Terma & Syarat Pengangkutan AirAsia

Artikel 1
Takrif
1.1

"KOD PENENTUAN SYARIKAT PENERBANGAN" ertinya dua-huruf atau tiga-huruf yang mengenal pasti syarikat penerbangan tertentu.

"EJEN YANG DIBENARKAN” ertinya ejen jualan yang dilantik oleh syarikat penerbangan untuk mewakilinya dalam jualan pengangkutan penumpang udara perkhidmatan syarikat tersebut dan, semasa diberi kuasa, syarikat penerbangan yang lain.

"BAGASI" ertinya harta peribadi milik anda yang dibawa bersama anda sewaktu perjalanan anda. Kecuali dinyatakan selainnya, ia termasuk Bagasi Berdaftar dan Bagasi Tidak Berdaftar;

"BAGASI BERDAFTAR" ertinya dokumen yang kami keluarkan kepada Penumpang sebagai resit bagi Bagasi Berdaftar yang berkaitan dengan pengangkutan Bagasi Berdaftar termasuk Teg Pengenalan Bagasi.

"TEG PENGENALAN BAGASI" ertinya dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan bagi tujuan mengenal pasti Bagasi Berdaftar.

"TEMPAHAN" ertinya penempahan yang dibuat anda untuk pembelian penerbangan yang diterima kami selaku dengan Terma dan Syarat berikut.

"RUJUKAN TEMPAHAN" ertinya nombor rujukan anda yang diberi oleh kami untuk mengenal pasti setiap tempahan yang dibuat anda yang telah dikenal pasti oleh kami.

"Bagasi Berdaftar" ertinya bagasi yang diletakkan di bawah jagaan kami dan Teg Pengenalan Bagasi sudah dikeluarkan bagi tujuan pengenalpastian.

"Had masa Daftar Masuk” ertinya had masa yang ditentukan oleh syarikat penerbangan di mana anda perlu melengkapi urusan daftar masuk dan menerima pas kemasukan anda.

"Syarat Kontrak" ertinya pernyataan yang terkandung di dalam Jadual Perjalanan atau yang disertakan bersama Jadual Perjalanan dan digabungkan melalui rujukan, Terma & Syarat dan notis.

"Konvensyen" ertinya mana-mana yang berikut yang boleh dipakai:

• Konvensyen untuk Penyelarasan Peraturan Tertentu Berkenaan dengan Syarikat Penerbangan Udara Antarabangsa, ditandatangani di Warsaw, 12 Oktober 1929 (Konvensyen Warsaw)
• Konvensyen Warsaw yang dipinda di The Hague pada 28 September 1955
• Konvensyen Warsaw yang dipinda di The Hague dengan penambahan protokol No. 1, 2 atau 4 Montreal (1975)
• Konvensyen Sokongan Guadalajara (1961)
• Konvensyen Montreal (1999)
• Sebarang protocol atau konvensyen dan undang-undang lain yang berkenaan

"Kerosakan" termasuk kematian, kecederaan tubuh seseorang penumpang, kelewatan, kehilangan, kehilangan separa atau kerosakan lain, yang berpunca daripada atau yang berkaitan dengan pengangkutan atau perkhidmatan lain yang kami jalankan, yang bersampingan dengannya. "Kupon Elektronik" ertinya kupon penerbangan elektronik atau dokumen nilai lain yang terdapat pada pangkalan data kami.

"Tiket Elektronik" ertinya Jadual Perjalanan yang kami keluarkan atau yang dikeluarkan bagi pihak kami, Kupon Elektronik dan jika terpakai, dokumen menaiki pesawat.

"Kupon Penerbangan" ertinya bahagian tertentu Tiket yang mengandungi notasi "sah untuk perjalanan" atau dalam kes Tiket Elektronik, Kupon Elektronik, dan tertera tempat yang anda berhak untuk dibawa.

“Jadual” atau "Jadual Perjalanan" ertinya dokumen yang kami keluarkan kepada Penumpang, yang mengandungi nama Penumpang, maklumat penerbangan, nombor penempahan, Syarat Kontrak dan notis.

"Bayi" ertinya Penumpang yang berumur di bawah 24 bulan pada tarikh penerbangan.

"Penumpang" ertinya mana-mana orang, kecuali krew pesawat, yang dibawa atau hendak dibawa di dalam pesawat dengan keizinan kami. (juga dirujuk sebagai , "anda" dan "diri anda")

"Rute" ertinya penerbangan dari lapangan terbang asal penerbangan hingga ke lapangan terbang destinasi.

"Tempat Duduk" ertinya tempat duduk di dalam pesawat kami.

"Tarif" ertinya harga tambang dan caj yang kami kenakan seperti mana yang diterbitkan/disiarkan secara elektronik atau di dalam kertas.

"Tiket" ertinya Jadual Perjalanan dan termasuk Tiket Elektronik dan Kupon Elektronik yang kami keluarkan atau yang dikeluarkan bagi pihak kami dan termasuk Syarat Kontrak dan notis yang terkandung di dalamnya.

"Terma & Syarat" ertinya Terma & Syarat Pengangkutan ini

"Bagasi Tidak Berdaftar" ertinya sebarang bagasi selain dari Bagasi Berdaftar termasuk semua barang yang anda bawa ke dalam kabin pesawat.

"Kami", "diri kami" dan "Syarikat Penerbangan" ertinya AirAsia X yang dioperasikan oleh Fly Asian Xpress Sdn Bhd.

"Laman Web" ertinya laman internet www.airasia.com yang kami sediakan untuk penumpang membuat tempahan secara online dan untuk mendapatkan maklumat mengenai kami.

1.2 Kapsyen: Tajuk atau kapsyen/ keterangan bergambar setiap Perkara dalam Terma & Syarat ini adalah semata-mata untuk kemudahan sahaja dan bukan untuk digunakan bagi tujuan penafsiran teks.
Artikel 2
Pemakaian
2.1

Am: Terma & Syarat ini dipakai untuk pengangkutan udara atau dengan menggunakan pengangkutan cara lain termasuk pengangkutan penumpang dan Bagasi menggunakan jalan darat kendalian kami atau yang dikendalikan bagi pihak kami dan bagi apa-apa liabiliti yang kami mungkin ada, berkaitan dengan kerja pembawaan dan pengangkutan itu.

2.2 Terma & Syarat Diutamakan: Kecuali yang diperuntukkan di dalam Terma & Syarat ini, sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten antara Terma & Syarat ini dengan Syarat Kontrak kami atau apa jua peraturan lain yang mungkin kami ada mengenai perkara tertentu, Terma & Syarat ini hendaklah diutamakan dan dipakai.
2.3

Bahasa: Bahasa Terma dan Syarat ini adalah Bahasa Inggeris dan sungguhpun terdapat terjemahannya di dalam bahasa-bahasa lain, Bahasa Inggeris merupakan satu-satunya bahasa yang digunakan dalam mentafsirkan Terma & Syarat ini.

Artikel 3
Tiket / Jadual Perjalanan
3.1 Keterangan Kontrak Prima Facie: Jadual Perjalanan merupakan keterangan prima facie kontrak untuk pengangkutan antara penumpang dan kami. Jadual Perjalanan berkenaan, Terma & Syarat ini dan Syarat Kontrak kami (termasuklah tarif yang terpakai) bersama-sama membentuk terma & syarat kontrak pengangkutan antara anda dan kami.
3.2 Pemindahan Milik: Kontrak pengangkutan hanya boleh dipindah milik seperti yang diperuntukkan di dalam Terma & Syarat ini dan Syarat Kontrak kami.
3.3

Sah Laku: Jadual Perjalanan hanya sah digunakan untuk Penumpang yang dinamakan dan penerbangan yang tertera di dalamnya.

