Rancangan Perkhidmatan Pelanggan dan Luar Jangka

Sekiranya kami membatalkan, mengubah haluan atau melewatkan penerbangan, kami “AirAsia” akan, sedaya upaya kami menawarkan pemulihan perkhidmatan berikut:

Pemberitahuan mengenai Kelewatan, Pembatalan dan Pengubahan Haluan Diketahui

Kami akan mengemas kini paparan status penerbangan kami dan sumber maklumat penerbangan lain yang di bawah kawalan kami, dan menyediakan yang sama kepada lapangan terbang supaya mereka boleh mengemas kini paparan status penerbangan mereka.
Pada bila-bila masa apabila mungkin, Kami akan mengambil langkah munasabah untuk menghubungi tetamu lebih awal melalui nombor telefon yang terdapat dalam rekod tempahan anda. Sekiranya anda telah menempah penerbangan kami melalui ejen pelancongan dan kami tidak mempunyai maklumat untuk menghubungi anda secara terus, sokongan pelanggan kami akan cuba untuk menghubungi ejen pelancongan tersebut. Oleh itu kami menggalakkan anda untuk memberikan kami nombor telefon dan alamat e-mel yang sah supaya kami boleh menghantar pemberitahuan e-mel atau kemas kini SMS apabila perlu.
Sekiranya berlaku konflik antara Terma dan syarat semasa kami dan Pelan Pemulihan Perkhidmatan ini, Pelan Pemulihan Perkhidmatan ini hendaklah diguna pakai melainkan dinyatakan sebaliknya dengan jelas dalam dokumen kemas kini.

Penundaan Penerbangan

Gangguan Tidak Dirancang - penundaan di landasan terbang (penumpang berada di dalam pesawat)

Tetamu akan dimaklumkan dengan segera sebaik sahaja gangguan diketahui dan akan dimaklumkan setiap tiga puluh (30) minit sesudah itu sekiranya berlaku penundaan berterusan. Pemberitahuan mungkin disediakan di kawasan kaunter daftar masuk dan pintu masuk pesawat jika gangguan sedemikian telah diketahui apabila tetamu tiba.

Kelewatan sedemikian akan dimaklumkan menerusi paparan penerbangan yang berada di bawah kawalan AirAsia dan/atau lapangan terbang dalam masa tiga puluh (30) minit selepas kami mengetahui mengenai kelewatan, pembatalan atau pengubahan haluan selama tiga puluh (30) minit atau lebih.

Kami akan memaklumkan kepada tetamu kami setiap tiga puluh (30) minit mengenai status kelewatan landasan terbang sedemikian, termasuk punca kelewatan, jika diketahui.

Kami akan menyediakan kemudahan tandas yang mencukupi, serta rawatan perubatan yang mencukupi sekiranya perlu, ketika pesawat kami masih berada di landasan terbang, kecuali jika juruterbang bertugas memutuskan bahawa faktor keselamatan atau perlindungan menghalang perkhidmatan sedemikian.

Kami akan menyediakan hidangan atau hidangan ringan dan air minum yang mencukupi, setelah melebihi dua (2) jam selepas pesawat kami meninggalkan pintu masuk (dalam kes perlepasan) atau mendarat (dalam kes ketibaan) jika pesawat kami masih berada di landasan terbang, kecuali jika juruterbang bertugas memutuskan bahawa faktor keselamatan atau perlindungan menghalang perkhidmatan sedemikian.

Jika tetamu telah berada di dalam pesawat, tetapi waktu berlepas tidak dapat disahkan dan penerbangan dilewatkan melebihi tiga (3) jam, kami akan mengaturkan supaya tetamu meninggalkan pesawat kecuali jika juruterbang bertugas atau stesen utama memutuskan bahawa faktor keselamatan, perlindungan dan operasi menghalang perkhidmatan sedemikian.

