Kini anda akan menikmati penerbangan anda dengan pilihan tempat duduk kami! You don't have to worry about rushing for your favourite spot onboard anymore.
Pick A Seat membenarkan anda memilih tempat duduk anda daripada Hot atau Standard Seat. Kini anda boleh menaiki pesawat terlebih dahulu dan menikmati ruang kaki yang lebih luas dengan Hot Seats atau duduk bersama teman anda dengan Standard Seats.
Tempat duduk anda terjamin dengan pilihan Pick A Seat!
Susunan Diagram Tempat duduk ini hanya sah untuk Airbus A320 sahaja.
Bagaimana saya boleh memilih tempat duduk sekiranya saya membeli penerbangan 1 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan? Tertakluk kepada kekosongan, anda boleh membeli Pick A Seat sewaktu membuat tempahan atau tempat duduk akan diaturkan sewaktu daftar-masuk.
2.
Bagaimana perubahan konfigurasi pesawat memberi kesan kepada Pick A Seat? Sekiranya terdapat perubahan konfigurasi pesawat, tempat duduk akan ditempatkan semula mengikut apa yang anda telah tempah.
3.
Mengapa saya perlu membayar untuk Pick A Seat? Pick A Seat membenarkan anda untuk memilih tempat duduk yang diinginkan mengikut keselesaan anda. Anda juga boleh duduk bersama teman anda dengan Pick A Seat*. (* tertakluk kepada kekosongan dan Terma&Syarat)
4.
Apakah perbezaan di antara Hot Seat dan Standard Seat? Penumpang yang membeli Hot Seat mempunyai pilihan memilih tempat duduk daripada 5 barisan terawal di dalam pesawat atau 2 barisan di pintu keluar kecemasan. Penumpang yang membuat tempahan awal Hot Seat, secara automatik layak untuk perkhidmatan Laluan Ekspres. Ini bermakna penumpang Hot Seat akan menaiki pesawat terlebih dahulu berbanding mereka yang memilih Standard Seat dan mereka yang tidak membeli Pick A Seat.
5.
Apakah perbezaan diantara Pick A Seat dan Laluan Ekspres? Laluan Ekspres kekal sebagai tambah nilai untuk penumpang yang membeli Hot Seat.
6.
Adakah terdapat caj tambahan dikenakan kepada penumpang berkerusi roda? A6. Tidak. Penumpang berkerusi roda boleh membeli Pick A Seat pada waktu tempahan; jika tidak, sewaktu daftar masuk penumpang akan ditempatkan di tempat duduk yang bersesuaian mengikut standard keselamatan kabin.
7.
Bolehkah saya menukar tempat duduk setelah saya membuat pilihan? Ya, anda boleh menukar tempat duduk yang telah disediakan di antara kategori yang sama dan tertakluk kepada kekosongan.
8.
Bagaimana Pick A Seat memberi kesan kepada penumpang yang membeli Laluan Ekspres? Penumpang akan dimaklumkan melalui emel. Anda akan ditempatkan di Hot Seat secara automatik atau anda boleh menghubungi kami untuk membuat pilihan tempat duduk lain.
9.
Bagaimana penerbangan gabungan memberi kesan kepada penumpang yang mempunyai nombor tempat duduk yang sama? Sekiranya berlaku gabungan penerbangan, bayaran Pick A Seat akan dibayar balik kepada penumpang yang penerbangannya telah dibatalkan.
10.
Bolehkah saya membeli Hot seat / Standard Seat selepas tempahan saya lengkap sepenuhnya? Ya. Hot Seat / Standard Seat boleh dibeli sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan melalui pejabat jualan, kaunter jualan lapangan terbang atau pusat panggilan kami.
11.
Adakah terdapat harga istimewa ditawarkan kepada warga emas dan kanak-kanak? Tiada harga istimewa untuk Warga Emas dan Kanak-kanak. Warga Emas akan dibenarkan menaiki pesawat selepas penumpang Hot Seat. Kanak-kanak yang ditemani orang dewasa akan menaiki pesawat mengikut nombor tempat duduk.
12.
Terdapatkah harga berkumpulan? Tiada harga berkumpulan.
13.
Bolehkah saya membuat tempahan awal Pick A Seat semasa daftar-masuk? Pick A Seat hanya boleh ditempah awal semasa daftar-masuk melalui laman web. Kemudahan ini tidak didapati apabila menggunakan pondok daftar-masuk kami.
14.
Adakah terdapat perbezaan bayaran antara tempat duduk di tingkap, tengah atau lorong? Perbezaan bayaran diaplikasikan pada Hot dan Standard Seat tetapi bayaran ini tidak membezakan dengan tempat duduk di kedudukan tingkap, tengah atau lorong.
15.
Adakah bayaran Pick A Seat akan dibayar balik sekiranya saya membuat pilihan pembayaran balik / credit shell semasa pembatalan penerbangan Ya, pembayaran balik penuh / credit shell akan ditawarkan kepada penumpang sekiranya anda membuat pilihan pembayaran balik / credit shell semasa pembatalan penerbangan.
16.
Bolehkah saya membayar melalui Debit Terus sekiranya saya memilih tempat duduk secara online? Kesemua kaedah pembayaran boleh dibuat untuk Pick A Seat kecuali Debit Terus. Sekiranya anda bercadang memilih tempat duduk secara online, sila membuat pilihan pembayaran melalui kad kredit atau penebusan E-Baucer Pemberian.