3.4 Identiti: Kami hanya akan menyediakan pengangkutan kepada Penumpang yang dinamakan di dalam Jadual Perjalanan atau di dalam Tiket Elektronik. Anda akan diminta untuk menunjukkan pengenalan diri yang bersesuaian semasa anda mendaftar masuk.
Artikel 4
Tambang
4.1 Am: Tambang hanya terpakai bagi pengangkutan dari lapangan terbang asal penerbangan hingga ke lapangan terbang destinasi. Tambang tidak termasuk perkhidmatan pengangkutan darat antara lapangan-lapangan terbang dan antara lapangan terbang dengan terminal bandar kecuali jika kami menyatakan secara khusus. Kami adalah pengangkut /pembawa dari satu lapangan terbang ke satu lapangan terbang semata-mata dan kami tidak bertanggungjawab kepada anda bagi sebarang penerbangan bersambung.
4.2 Bayi: Yuran untuk bayi di bawah umur dua (2) tahun (pada tarikh penerbangan) tetapi melebihi lapan (8) hari ada tersedia di Jadual Bayaran. Bayi boleh terbang dengan syarat dia duduk di atas riba orang dewasa. Hanya satu (1) bayi dibenarkan untuk satu (1) orang dewasa.  Tiada kerusi beroda bayi dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat. Jumlah bayi untuk setiap penerbangan adalah terhad atas tujuan keselamatan dan oleh yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk mengangkut bayi bersama anda.
4.3 Cukai Kerajaan, Caj dan Caj Tambahan Insurans: Apa-apa cukai kerajaan, caj atau caj tambahan insurans yang dikenakan atas pengangkutan udara oleh kerajaan, pihak berkuasa lain atau pengendali lapangan terbang bagi perkhidmatan atau kemudahan yang anda gunakan merupakan bayaran tambahan kepada tambang, fi pentadbiran dan caj yang kami kenakan dan ia hendaklah ditanggung oleh anda, kecuali dinyatakan secara khusus oleh kami. Cukai kerajaan, caj dan caj tambahan insurans yang sedemikian yang dikenakan bagi perjalanan udara boleh berubah dari semasa ke semasa dan boleh dikenakan walaupun selepas tarikh tempahan anda disahkan. Walau bagaimanapun anda perlu menanggung cukai kerajaan, caj atau caj tambahan insurans yang sedemikian apabila tiba masanya ia perlu dibayar sebelum anda berlepas.Sila rujuk Jadual Bayarankami untuk jumlah cukai, caj dan caj tambahan insurans.
4.4 Mata Wang: Tambang dan caj harus dibayar dalam mata wang yang ditetapkan dalam senarai tambang yang disiarkan kecuali dinyatakan secara khusus oleh kami.
4.5 Ketepatan: Semua tambang, jadual dan laluan penerbangan yang diterbitkan adalah betul pada masa penerbitan. Kami memelihara hak untuk menyemak/mengubah mana-mana tambang dan jadual penerbangan pada setiap masa dan dari masa ke semasa tanpa sebarang notis awal.
4.6 Tambang Yang Terpakai: Tambang yang terpakai adalah tambang yang telah kami terbit atau yang telah diterbit bagi pihak kami, sama ada secara elektronik atau dengan menggunakan media lain. Tambang mungkin tidak termasuk fi pentadbiran, caj perkhidmatan dan caj-caj lain kecuali dinyatakan secara khusus oleh kami.
Artikel 5
Tempahan Tempat Duduk
5.1 Pengesahan Tempahan: Tempahan Tempat Duduk disahkan selepas tambang dibayar sepenuhnya dan selepas kami mengeluarkan nombor tempahan dan/atau Jadual Perjalanan kepada anda. Apabila telah disahkan, tempahan tidak boleh dibatalkan dan bayaran tidak akan dikembalikan.
5.2

Tempahan Berkumpulan: Ini tertakluk kepada syarat khusus yang berubah dari semasa ke semasa. Sila hubungi kami untuk mendapatkan keterangan lanjut.

5.3

Pertukaran Penerbangan: Setelah nombor penempahan diisu, pertukaran penerbangan adalah tertakluk kepada syarat berikut:

Dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu berlepas penerbangan, tiada pertukaran dibenarkan. Bayaran caj untuk pertukaran penerbangan yang dilakukan lebih daripada empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu berlepas penerbangan adalah disertakan di Jadual Bayaran, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  • jika penerbangan baru yang ditempah adalah di kelas tambang yang lebih rendah daripada penerbangan ditempah yang dibatalkan, perbezaan tambang itu tidak akan dikembalikan kepada penumpang;
  • jika penerbangan baru yang ditempah adalah di kelas tambang yang lebih tinggi daripada penerbangan ditempah yang dibatalkan, penumpang hendaklah membayar perbezaan tambang itu sebelum boleh membuat pembatalan atau pertukaran;
  • pertukaran tidak akan disahkan sehinggalah kami mengeluarkan nombor tempahan yang baru dan/atau Jadual Perjalanan yang baru kepada anda
  • pertukaran destinasi tidak dibenarkan.
5.4 Tambang Promosi:Perkara 5.3 berkenaan peraturan Pertukaran Penerbangan dan Perkara 5.5 berkenaan Pertukaran Nama tidak boleh diaplikasikan untuk tambang promosi tertentu.
5.5

Pertukaran Nama: Setelah nombor penemptahan dikeluarkan, anda dibenarkan untuk menggantikan nama penumpang yang tertera pada tempahan dengan penumpang lain tertakluk kepada bayaran caj seperti yang terdapat di Jadual Bayaran dan syarat berikut:

  1. permintaan dibuat di luar tempoh enam (6) jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan;
  2. identiti penumpang asal dan pengganti telah disahkan

Walau bagaimanapun, sekiranya permintaan dibuat dalam dua puluh empat (24) jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan, pertukaran nama hanya boleh dibuat di pejabat jualan atau kaunter jualan lapangan terbang kami (waktu urusan berbeza untuk setiap lapangan terbang)

5.6

Pembayaran: Tambang mestilah dibayar sepenuhnya apabila tempahan dibuat. Sekiranya tambang belum dibayar sepenuhnya apabila tempahan tersebut disahkan atas apa jua sebab, kami memelihara hak untuk membatalkan tempahan berkenaan sebelum pendaftaran masuk dan/atau untuk tidak membenarkan anda menaiki pesawat tersebut.

5.7

Data Peribadi: Dengan ini anda mengaku dan bersetuju bahawa data peribadi anda telah diberikan kepada kami untuk kegunaan membuat tempahan untuk pengangkutan dan menyediakan pengesahan tempahan tersebut kepada anda, bagi menyediakan dan membangunkan perkhidmatan dan kemudahan sampingan, bagi memudahkan cara prosedur imigresen dan prosedur masuk, perakaunan, pengebilan dan pengauditan, menyemak kredit atau kad pembayaran lain, keselamatan, tujuan pentadbiran dan undang-undang, pengeluaran kad kredit, pengujian sistem, penyelenggaraan dan pembangunan, analisis statistik, dan bagi membantu kami berurus niaga dengan anda pada masa depan. Bagi tujuan ini, dengan memeterai kontrak pengangkutan dengan kami, anda memberi kebenaran kepada kami untuk menyimpan dan menggunakan data peribadi anda dan untuk menghantarnya ke pejabat kami, ejen berdaftar dan sekutu perniagaan pihak ketiga, agensi kerajaan, syarikat pengangkutan lain atau penyedia yang memberikan perkhidmatan seperti yang dinyatakan di atas.