Sekiranya kelewatan adalah melebihi tiga (3) jam, tetamu akan disediakan dengan pilihan berikut:

  1. membawa anda seberapa awal yang boleh untuk menaiki penerbangan kami yang lain yang dijadualkan sekiranya terdapat kekosongan tanpa caj tambahan dan, jika perlu, melanjutkan tempoh kesahan tempahan anda; atau
  2. sekiranya anda memilih untuk membuat perjalanan pada masa lain, mengekalkan nilai tambang anda dalam akaun kredit anda untuk perjalanan pada masa akan datang dengan syarat anda mesti menempah semula dalam masa sembilan puluh (90) hari dari tarikh tersebut, atau
  3. membayar balik nilai tersebut dengan cara memasukkannya ke dalam akaun bank atau kad kredit mahupun kad debit anda jika anda memilih untuk tidak meneruskan perjalanan anda disebabkan oleh pembatalan dan/atau penjadualan semula penerbangan yang berlaku tiga (3) jam atau lebih sebelum atau selepas waktu berlepas asal yang dijadualkan. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, tiada pembayaran balik akan dilakukan apabila penerbangan dilewatkan, dibatalkan dan/atau dijadualkan semula di lapangan terbang pada hari pelepasan dalam keadaan anda masih belum disahkan sebagai penumpang bagi penerbangan tersebut.

Penjadualan semula dan Pembatalan Penerbangan

Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan kelewatan semasa membawa tetamu. Kami akan berusaha untuk mematuhi jadual sebenar yang telah diterbitkan. Walaupun begitu, wakyu yang dipaparkan dalam jadual penerbangan masih tertakluk pada perubahan atas pelbagai sebab.

Sekiranya kami perlu menjadualkan semula atau membatalkan penerbangan disebabkan oleh keadaan yang berada di luar kawalan kami, seperti cuaca, insiden tidak dijangka, kawalan trafik udara, tetamu penting atau apa-apa sebab bukan berkaitan pengangkutan lain, kami akan membantu menguruskan hidangan dan hotel untuk tetamu. Semua kos hendaklah ditanggung oleh tetamu.

Sekiranya kami perlu menjadualkan semula atau membatalkan penerbangan disebabkan oleh keadaan yang berada di bawah kawalan kami, seperti penyelenggaraan pesawat, pengaturan/perubahan penerbangan, penggiliran pesawat, anak kapal, kami akan menyediakan hidangan atau hidangan ringan dan air minum yang mencukupi, apabila penerbangan lewat melebihi dua (2) jam; dan menawarkan hotel apabila penerbangan lewat melebihi enam (6) jam, kecuali jika juruterbang bertugas memutuskan bahawa faktor keselamatan atau perlindungan menghalang perkhidmatan sedemikian.

Sekiranya kelewatan adalah melebihi tiga (3) jam, tetamu akan disediakan dengan pilihan berikut:

  1. membawa anda seberapa awal yang boleh untuk menaiki penerbangan kami yang lain yang dijadualkan sekiranya terdapat kekosongan tanpa caj tambahan dan, jika perlu, melanjutkan tempoh kesahan tempahan anda; atau
  2. sekiranya anda memilih untuk membuat perjalanan pada masa lain, mengekalkan nilai tambang anda dalam akaun kredit anda untuk perjalanan pada masa akan datang dengan syarat anda mesti menempah semula dalam masa sembilan puluh (90) hari, atau
  3. membayar balik nilai tersebut dengan cara memasukkannya ke dalam akaun bank atau kad kredit mahupun kad debit anda jika anda memilih untuk tidak meneruskan perjalanan anda disebabkan oleh pembatalan dan/atau penjadualan semula penerbangan yang berlaku tiga (3) jam atau lebih sebelum atau selepas waktu berlepas asal yang dijadualkan. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, tiada pembayaran balik akan dilakukan apabila penerbangan dilewatkan, dibatalkan dan/atau dijadualkan semula di lapangan terbang pada hari pelepasan dalam keadaan anda masih belum disahkan sebagai penumpang bagi penerbangan tersebut.

Maklum balas Pelanggan
Anda boleh menghantar pujian, permintaan, pertanyaan atau aduan anda kepada AirAsia melalui: Khidmat Sokongan Pelanggan