14 August 2004
Source: -
Awie & Wings terus Hebat!
KALI terakhir penulis menonton persembahan 'live' Awie dan Wings ketika mereka tampil dengan persembahan mantap di salah sebuah kelab terkemuka Ibu kota tahun lalu. Umpahan peminat yang membanjiri segenap ruang di kelab tersebut membuktikan betapa besar dan hebatnya pengaruh, kemampuan dan nilai legenda yang dimiliki Awie dan Wings. Persembahan sempena 'reunion' mereka membuktikan usia dan pengalaman yang ditimba sekian lama mengabdikan diri dengan muzik tidak pernah suram, lerencat dan lemah meskipun setiap anggota Wings kini dihambat dengan usia yang semakin hari semakin meningkat
Bersama-sama dengan Awie & Wings, krew Awie Entertainment dan seorang rakan wartawan kategori 'O'tai' (old timer) daripada sebuah akhbar tabloid bernama tempatan. kami diterbangkan khas oleh penganjur konsert Awie & Wings, Mid East Entertainment menggunakan penerbangan rasmi AirAsia ke Sabah untuk merasai gegaran yang sama, konsert 'live' Awie & Wings di Dewan Kemasyarakatan Tawau. Sabah .
Nyata, aksi dan kehebatan yang sama sekali lagi dirasai penulis bila berpeluang bersama band ternama ini untuk menyaksikan sekali Iagi mereka beraksi 'live' di hadapan jumlah penonton yang lebih besar dan lokasi persembahan yang lebih selesa dan luas. Kapasiti dewan yang mampu memuatkan jumlah penonton seramai lima ribu orang dalam sat u-satu masa nampak sesak pada malam it u. Apa yang penulis difahamkan oleh pihak penganjur yang tersenyum puas, jumlah kehadiran penonton untuk konsert tersebut adalah memuaskan dan setelah dihitung-hitung hasil jualan tiket yang hanya berharga RM10, jumlah penonton adalah menjangkau empat ribu orang. Jumlah yang menarik dan hebat walaupun pada malam konsert tersebut, sesetengah peminat Wings mula keliru sama ada mahu menikmati kehebatan lagu-lagu nostalgik band terse but Walaupun tidak bergerak di hadapan kaca t elevisyen untuk menonton rancangan realiti ini popular, Akademi fantasia (AF). Meskipun deman sms menyokong Mas, salah seorang peserta AF yang juga anak ternpatan Tawau melanda Bandar tersebut. tempias epanasinya masih terkawal.
Menyedari kesetiaan peminat mereka, Awie dan Wings nyata tidak mengecewakan. Berbekalkan sistem penataan cahaya dan bunyi yang dibawa khas oleh Pro Sound. Kota Kinabalu. Sabah . dewan tersebut bergegar dengan sorakan. tepukan dan aksi 'live' penonton yang seolah menikmati kepuasan maksimum dengan persembahan bertenaga Awie & Wings.
Bermula dengan aksi penonton muda yang 'happening' berdekatan pentas dengan kategori penonton yang boleh anggap pakcik dan makcik di tempat duduk grand stand yang lebih selesa. 6 buah lagu yang dipetik daripada koleksi album terdahulu dan terbaru Awie dan Wings, mereka tens setia dan enjoy menikmati konsert.
Durasi masa konsert yang mencecah 2 jam 30 minit itu terus terus hidup dengan aksi bertenaga Awie, Joe, Eddie dan Black rnempersembahkan lagu-lagu seperti Satelit Puaka, Ranggi Metropolis, Sejati, Biarkan Berlalu. Midnight Blues dan beberapa lagu hebat mereka yang tain mendaminasi malam hebat untuk peminat di Tawau. ruang di pentas yang besar itu digunakan sepenuhnya oleh Awie dengan aksi seagresif mungkin selain daripada menggunakan ru ang tersebut untuk berkomunikasi dengan penonton menerusi bahasa badannya.
Pengalaman dan kehebatan ketika beraksi di pentas ilulah yang menjadi nadi kepada suas ana meriah konsert mereka. Biarpun harga tiket konsert tersebut adalah yang t ermurah setakat ini, Awie dan Wings tidak tokek untuk memberi lebih dari segi persembahan dan lagu-lagu yang dinyanyikan tetapi mahu peminat di Tawau yang berbelanja RM10 untuk menonton konsert rnereka bukan setakat merasa bcrbaloi malah yakin odisi persembahan Awie & Wings di Tawau Sabah adalah satu kebanggaan yang sukar luput dalam ingatan mereka.
Sebagai penonton seperti mereka, penulis ucapkan tahniah dan mengangkat tangan memberi tabik kepada Awie & Wings kerana persembahan yang menghiburkan meskipun sedikit dicemari dengan mutu bunyi vokal Awie yang sesekali timbul tenggelam.
RTM & Pejabat AirAsia Tawau Persinggahan Awal
Jam 12.40 tengahari Tawau, Sabah menerima kehadiran kami. Dari situ, rombongan kami di bawa menaiki tiga jenis kenderaan rasmi (Toyota Land Cruiser, MErcedes Benz dan Toyota Estima) Konsert Legenda Awie & Wings meluncur laju ke destinasi pertama, Radio Malaysia Tawau
Rancangan tajaan sebahagian daripada r angka promosi konsert berlangsung secara 'live' diudara Tawau selama sejam dengan Awie ?, Wings diberi kesempatan untuk memberi input dan juga perkembangan l anjut konsert mereka di samping beramah mesra dengan peminat mereka menerusi corong radio bersama beberapa soalan kuiz yang menawarkan hadiah istimewa kepada pemenangnya.
Tamat di RTM Tawau, rombongan kami di bawa ke Pejabat AirAsia Tawau untuk sesi beramah mesra Awie & Wings bersama peminat-perninat mereka. Di sebabkan kesuntukan masa dan juga masing-masing mula di belenggu kepenatan. Awie & Wings menghabiskan masa hampir 30 minit melayan peminat-peminat mereka.
Sebelah malamnya, hidangan "seafood" rnenjadi menu utama mengisi perut sambil beramah mesra dengan penganjur, Mid East Entertainment yang kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar kenangan di samping kakitangan restoran makan laut terkenal di Tawau. Cowey Bay Seafood Restaurant.
Sebelum konsert sebenar berlangsung, MH berkesempatan bersama Awie & Wings ke sesi 'sound check' yang tanpa disangka turut dilimpahi peminat-peminat yang m engambil kesempatan tersebut bergambar dengan artis pujaan mereka.
walaupun awalnya Awie & Wings tidak mahukan gangguan daripada peminat. mereka akhirnya akur apabila seorang demi seorang peminat mula menyelinap masuK ke dalam dewan untuk menyaksikan secara dekat aksi-aksi idola mereka itu.
Selsai sahaja sesi 'sound check' langkah Awie dan Wings pulang ke hotel penginapan tersekat dengan kerenah peminat yang tidak mahu terlepas peluang bergambar kenangan dan juga mendapatkan tandatangan mereka. Hampir 10 minit menghabiskan masa bersama peminat-peminat, penulis menemani Awie ke salah sebuah gimnasium di bandar Tawau. sementara Eddie, Joe dan Black mengisi perut di salah sebuah gerai sate popular di Tawau iaitu Gerai Sate Mas AF. 'Happening' kata mereka!