5.8

Tempat Duduk: Kami tidak menjamin kesediaan tempat duduk tertentu dalam pesawat dan anda bersetuju untuk menerima sebarang tempat duduk yang diaturkan atau tersedia dalam penerbangan. Anda akan diaturkan tempat duduk semasa mendaftar masuk. Kami memelihara hak untuk mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, termasuk selepas menaiki pesawat. Ini mungkin diperlukan untuk tujuan operasi, keselamatan, peraturan kerajaan, kesihatan atau sekuriti.

5.8.1

Permintaan Tempat Duduk Awal (Advance seat request, ASR): Tertakluk kepada kesediaan anda boleh membayar yuran tertentu untuk permintaan tempat duduk awal (advance seat request, ASR) semasa penempahan untuk pemilihan tempat duduk awal. Sila rujuk Jadual Bayaran kami untuk yuran ASR. Apabila ASR dibeli, kami memelihara hak untuk mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, termasuk selepas menaiki pesawat. Ini mungkin diperlukan untuk tujuan operasi, keselamatan atau sekuriti. Kami tidak menjamin tempat duduk khusus yang diatur semula, sama ada tempat duduk dekat lorong, tingkap, barisan keluar, atau jenis tempat duduk lain. Kami akan, bagaimanapun, membuat usaha yang munasabah untuk menyediakan pengaturan tempat duduk berbayar

5.8.2

Sekiranya pada sebarang waktu setelah pembelian ASR dan berlakunya perubahan jadual, penamatan, tertunda atau gabungan penerbangan yang merujuk berdasarkan keadaan ini, yang mana pihak kami sewajarnya mempertimbangkan perkara yang berlaku di luar jangkaan dan kawalan kami atau untuk tujuan komersial atau untuk tujuan keselamatan, pihak kami mempunyai pilihan yang berikut:

  • mengangkut anda dengan ASR yang sama pada penerbangan berikutnya; atau
  • mengangkut anda dengan ASR pada nilai yang sama pada penerbangan berikutnya; atau
  • mengangkut anda dengan menempatkan tempat duduk secara rambang pada penerbangan berikutnya yang mana pihak kami akan membuat pembayaran balik ASR kepada anda.

Pilihan dalam artikal 5.8.2 adalah satu-satunya penyelesaian ekslusif yang boleh didapati untuk anda dan pada masa akan datang pihak kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda.

5.9.1

Produk dalam penerbangan: Bekalan produk-produk, perkhidmatan atau pengiklanan dalam penerbangan bergantung kepada adanya bekalan. Produk-produk dalam penerbangan dan perkhidmatan tidak boleh dipulangkan kembali dan dipindah milik selepas dibeli. Kami tidak menerima sebarang tempahan atau perubahan kepada produk-produk dalam penerbangan atau perkhidmatan dalam tempoh 48 jam sebelum masa berlepas yang dijadualkan.Air Asia mempunyai hak untuk meminda/menukar harga atau mengganti sebarang komponen bagi produk dan perkhidmatan dalam penerbangan tanpa notis awal.Pas masuk ialah bukti pembelian tempahan awal produk atau perkhidmatan dalam penerbangan dan mesti ditunjukkan kepada anak kapal dalam pesawat bagi mendapatkannya dalam penerbangan.Semua harga dan penjimatan hasil tempahan awal produk dan perkhidmatan dalam penerbangan sah digunakan semasa tempahan dibuat.

5.9.2

Pilihan Makanan tertakluk kepada variasi dari masa ke semasa. Makanan mungkin mengandungi kekacang,hasil tenusu dan/atau gluten. Kami tidak menerima sebarang tempahan atau perubahan pilihan makanan dalam tempoh 48 jam sebelum waktu penerbangan berlepas.
Air Asia mempunyai hak meminda/menukar harga atau mengganti sebarang komponen bagi produk dan perkhidmatan dalam penerbangan tanpa mengeluarkan notis awal dan/atau bergantung
kepada bekalan.Pas masuk ialah bukti pembelian tempahan awal produk dalam penerbangan atau perkhidmatan dan mesti ditunjukkan kepada anak kapal dalam pesawat bagi mendapatkan hidangan yang ditempah awal dalam penerbangan. Semua harga dan penjimatan hasil tempahan awal produk dan perkhidmatan dalam penerbangan sah digunakan semasa tempahan dibuat.

5.10

INSURANS PERJALANAN: Oleh kerana penerbangan melibatkan pelbagai risiko, dan liabiliti kami terhadap anda adalah terhad, kami mengesyorkan anda supaya berfikir dengan sebaik-baiknya untuk membeli insurans perjalanan untuk melindungi:

• pertukaran dalam pelan perjalanan dan pembatalan perjalanan

• penundaan, kerosakan atau kehilangan bagasi dan/atau barang peribadi lain

 

Artikel 6
Pendaftaran Masuk dan Keperluan Lain Tentang Pengangkutan
6.1.1 Pendaftaran Masuk, Waktu Akhir dan Syarat: Kaunter Pendaftaran Masuk di buka tiga (3) jam sebelum waktu berlepas penerbangan yang dijadualkan. Kaunter ditutup enam puluh lima (60) minit sebelum waktu berlepas penerbangan yang dijadualkan. Waktu akhir pendaftaran masuk mungkin berbeza di lapangan terbang yang berlainan dan bagi penerbangan yang tertentu. Anda bertanggungjawab untuk memastikan yang anda mematuhi waktu akhir ini yang butirannya boleh didapati semasa anda membuat tempahan. Dalam apa jua keadaan, tanpa menyimpang daripada keluasan /keumuman peruntukan lain dalam Terma & Syarat ini yang mentadbir hal berkaitan hak penolakan pengangkutan , kami memelihara hak untuk tidak membenarkan anda mendaftar masuk tanpa sebarang liabiliti ke atas anda dan tanpa perlu mengembalikan kepada anda sebarang tambang yang telah dibayar:
  • jika anda cuba untuk mendaftar masuk dalam masa enam puluh (60) minit sebelum waktu berlepas penerbangan anda yang dijadualkan itu;
  • jika anda gagal untuk memiliki pengenalan diri yang sewajarnya atau gagal untuk memperkenalkan diri anda kepada kakitangan kami;
  • jika anda gagal untuk memiliki dokumen, permit, visa yang sewajarnya, yang perlu bagi perjalanan ke sesuatu tempat atau negara;
  • jika anda belum membayar tambang atau bayaran-bayaran lain atau caj yang perlu dibayar sepenuhnya kepada kami;
  • jika anda telah bertindak ganas terhadap kakitangan kami atau telah menyebabkan gangguan di kaunter kami atau telah menggunakan kekerasan sama ada secara fizikal atau lisan;
  • jika Kerajaan atau pihak-pihak berkuasa lain melarang anda daripada mendaftar masuk atau menaiki pesawat
  • jika pada pertimbangan kami, anda tidak layak membuat perjalanan kerana mabuk atau kerana apa-apa keadaan kesihatan yang teruk yang ketara ; dan/atau;
  • jika pada pertimbangan kami, dari segi perubatan anda tidak layak untuk membuat perjalanan atau keadaan kesihatan anda menimbulkan bahaya atau boleh menimbulkan bahaya atau ancaman kepada penumpang lain..
**Bagi penerbangan AirAsia yang menuju dan berlepas dari Australia, kaunter daftar-masuk kami akan dibuka 3 jam sebelum masa berlepas dan ditutup 60 minit sebelum penerbangan yang dijadualkan.
6.1.2

