian AirAsia? Ada kemungkinan INBOX anda telah penuh atau emel kami berada dalam FAIL SPAM atau JUNK anda. Sila semak INBOX anda semula atau FAIL SPAM/JUNK untuk emel notifikasi kami.
5.
Berapa banyak E-Baucer Pemberian AirAsia yang boleh digunakan untuk Satu (1) tempahan penerbangan? Sebanyak lima (5) E-Baucer Pemberian AirAsia boleh digunakan untuk Satu (1) penerbangan. Terma & Syarat
6.
Apa yang berlaku sekiranya bayaran tempahan penerbangan kurang ATAU lebih dari jumlah nilai E-Baucer Pemberian? Tiada pemulangan semula untuk sebarang baki yang tidak diguna dan sekiranya jumlah melebihi sila membayar perbezaan dengan Kad Kredit anda. Terma & Syarat
7.
Siapa yang harus saya hubungi sekiranya saya menghadapi masalah dengan E-Baucer Pemberian AirAsia? Anda boleh menghubungi alamat emel berikut dengan membekalkan maklumat berkenaan (seperti alamat emel Pembeli & Penerima dan maklumat perhubungan) untuk menyenangkan pasukan Bantuan Pelanggan kami mengatasi masalah anda. Anda boleh menghantar emel kepada guestsupport@airasia.com.