Bayar kurang untuk lebih banyak – inilah keistimewaan Supersize bagasi. Mulai 13 Januari 2009, Supersize Bagasi membenarkan penumpang untuk mendaftar masuk lebih berat bagasi untuk nilai yang lebih hebat.
Apakah keistimewaan Supersize
Anda tidak perlu lagi membayar mengikut jumlah bagasi, kini anda membayar mengikut berat bagasi terkumpul anda. Ini bermakna anda dapat mendaftar masuk seberapa bilangan bagasi yang diingini asalkan ia tidak melebihi berat maksima yang dibenarkan.
Anda mempunyai fleksibiliti dalam berat bagasi dengan Supersize Biasa, Supersize Sederhana dan Supersize Besar.
Anda boleh menambah Supersize bagasi anda sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan.
Anda boleh membawa lebih banyak bagasi dengan nilai yang lebih hebat dan anda boleh menjimat sehingga 50% ketika menempah online.
Kereta tolak/sorong bayi, kerusi roda, alat bantuan berjalan dan rangka berjalan boleh didaftar masuk secara percuma.
Tambahkan saiz dan berjimat sehingga 50% ketika anda menempah online. Semak kadar kami di bawah.
Saya datang ke kaunter daftar-masuk pada hari perlepasan penerbangan bersama dengan bagasi seberat 18kg, berapa banyak caj akan dikenakan untuk bagasi berdaftar? Sekiranya anda tidak membuat tempahan awal untuk Bayaran Supersize, anda akan dikenakan caj pada 15kg pada harga lapangan terbang dan lebihan berat bagasi 3kg pada harga berkenaan. Sila rujuk pada jadual bayaran untuk harga lapangan terbang dan caj tambahan berat bagasi.
2.
Sekiranya berat bagasi saya melebihi daripada berat tempahan awal, berapakah caj yang akan dikenakan? Tambahan berat bagasi akan dikenakan caj tambahan berat bagasi pada harga yang berkenaan.
3.
Sekiranya berat bagasi berdaftar saya kurang daripada berat tempahan awal, adakah saya akan menerima bayaran balik bagi berat bagasi yang tidak digunakan? Tidak, tiada pembayaran balik dan tiada pemindahan bagi bayaran Supersize yang tidak digunakan.
4.
Adakah saya akan dikenakan caj untuk 2 yuran yang berlainan? 1 untuk bayaran pengendalian bagasi berdaftar sebelumnya dan satu lagi untuk bayaran Supersize? Tidak, bayaran Supersize menggantikan bayaran pengendalian bagasi berdaftar.
5.
Bilakah polisi berat ini akan berkuat kuasa? Ia akan berkuat kuasa pada 13 Januari 2009.
6.
Adakah saya perlu membayar Bayaran Supersize untuk peralatan sukan? Ya, kecuali Beg Golf, Peralatan Menyelam, Papan luncur dan Basikal. Peralatan sukan ini akan dicaj dalam Peralatan Sukan sehingga berat 15kg dan setiap kg selepas lebihan bagasi akan dikenakan caj tambahan berat bagasi pada harga yang berkenaan.
7.
Untuk penerbangan keluar saya akan mendaftar-masuk 15kg dan 25kg untuk penerbangan balik. Berapa kg harus saya beli untuk tempah awal? Bayaran Supersize dikenakan untuk perjalanan sehala, oleh itu anda perlu membuat penempahan 15 kg untuk penerbangan keluar dan 25kg untuk penerbangan balik.
8.
Adakah Bayaran Supersize saya boleh dipindah milik kepada penumpang lain? Tidak, ia tidak boleh dipindah milik.
9.
Sekiranya saya menukar penerbangan, bagaimana dengan Bayaran Supersize yang telah ditempah? Bayaran Supersize yang ditempah akan dipindahkan ke penerbangan baru.
10.
Sekiranya saya dibenarkan menukar nama, bagaimana dengan Bayaran Supersize yang telah ditempah? Bayaran Supersize yang ditempah akan dipindahkan kepada penumpang baru tersebut.
11.
Bolehkah saya menukar Bayaran Supersize yang telah ditempah?
Ya, anda boleh meningkatkan berat Supersize tidak kurang daripada 24 jam sebelum penerbangan melalui pusat panggilan/pejabat jualan/kaunter jualan di lapangan terbang. Berat maksima untuk tempahan awal adalah 30kg. Walau bagaimanapun, sekiranya penumpang memutuskan untuk menurunkan berat Supersize , bayaran Supersize tidak akan dipulangkan.
12.
Apakah terdapat perbezaan di antara harga tempahan awal Supersize dan harga di lapangan terbang sewaktu mendaftar-masuk?
Tempahan Awal Bayaran Supersize memberikan anda pilihan pembelian dari 15kg sehingga berat maksima 30kg pada potongan harga 50%, sementara Harga Lapangan Terbang hanya membenarkan anda membayar untuk berat sehingga 15kg dan setiap kg selepas itu akan dikenakan caj tambahan berat bagasi pada harga yang berkenaan.
13.
Saya membuat tempahan penerbangan sebelum 13 Januari 2009 dan membayar 2 unit Bayaran Pengendalian Bagasi Berdaftar. Bagaimana ia memberi kesan kepada saya? Anda boleh mendaftar-masuk 2 buah bagasi berdaftar dengan berat tidak melebihi 15kg. Setiap kg selepas itu akan dikenakan caj tambahan berat bagasi pada harga yang berkenaaan. Untuk tempahan yang dibuat pada dan selepas 13 Januari 2009, pihak kami akan menggunakan Bayaran Supersize.size)
14.
Adakah sebarang saiz dan berat yang dihadkan untuk bagasi berdaftar? Ya. Untuk tujuan kesihatan dan keselamatan pihak kami tidak akan menerima barangan individu yang melebihi 32kg dan dengan kombinasi ukuran lebih daripada 81sm tinggi, 119sm lebar dan 119sm dalam. Had berat ini tidak diaplikasikan pada peralatan bermotor.
15.
Adakah dihadkan bilangan dan berat bagasi berdaftar untuk seorang penumpang? Tidak, tiada had kepada bilangan dan berat bagasi berdaftar asalkan bayaran dan caj yang releven telah dibayar.
16.
Bolehkah saya menggabungkan bagasi berdaftar saya dengan teman melancong saya? Ya, asalkan kesemua kamu terbang dalam PNR perjalanan/nombor tempahan yang sama dan hadir bersama-sama sewaktu daftar-masuk di kaunter.。
17.
Adakah elaun bagasi berdaftar untuk bayi? Tiada elaun bagasi berdaftar, berat bagasi berdaftar memerlukan tempahan awal atau ianya akan dikenakan caj pada harga lapangan terbang sewaktu daftar-masuk. Pihak kami membenarkan kereta tolak/koreta sorong bayi dibawa secara percuma.
18.
Apakah barangan yang boleh dibawa secara percuma? AirAsia menawarkan barangan berikut sebagai bagasi berdaftar percuma: Kereta tolak/sorong bayi, kerusi roda manual, alat bermotor dan alat bantuan berjalan.