Tiada Tempat Duduk: Terdapat kemungkinan ketiadaan tempat duduk  untuk anda dalam penerbangan walaupun tempahan telah dibuat. Ini adalah perkara biasa dalam industri penerbangan iaitu tempahan yang berlebihan. Sekiranya anda tidak boleh menaiki penerbangan  dalam penerbangan antarabangsa yang terlebih tempah, dengan dua syarat iaitu anda mempunyai tempahan yang telah disahkan dan telah mendaftar masuk sebelum masa akhir daftar masuk, kami akan menawarkan pilihan samaada:

  • membawa anda menaiki perkhidmatan penerbangan terawal lain yang telah dijadualkan tanpa sebarang caj tambahan dan sekiranya perlu, menambahkan tempoh sah tempahan; atau

  • sekiranya anda memilih untuk memulakan perjalanan pada masa lain, harga tambang akan dikekalkan dalam akaun kredit anda bagi digunakan dalam perjalanan pada masa akan datang dengan syarat tempahan semula dibuat dalam masa tiga(3) bulan dari  tarikh itu.


Para penumpang yang tidak dapat menaiki penerbangan tanpa kerelaan sendiri boleh memohon ganti rugi seperti yang tertakluk dalam Konvensyen, sekiranya tiada undang-undang yang boleh digunapakai, kami akan membuat aturan alternatif.

Ketidak-sediaan Tempat Duduk: Terdapat kemungkinan tempat duduk tidak tersedia untuk anda dalam penerbangan walaupun penempahan anda telah dipastikan. Ini merupakan amalan umum penempahan berlebihan dalam industri penerbangan. Dalam kejadian ketidak-sediaan tempat duduk, kami boleh atas opsyen kami, sama ada: a. mengangkut anda pada kemungkinan terawal dalam perkhidmatan terjadual kami yang lain di mana ruang tersedia tanpa bayaran tambahan dan, jika diperlukan, memanjangkan tempoh sahlaku penempahan anda; atau b. sekiranya anda memilih untuk terbang pada waktu lain, mengekalkan nilai tambang anda di dalam akaun kredit untuk penerbangan kelak anda dengan syarat anda mesti menempah dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tersebut.

6.1.3

Remedi Tunggal: Kecuali ketika Konvensyen berkenaan dipakai , opsyen yang disenaraikan dalam Artikel 6.1.2 (a) hingga (b) adalah remedi tunggal dan yang eksklusif yang tersedia untuk anda.

6.2

Menaiki Pesawat: Anda mestilah berada di pintu perlepasan/berlepas sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

6.3 Tidak Muncul: Jika anda gagal untuk mendaftar masuk pada waktunya atau gagal menaiki pesawat sehingga pesawat berlepas, tambang yang telah anda bayar tidak akan dikembalikan kepada anda walau apa jua sebab yang diberikan.
6.4

Pematuhan: Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua undang - undang, peraturan, perintah, tuntutan dan kehendak sesebuah negara yang darinya anda diterbangkan, yang ke negara itu anda diterbangkan atau yang melalui ruang udaranya ada melintas terbang dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi Terma & Syarat, notis dan arahan yang kami beri yang berkaitan dengannya. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda dalam apa jua keadaan yang berkaitan dengan usaha mendapatkan dokumen yang diperlukan atau dalam mematuhi undang - undang, peraturan, perintah, tuntutan, notis, kehendak atau arahan yang sedemikian, sama ada diberi secara lisan atau bertulis atau selainnya, atau terhadap akibatnya ke atas anda, kesan daripada kegagalan anda untuk mendapatkan dokumen atau untuk mematuhi undang - undang, peraturan, perintah, tuntutan, notis, kehendak atau arahan tersebut.

6.5

Dokumen Perjalanan: Anda bertanggungjawab untuk mendapatkan dan mestilah memiliki dan hendaklah sentiasa ada pada anda, untuk dikemukakan seperti mana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa yang berkenaan, semua dokumen kemasukan dan keluar negara, dokumen kesihatan, dan dokumen-dokumen lain yang dikehendaki oleh undang - undang, peraturan, perintah, tuntutan atau kehendak sesuatu negara yang darinya anda diterbangkan, yang ke negara itu anda diterbangkan atau yang melalui ruang udaranya anda melintas terbang. Kami memelihara hak untuk tidak mengangkut mana - mana Penumpang yang tidak mematuhi, atau yang dokumennya tampak tidak mematuhi, undang - undang, peraturan, perintah, tuntutan atau kehendak yang berkenaan.

6.6

Nasihat Tentang Dokumen: Semua penumpang yang terbang ke rute antarabangsa mesti memiliki paspot yang sah dengan tempoh sahlaku sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan visa berkenaan yang sah. Penumpang tersebut juga harus memiliki tiket pulang atau perjalanan yang seterusnya.

6.7

Keengganan dibenarkan Masuk: Anda bersetuju untuk membayar tambang yang terpakai dan/atau membayar penalti atau denda, pada bila-bila masa apabila kami, atas arahan mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa imigresen, dikehendaki menghantar anda pulang ke lapangan terbang asal penerbangan anda bermula atau ke mana jua destinasi, lantaran sesebuah negara itu enggan menerima anda masuk ke negara tersebut, sama ada sebagai destinasi persinggahan/transit atau sebagai destinasi anda. Dalam keadaan yang sedemikian, kami tidak akan mengembalikan tambang itu kepada anda.

6.8

Tanggungjawab Penumpang terhadap Denda, Kos Penahanan dan sebagainya: Jika kami dikehendaki membayar atau mendepositkan sebarang denda atau penalti atau untuk menanggung sebarang perbelanjaan yang disebabkan kegagalan anda untuk mematuhi undang - undang, peraturan, perintah, tuntutan atau kehendak-kehendak/syarat-syarat lain penerbangan negara yang darinya anda diterbangkan , yang ke negara itu anda diterbangkan atau yang melalui ruang udaranya anda melintas terbang, atau kerana anda gagal mengemukakan dokumen yang dikehendaki, anda hendaklah membayar ganti apa-apa amaun yang dibayar sedemikian rupa atau perbelanjaan yang tertanggung atau yang perlu bayar sedemikian rupa, kepada kami, apabila anda diminta berbuat demikian. Kami boleh menggunakan nilai apa-apa perbelanjaan pengangkutan yang masih belum anda gunakan, atau sebarang dana yang kena dibayar kepada anda, yang ada dalam milikan kami untuk membiayai bayaran atau perbelanjaan sedemikian.

6.9

Pemeriksaan Keselamatan: Anda hendaklah mematuhi sebarang pemeriksaan keselamatan atau pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Kerajaan atau oleh pegawai lapangan terbang atau yang kami kendalikan.

