Bersedia untuk terbang Jarak jauh dengan kami? Anda akan terpesona serta tertarik dengan filem-filem terbaru, rancangan TV, muzik dan permainan dibawakan kepada anda oleh Xcite, sistem hiburan penerbangan eksklusif kami.
Cukup dengan menyentuh skrin untuk mendapat serta melayari visual menarik dan menikmati rancangan utama yang berkualiti mengikut kemahuan dan kawalan anda. Anda boleh berada atau mengikuti rancangan pilihan anda sepanjang penerbangan dengan peta laluan perjalanan boleh didapati secara percuma. Ketika anda kebosanan dan memerlukan aktiviti bersosial, cari dan gunakan perkhidmatan pesanan dari tempat duduk anda dan anda terus dihiburkan disepanjang perjalanan.
Filem: Pilihan tayangan filem daripada komedi, drama, kekeluargaan, aksi atau antarabangsa.
Rancangan TV: Teruskan bersama menonton rancangan Tv kegemaran anda walaupun anda berada di aras ketinggian 30,000 kaki di udara! Senarai Program yang meluas seperti Dokumentari, komedi, drama dan gayahidup.
Muzik: Dengari variasi muzik dari pop, jazz, rock dan jenis-jenis muzik yang lain apabila anda berada di dalam penerbangan kami.
Permainan: Cabar diri anda dengan permainan yang menyeronokkan seperi Black Jack, Sodoku, Animal Factory dan banyak lagi. Permainan yang penuh keseronokkan dari jam ke jam yang mengujakan.
Untuk kadar hanya RM 30, anda boleh menikmati masa yang dilalui dengan hiburan yang menyeronokkan. Anda juga boleh membeli hiburan dalam penerbangan ini didalam pesawat disepanjang perjalanan. Sila minta bantuan daripada krew kabin sekiranya anda menginginkan perkhidmatan ini. Kami menerima wang tunai dan kad kredit pada semua penerbangan kami.
* Xcite hanya boleh didapati pada pesawat Airbus A330-300 baru kami. Di kesemua pesawat, kami hanya memiliki sejumlah portabel ePlayers untuk sewa yang mana menawarkan filem-filem terbaru, rancangan TV, muzik dan permainan. Tertakluk kepada terma dan syarat.