Meninggalkan pesawat secara sukarela AirAsia India

Penumpang boleh meminta untuk meninggalkan pesawat secara sukarela selepas menaiki pesawat dan sebelum pintu pesawat ditutup hanya sekiranya berlaku keadaan yang tidak diduga seperti kecemasan perubatan atau kematian ahli keluarga atau disebabkan oleh apa-apa alasan lain yang tidak dikelaskan sebagai kecemasan. Setiap penumpang yang meninggalkan pesawat secara sukarela, sebaik sahaja meninggalkan pesawat, boleh dikenakan bayaran meninggalkan pesawat secara sukarela, sila rujuk jadual bayaran. Walau bagaimanapun, caj meninggalkan pesawat secara sukarela tidak akan dikenakan sekiranya berlaku kecemasan perubatan, jika ia disahkan dalam sijil perubatan yang dikeluarkan oleh doktor di pusat perubatan lapangan terbang. Penumpang yang meninggalkan pesawat secara sukarela tersebut akan diberikan bayaran balik sekiranya beliau (meninggalkan pesawat secara sukarela disebabkan oleh kematian ahli keluarga) memberikan sijil kematian dalam tempoh 7 (tujuh) hari dari tarikh penerbangan yang berkenaan. Penumpang yang meninggalkan pesawat secara sukarela disebabkan oleh kes keadaan perubatan atau kematian ahli keluarga yang dapat dibuktikan (seperti yang dinyatakan di atas) dibenarkan untuk menjadualkan semula penerbangan mereka dalam tempoh 7 hari.

AirAsia akan membatalkan tiket dan apa-apa pengangkutan seterusnya (sama ada yang di bawah satu atau beberapa PNR) tanpa memberikan bayaran balik kepada penumpang yang memilih untuk meninggalkan pesawat secara sukarela disebabkan oleh alasan selain daripada kes keadaan perubatan atau kematian ahli keluarga yang dapat dibuktikan. AirAsia juga berhak untuk untuk mendapatkan semula daripada setiap penumpang tersebut, apa-apa dan semua kos langsung atau berturutan yang kami tanggung akibat daripada atau yang timbul daripada operasi yang terganggu, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kelewatan penerbangan, memunggah keluar bagasi atau terlepas penerbangan sambungan. Penumpang tersebut juga bertanggungjawab untuk menanggung rugi AirAsia terhadap semua tuntutan yang mungkin dikemukan kepada AirAsia daripada mana-mana pihak ketiga termasuk penumpang lain disebabkan oleh operasi yang terganggu tersebut.