6.10

Barang yang dialih dari penumpang oleh Pegawai Sekuriti Lapangan Terbang: Kami tidak akan bertanggungjawab atas, atau berliabiliti dalam, barang yang dialih dari anda atau bagasi anda oleh pegawai sekuriti lapangan terbang sebagai tindakan berasaskan peraturan kerajaan atau antarabangsa, sama ada barang tersebut kemudiannya disimpan atau dimusnah oleh pegawai sekuriti lapangan terbang tersebut, atau diserah kepada kami oleh pegawai sekuriti lapangan terbang tersebut.

Artikel 7
Enggan dan Had Mengangkut
7.1 Hak untuk enggan mengangkut: Kami boleh menolak permintaan anda untuk membawa anda atau bagasi anda atas alasan keselamatan atau jika kami, dalam budi bicara kami yang munasabahnya, menentukan bahawa:
  • tindakan yang sedemikian adalah perlu atas alasan keselamatan;
  • tindakan yang sedemikian adalah perlu demi mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan atau perintah yang terpakai bagi mana-mana negeri atau negara yang darinya anda akan diterbangkan, yang ke negeri/negara itu anda akan diterbangkan, atau yang melalui ruang udaranya anda melintas terbang;
  • kelakuan/tindak-tanduk, status, umur atau keadaan mental atau keadaan fizikal anda atau keadaan fizikal bagasi anda itu sedemikian rupa hinggakan ia : (i) perlu kepada bantuan khusus atau (ii) mendatangkan bahaya, ketidakselesaan atau membuatkan anda tidak disenangi oleh penumpang lain atau oleh krew/anak kapal kami atau (iii) membabitkan sesuatu yang berbahaya atau yang mendatangkan risiko kepada diri anda atau kepada orang lain atau kepada harta;
  • anda telah melakukan salah laku sewaktu penerbangan yang lepas dan salah laku tersebut mungkin akan berulang;
  • anda tidak mematuhi atau gagal mematuhi arahan kami;
  • anda enggan mematuhi pemeriksaan keselamatan;
  • bayaran atau caj lain yang dikenakan pada anda tidak dijelaskan;
  • pembayaran tambang anda merupakan suatu penipuan;
  • anda tidak mempunyai dokumen yang lengkap untuk meneruskan perjalanan;
  • Tempahan Tempat Duduk anda telah dibuat secara menipu atau tidak mengikut undang-undang atau telah dibeli daripada orang yang tidak diberi kuasa oleh kami;
  • kad kredit yang anda gunakan bagi tujuan membayar tambang telah dilaporkan hilang atau dicuri;
  • Jadual Perjalanan atau tempahan atau Tiket Elektronik anda itu palsu atau diperoleh secara tipuan;
  • Jadual Perjalanan telah diubah oleh pihak selain kami atau selain ejen berdaftar kami, atau telah rosak (dalam kes sedemikian kami berhak untuk mengambil semula dokumen tersebut); dan/atau
  • n. orang yang mendaftar masuk atau menaiki pesawat itu gagal membuktikan bahawa dia merupakan penumpang yang namanya tertera di dalam Jadual Perjalanan (dan dalam keadaan sedemikian, kami berhak untuk mengambil Jadual Perjalanan yang berkenaan).
7.2

Kanak-kanak Yang Tidak Berteman: Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak akan diterima untuk dibawa melainkan mereka ditemani oleh orang dewasa yang berumur lebih daripada 18 tahun.

7.3

Penumpang kurang upaya/ dalam rawatan perubatan: Demi tujuan keselamatan, setiap penerbangan AirAsia X hanya boleh mengangkut seramai 8 penumpang kurang upaya, yang mana 4 daripadanya direzab untuk penumpang yang tidak berupaya untuk bergerak. Dalam keadaan tertentu kami memerlukan penumpang tersebut untuk terbang bersama seorang teman. Sila rujuk 7.3.1 Terbang bersama seorang teman.

* “mengurangkan mobiliti” merujuk kepada penumpang paraplegik dan quadriplegik.

Penumpang yang berpenyakit atau dalam rawatan perubatan perlu mengemukakan sijil perubatan semasa mendaftar masuk untuk mengesahkan bahawa mereka sihat untuk terbang. Demi keselamatan penumpang lain kami memelihara hak untuk menolak penumpang yang berpenyakit berjangkit atau kronik dari menaiki pesawat.

Penumpang yang memerlukan bantuan khas dan penumpang berpenyakit diminta untuk menghubungi pusat panggilan kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan untuk membuat pengaturan untuk jenis bantuan khas yang diperlukan. Kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan perkhidmatan tersebut tidak tersedia semasa ketibaan anda di lapangan terbang dan anda ditolak dari menaiki pesawat. Atas sebab keperluan kesihatan dan keselamatan, penumpang dengan bantuan khas perlu mendaftar masuk di lapangan terbang.

7.3.1

Perjalanan bersama teman: Kami akan meminta anda berjalan bersama teman sekiranya:-

  • ia penting untuk keselamatan; atau
  • penumpang tidak berupaya melakukan pemindahan dari pesawat; atau
  • penumpang tidak berupaya memahami arahan keselamatan

7.3.2

Tempat Duduk: Kami akan mengatur tempat duduk yang sesuai untuk menempatkan penumpang kurang berupaya bersesuaian dengan undang-undang yang berkenaan. Kami memelihara hak untuk mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, termasuk selepas menaiki pesawat.Ia mungkin diperlukan untuk sebab operasi, keselamatan, peraturan kerajaan, kesihatan atau sekuriti.

7.4

Penumpang Hamil: Adalah menjadi tanggungjawab penumpang yang hamil untuk memberitahu kami tahap kehamilan mereka semasa menempah tempat duduk dan semasa berada di kaunter daftar-masuk. Pengangkutan bagi penumpang hamil adalah tertakluk kepada keadaan berikut:

  • Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): kami akan menerima tanpa perlu ada perakuan doktor tertakluk bahawa penumpang telah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.
  • Kehamilan antara 28 hingga 34 minggu (termasuk): penumpang perlu mengemukakan perakuan doktor mengandungi jumlah minggu kehamilan yang mengesahkan bahawa penumpang itu sihat untuk meneruskan perjalanan yang mana surat perakuan tersebut mesti mempunyai tempoh sah laku tidak lebih dari tujuh (7) hari sebelum tarikh penerbangan yang dijadualkan. Penumpang tersebut juga dikehendaki menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.
  • Kehamilan 35 minggu ke atas: kami akan menolak permintaan untuk membawa penumpang tersebut
7.5

Bayi Berusia Kurang Daripada 8 Hari: Bayi Berusia Kurang Daripada 8 Hari: Kami berhak untuk tidak membawa bayi yang berusia kurang daripada lapan (8) hari. Kami boleh, atas budi bicara kami, membuat keputusan untuk membawa bayi tersebut di dalam pesawat kami jika bayi tersebut telah disanksi/disekat secara bertulis oleh pengamal perubatan dan apabila ibu bapa bayi tersebut menandatangani pernyataan pembatasan liabiliti.

Artikel 8
Bagasi
8.1

Barang Tidak Diterima Sebagai Bagasi Atau Dibawa Dalam Bagasi: Kami berhak untuk menolak permintaan membawa bagasi atau barang yang berkenaan yang di dalamnya dijumpai barang-barang yang berikut:

  • Barang yang tidak disusun dengan rapi di dalam beg pakaian atau bekas bersesuaian yang lain bagi memastikan ia dapat diangkut dengan selamat menggunakan penjagaan dan pengendalian biasa;
  • Barang yang berkemungkinan membahayakan pesawat atau orang atau harta benda di dalam pesawat, seperti yang telah ditentukan dalam Peraturan Barang Berbahaya Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (Dangerous Goods Regulations of the International Civil Aviation Organisation) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (International Air Transport Association) dan di dalam Terma & Syarat dan Kontrak kami.
  • Barang yang dilarang oleh undang-undang, peraturan atau perintah yang terpakai oleh mana-mana negeri atau negara yang darinya anda diterbangkan, yang ke negeri/negara itu anda akan diterbangkan, atau yang melalui ruang udaranya anda melintas terbang;
  • Jika kami secara wajar berpendapat bahawa barang berkenaan tidak sesuai untuk dibawa atas sebab berat, bentuk, saiz, atau ciri-ciri/sifatnya;
  • Barang mudah pecah atau mudah rosak;
  • Binatang, baik yang masih hidup mahupun yang sudah mati;
  • Mayat manusia atau bangkai binatang;
  • Makanan laut yang segar atau yang telah dibekukan atau daging lain kecuali jika barang itu dibawa menaiki pesawat sebagai bagasi tangan dan bahawa kami telah berpuas hati bahawa barang-barang tersebut telah dibungkus dengan rapi;
  • Senjata api dan peluru;
  • Bahan letupan, gas mudah terbakar atau gas yang tidak mudah terbakar (seperti cat aerosol, gas butana, isian pemetik api), gas yang telah disejukkan (seperti silinder akualung' berisi, nitrogen cecair), cecair mudah terbakar (seperti cat, pencair, pelarut), pepejal mudah terbakar (seperti mancis, pemetik api), peroksida organik (seperti resin), racun, bahan berjangkit (seperti virus, bakteria), bahan radioaktif (seperti radium), bahan menghakis (seperti asid, alkali, merkuri, jangka suhu), bahan magnetik, bahan pengoksida (seperti peluntur).
8.2

Barang Mudah Pecah dan Berharga: Penumpang dinasihatkan supaya tidak mendaftar masuk barang yang sedemikian sebagai bagasi. Jika barangan tersebut didaftar masuk sebagai bagasi, penumpang hendaklah bersetuju bahawa apa-apa yang berlaku pada barangan tersebut adalah atas risiko mereka sendiri. Barangan tersebut termasuklah wang, barang kemas, logam berharga, barangan perak, peranti elektronik, komputer, kamera, peralatan video, kertas/dokumen boleh niaga, sekuriti atau barang berharga yang lainnya, paspot dan dokumen pengenalan lain, surat hak milik, artifak, manuskrip dan yang seumpamanya.

8.3

Hak Untuk Memeriksa: Bagi tujuan keselamatan, kami boleh meminta anda untuk menjalani pemeriksaan, sinar-x atau imbasan jenis lain ke atas diri anda atau ke atas bagasi anda. Kami berhak untuk memeriksa bagasi anda sewaktu ketiadaan anda jika anda tidak boleh dihubungi, bagi tujuan menentukan sama ada anda mempunyai atau sama ada bagasi anda mengandungi apa-apa barang yang tidak dibenarkan atau yang dilarang. Jika anda enggan mematuhi pemeriksaan atau pengimbasan tersebut, kami berhak untuk menolak permintaan untuk mengangkut anda dan bagasi anda, tanpa mengembalikan tambang anda dan tanpa sebarang liabiliti lain terhadap anda. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya pemeriksaan atau imbasan itu menyebabkan kecederaan pada diri anda atau kerosakan pada bagasi anda melainkan kecederaan atau kerosakan itu berlaku akibat kesalahan atau kecuaian kami.

8.4

Bagasi Berdaftar: Sebaik sahaja Bagasi yang hendak didaftar itu di diserahkan kepada kami, kami akan menjaga Bagasi tersebut dan akan mengeluarkan Teg Pengenalan Bagasi bagi setiap Bagasi Berdaftar. Bagasi Berdaftar tersebut mestilah mempunyai nama anda atau dilekatkan padanya pengenalan diri yang lain dengan kukuh. Bagasi Berdaftar akan dibawa dalam pesawat yang sama dengan pesawat yang anda naiki kecuali jika kami membuat keputusan, bagi tujuan keselamatan atau tujuan operasi, untuk membawanya dengan menggunakan penerbangan alternatif. Jika Bagasi Berdaftar milik anda itu dibawa menggunakan penerbangan yang berikutnya, kami akan menyerahkan bagasi tersebut kepada anda dalam jangka masa yang berpatutan selepas ketibaan penerbangan itu melainkan jika undang-undang yang terpakai menghendaki supaya anda hadir sewaktu mendapatkan kelulusan pihak kastam.

8.5

Yuran Bagasi Berdaftar: Yuran bagasi dikenakan untuk pengangkutan Bagasi Berdaftar. Penumpang boleh mendaftar masuk sebanyak 15kg bagasi berdaftar dengan bayaran pada kadar diskaun sekiranya ia dibeli semasa penempahan atau pada kadar penuh di kaunter daftar masuk lapangan terbang. Penumpang boleh membeli bagasi berdaftar tambahan semasa penempahan dalam penambahan 5kg. Penumpang yang mendaftar masuk bagasi yang melebihi 15kg atau jumlah yang dibeli semasa penempahan akan dikenakan bayaran pada unit setiap kg di kaunter daftar masuk lapangan terbang. Sila rujuk kepada Jadual Bayarankami untuk maklumat semua kadar bayaran.

Kereta bayi, kerusi roda manual, alat pergerakan dan alat membantu jalan adalah diangkut secara percuma. Tiada elaun bagasi untuk bayi, namun sebuah kereta bayi akan diangkut secara percuma.

Penumpang tidak boleh mengguna kuota Bagasi Berdaftar yang tidak diguna oleh penumpang lain.

Atas sebab kesihatan dan keselamatan syarikat penerbangan tidak menerima sebarang item individu yang melebihi berat 32 kg dan dengan kombinasi dimensi yang melebihi 81sm tinggi, 119sm lebar dan 119sm dalam. Batasan had berat ini tidak laku untuk alat-alat mudah alih.

Alat sukan termasuk tetapi tidak terhad kepada batang memancing yang besar, set golf, basikal, peralatan pedang, papan luncur, papan badan, padan ski dan alat musik yang besar termasuk tetapi tidak terhad kepada hap, bes kembar, gitar dan gendang adalah tidak sesuai untuk diangkut oleh syarikat penerbangan yang beroperasi dengan masa pemutaran yang pantas seperti AirAsia X. Walau bagaimanapun barang-barang ini boleh diangkut dalam penjagaan pesawat semasa pembayaran dibuat, sila rujuk kepada Jadual Bayaran.

Alat musik yang kecil seperti gitar, selo, biola yang melebihi dimensi bagasi kabin dengan syarat ia tidak lebih dari 75 kg boleh dibawa ke dalam kabin sekiranya tempat duduk untuk meletakkannya telah direzab dengan membayar tambang yang berkenaan. Tiada elaun bagasi berhubung dengan pembelian tempat duduk ekstra ini.

8.6

Bagasi Tidak Berdaftar: Penumpang (kecuali bayi) dibenarkan untuk bagasi berikut: Cuma satu (1) bagasi sahaja yang dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat dengan syarat ia tidak melebihi dimensi 56sm X 36sm X 23sm dan dengan syarat ia tidak melebihi berat 7kg. Bagasi tersebut mesti muat untuk diletakkan di bawah tempat duduk di hadapan anda atau di dalam ruang menyimpan tertutup di dalam kabin. Barang yang telah kami tentukan sebagai terlalu berat atau terlalu besar atau yang menjijikkan sifatnya tidak akan dibenarkan dibawa di dalam pesawat.

Tertakluk kepada peraturan dan undang-undang tempatan yang berkenaan, penumpang boleh membawa cecair ke dalam pesawat dalam bagasi tangan sekiranya mereka memenuhi keperluan yang berikut:


  1. Cecair tersebut diisi di dalam bekas dengan kandungan maksimum 100ml
  2. Bahawa semua bekas cecair yang memenuhi kandungan maksimum 100ml setiap satu boleh dimuat di dalam satu beg plastik 1 liter yang lutsinar dan boleh ditutup dengan elok.
Beg plastik tersebut harus ditunjuk secara berasingan semasa pemeriksaan. Anda mungkin diminta untuk membuang cecair yang tidak memenuhi permintaan di atas
8.7

Batasan Berat Pesawat: Jika Syarikat Penerbangan berpendapat bahawa batasan berat pesawat atau kapasiti tempat duduk mungkin melebihi daripada yang dibenarkan, Syarikat Penerbangan akan membuat keputusan, atas budi-bicara mereka dan tertakluk kepada provisi Artikel 8.4 Terma dan Syarat ini dan mana-mana undang-undang tempatan yang berkenaan, penumpang dan artikel mana yang akan dibawa.

8.8 Pungutan dan Penyerahan Bagasi: Anda harus mengambil/memungut Bagasi anda sebaik sahaja ia boleh diambil/dipungut di lokasi destinasi. Kami boleh, jika anda tidak mengambilnya dalam waktu yang sewajarnya dan bagasi tersebut perlu disimpan di premis kami, mengenakan yuran penyimpanan. Jika Bagasi Berdaftar itu tidak dituntut dalam masa tiga (3) bulan dari masa ia boleh diambil, kami boleh membuangnya tanpa berkeliabilitian kepada anda. Hanya pemegang Teg Pengenalan Bagasi semasa bagasi berkenaan diperiksa berhak untuk menerima penyerahan Bagasi berkenaan. Jika orang yang menuntut Bagasi berkenaan tidak dapat mengemukakan Teg Pengenalan Diri bagi tujuan pengenalan Bagasi tersebut, kami akan menyerahkan Bagasi berkenaan kepada orang itu hanya dengan syarat bahawa orang itu telah membuktikan dan kami berpuas hati dengan bukti berkenaan bahawa orang itu berhak menerima Bagasi berkenaan, dan jika kami mengehendakinya, , orang tersebut perlulah menyediakan cagaran yang mencukupi untuk menanggung rugi kami terhadap sebarang kehilangan/kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang kami mungkin tanggung akibat tindakan kami menyerahkan Bagasi berkenaan kepada beliau.. Tindakan pemegang Teg Pengenalan Bagasi menerima Bagasi berkenaan tanpa sebarang aduan pada waktu Bagasi tersebut diserahkan kepadanya merupakan bukti prima facie bahawa Bagasi tersebut telah diserahkan dalam keadaan baik dan selaras dengan kontrak pengangkutan antara kita.
8.9 Sekiranya Anda Memungut Beg yang Salah: Sekiranya anda memungut beg yang salah atau bagasi lain dari radas berputar bagasi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengembalikan beg atau bagasi tersebut atas kos sendiri kepada pegawai tuntutan bagasi atau pengurus lapangan terbang di lapangan terbang yang mana anda menuntutnya.
Artikel 9
Jadual dan Pembatalan
9.1 Jadual: Kami akan menggunakan segala usaha bagi mengelak daripada berlakunya kelewatan dalam membawa anda dan bagasi anda. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk patuh pada jadual yang telah disiarkan/diterbitkan pada tarikh perjalanan. Bagaimanapun masa yang tertera pada jadual waktu, jadual atau di mana jua, boleh diubah /dipinda pada bila - bila masa dan dari semasa ke semasa, dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh penumpang akibat perubahan tersebut.
9.2 Pembatalan, Perubahan Jadual: Pada bila-bila masa selepas tempahan dibuat, kami boleh menukar jadual kami dan/atau membatalkan, menamatkan, mengubah haluan, menunda, membuat penjadualan semula atau melambatkan sebarang penerbangan jika kami secara yang munasabahnya berpendapat bahawa tindakan ini adalah wajar kerana berlakunya keadaan yang di luar kawalan kami atau bagi tujuan keselamatan atau bagi tujuan komersial. Jika penerbangan dibatalkan kerana sebab-sebab itu, kami boleh, atas pilihan kami, sama ada:
  • membawa anda, seberapa awal yang boleh, di dalam pesawat kami yang lain yang telah dijadualkan yang di dalamnya terdapat kekosongan, tanpa sebarang caj tambahan, dan, jika perlu, melanjutkan tempoh sah tempahan anda itu; atau
  • jika anda memilih untuk meneruskan perjalanan pada waktu lain, nilai tambang anda akan disimpan dalam akaun kredit bagi penerbangan anda pada masa hadapan dengan syarat anda mesti membuat penempahan semula dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh perjalanan asal.
  • menawarkan pemulangan wang sekiranya kami tidak dapat membawa anda dari/ke destinasi anda dalam tempoh 48 jam dari waktu perlepasan asal yang dijadualkan.
9.3 Remedi Tunggal: Kecuali ketika Konvensyen berkenaan dipakai, opsyen yang disenaraikan dalam Perkara 9.2 (a), (b) dan (c) adalah remedi tunggal dan yang eksklusif yang tersedia untuk anda
Artikel 10
Kelakuan Di Dalam Pesawat
10.1

Jika dalam budi bicara kami yang munasabah berpendapat bahawa kelakuan anda semasa di dalam pesawat boleh membahayakan pesawat atau sesiapa atau harta benda di dalam pesawat, atau boleh menghalang atau mengganggu krew dalam menjalankan tugas mereka, atau gagal untuk mematuhi sebarang arahan krew termasuklah tetapi tidak terbatas kepada perbuatan yang berkaitan dengan merokok, alkohol, penggunaan telefon selular, atau penggunaan sebarang perkataan yang berunsur ugutan, bahasa kesat atau hinaan terhadap krew atau berkelakuan yang menyebabkan ketidakselesaan, kesulitan, kerosakan atau kecederaan pada penumpang lain atau krew, kami boleh mengambil langkah-langkah tertentu sebagaimana yang kami fikirkan perlu untuk mengelak berulangnya kelakuan yang sedemikian, termasuklah dengan cara menghalang. Anda boleh diarahkan keluar dari pesawat dan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan anda ke mana-mana lokasi dan boleh didakwa kerana kesalahan yang dilakukan semasa berada di dalam pesawat berkenaan.

10.2

Jika akibat kelakuan anda itu maka kami membuat keputusan, dalam menjalankan budi bicara kami secara yang munasabah, untuk mengubah haluan perjalanan pesawat bagi tujuan menurunkan anda, maka dalam hal itu anda bertanggungjawab terhadap semua kos yang kami tanggung, walau apa pun jenisnya, akibat atau yang timbul daripada perubahan haluan yang dibuat itu.

10.3 Bagi tujuan keselamatan, kami boleh melarang atau membatasi penggunaan peralatan elektronik di dalam pesawat termasuklah tetapi tidak terbatas kepada, telefon selular, komputer riba, perakam mudah alih, radio mudah alih, pemain cakera padat, permainan elektronik atau peranti pancaran termasuklah permainan kawalan radio dan alat walkie-talkie. Pengendalian alat bantuan pendengaran dan pengatur denyut jantung adalah dibenarkan.
10.4

Penumpang tidak dibenarkan untuk memakan makanan sendiri di dalam pesawat. Merokok tidak dibenarkan di dalam mana-mana penerbangan kami.

Artikel 11
Batasan Liabiliti
11.1 Notis Konvensyen Warsaw, Montreal: Sekiranya perjalanan  penumpang melibatkan destinasi terakhir atau berhenti dalam negara lain selain negara berlepas, Konvensyen Warsaw, Konvensyen Montreal 1999 dan Konvensyen lain yang boleh dipakai atau undang-undang tempatan yang berkaitan mungkin digunakan dan dalam kebanyakan kes, Konvensyen Warsaw, Konvensyen Montreal 1999 dan Konvensyen lain boleh menghadkan liabiliti syarikat penerbangan bagi kematian atau kecederaan peribadi dan juga bagi kehilangan atau kerosakan bagasi.
11.2 Notis Had Liabiliti Bagasi: Liabiliti bagi kehilangan, kelewatan atau kerosakan bagasi adalah terbatas melainkan jika nilai yang lebih tinggi disytiharkan terlebih dahulu dan caj tambahan telah dibayar. Liabiliti bagi perjalanan domestik dan liabiliti bagi perjalanan antarabangsa berbeza mengikut undang-undang masing-masing.
11.3 Sekiranya Konvensyen Warsaw Tidak Dipakai: Apabila barangan anda yang dibawa tidak tertakluk kepada peraturan liabiliti Konvensyen Warsaw, peraturan yang berikut akan dipakai:
  • Sebarang liabiliti bagi kerosakan akan dikurangkan akibat kecuaian anda yang menyebabkan atau menyumbang kepada kerosakan menurut undang-undang yang dipakai
  • Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap Bagasi Berdaftar dan Bagasi Tidak Berdaftar melainkan jika kerosakan itu disebabkan oleh kecuaian pihak kami dan Bagasi tersebut berada dalam kawalan atau jagaan kami.
  • c. Kecuali dalam hal sesuatu perbuatan atau ketertinggalan yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan Kerosakan atau secara melulu dan mengetahui bahawa Kerosakan itu akan terjadi, liabiliti kami bagi kes Kerosakan pada Bagasi Berdaftar adalah terbatas kepada kadar seperti yang terdapat di Jadual Bayaran. Jika berat Bagasi tidak direkodkan pada Teg Pengenalan Bagasi, maka jumlah berat Bagasi Berdaftar itu dianggap tidak melebihi peruntukan Bagasi percuma yang terpakai bagi kelas barangan yang dibawa. Jika dalam kes Bagasi Berdaftar dan nilai yang lebih tinggi telah diisytiharkan secara bertulis berikutan perkhidmatan penilaian lebihan, liabiliti kami terhad hanya ke atas nilai yang telah diumumkan itu sahaja.
  • Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku akibat pematuhan terhadap undang-undang yang terpakai atau peraturan Kerajaan atau ekoran kegagalan anda untuk mematuhi perkara yang sama.
  • Kecuali apabila terdapat peruntukan khas yang lain yang dibuat di dalam Terma & Syarat ini, kami hanya akan bertanggungjawab kepada anda bagi kerosakan pampasan yang boleh didapat semula bagi kehilangan dan kos yang terbukti menurut undang-undang yang terpakai.
  • Kami tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berpunca daripada Bagasi anda. Anda bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan yang berpunca daripada Bagasi anda terhadap orang atau harta lain, termasuklah harta kami.
  • Kami tidak mempunyai liabiliti terhadap sebarang kerosakan pada benda atau barangan yang tidak dibenarkan berada di dalam Bagasi Berdaftar dan Bagasi Tidak Berdaftar termasuk tetapi tidak terbatas kepada barang mudah pecah dan yang tidak tahan lama, barang yang mempunyai nilai istimewa seperti wang, barang kemas, logam berharga, komputer, peranti elektronik peribadi, kertas boleh niaga, sekuriti, atau barangan bernilai yang lain, dokumen perniagaan, paspot dan dokumen pengenalan lain, surat hak milik atau sampel.
  • Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penyakit/kesakitan , atau ketidakupayaan, termasuk kematian yang disebabkan oleh keadaan fizikal anda atau kerana kemerosotan keadaan yang dinyatakan.
  • Kontrak pengangkutan termasuk Terma & Syarat ini dan pengecualian atau had liabiliti, terpakai untuk ejen berdaftar, pembantu, pekerja dan wakil kami meliputi tahap yang sama seperti yang terpakai kepada kami. Jumlah yang boleh didapat semula daripada kami dan daripada ejen berdaftar, pembantu, pekerja dan wakil yang berkenaan tidak boleh melebihi amaun liabiliti anda, jika ada.
  • Tidak ada apa-apa pun di dalam Terma & Syarat Kontrak ini mengecualikan atau membatasi sebarang liabiliti kami di bawah Konvensyen Warsaw atau sebarang Konvensyen lain yang terpakai atau undang-undang yang terpakai kecuali dinyatakan oleh kami .
Artikel 12
Had Masa Ke atas Tuntutan dan Tindakan
12.1

Notis Tuntutan: Penerimaan Bagasi oleh pemegang Teg Pengenalan Bagasi tanpa sebarang rungutan/aduan pada waktu Bagasi itu diserahkan merupakan bukti yang memuaskan bahawa Bagasi berkenaan telah dihantar-serah dalam keadaan baik dan menurut Kontrak Pengangkutan, kecuali anda membuktikan perkara yang sebaliknya. Jika anda ingin memfailkan tuntutan atau tindakan berkenaan Kerosakan pada atas Bagasi Berdaftar, anda mesti memberitahu kami sebaik sahaja anda mengetahui Kerosakan tersebut, dan selewat-lewatnya dalam masa tujuh (7) hari dari masa anda menerima Bagasi itu. Jika anda ingin memfailkan tuntutan atau tindakan berkenaan kelewatan Bagasi Berdaftar, anda mesti memberitahu kami dalam masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh Bagasi anda tersedia kepada anda. Setiap pemberitahuan yang sedemikian mestilah dibuat secara bertulis dan dipos atau dihantar kepada kami dalam masa yang disebutkan di atas.

12.2

Had Tindakan: Sebarang hak ke atas Kerosakan akan terhapus jika tiada tindakan dibuat terhadap kami dalam masa dua (2) tahun dari tarikh ketibaan di destinasi, atau dari tarikh pesawat dijadualkan tiba, atau tarikh pengangkutan tersebut dihentikan. Cara pengiraan had masa hendaklah ditentukan oleh undang-undang mahkamah di mana kes ini didengar.

Artikel 13
Pengubahsuaian dan Pengecualian
13.1 Tidak seorang pun daripada ejen, pekerja atau wakil kami berkuasa untuk meminda, mengubah suai atau mengecualikan mana-mana peruntukan di dalam Terma & Syarat ini.