Program Pengecualian Visa Honolulu dan Maklumat Penerbangan Selamat

Senarai Semak: Memasuki & keluar dari Amerika Syarikat

Proses ini mungkin kelihatan rumit tetapi ia adalah penting untuk memastikan anda menikmati perjalanan lancar ke destinasi impian anda. Sebelum perjalanan ke Amerika Syarikat, setiap penumpang dikehendaki mendapatkan kebenaran untuk terbang.Ketika membuat tempahan, kami akan menyediakan satu borang untuk anda mengisi butiran anda tetapi anda perlu membuat kerja tambahan dan menyediakan butiran keperluan untuk perjalanan lain yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat seperti menyediakan visa yang berkenaan, tempoh sah pasport, bukti memasuki dan keluar serta penginapan.

Jika dokumen tersebut tidak lengkap, anda mungkin tidak dapat terbang dengan kami. AirAsia tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerugian jika anda gagal untuk memenuhi semua keperluan perjalanan anda. Sama ada destinasi terakhir atau bersinggah, semua penumpang yang memasuki Amerika Syarikat mesti mendapatkan kebenaran sebelum berlepas.

Pada masa ini, rakyat dari negara seperti Australia, Brunei, Jepun, New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan adalah layak untuk pergi ke Amerika Syarikat di bawah Program Pengecualian Visa (VWP). VWP membenarkan seseorang individu tersebut pergi ke Amerika Syarikat dan tinggal di sana selama 90 hari atau kurang tanpa mendapatkan visa atas tujuan melancong atau berniaga. Kami mencadangkan anda memohon kebenaran tidak kurang daripada 72 jam sebelum berlepas.

Jika anda warganegara bagi negara yang terlibat dalam program ini, semak kelayakan anda dan membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran di sini. Jika anda tidak memenuhi syarat untuk VWP, anda boleh memohon untuk visa di Kedutaan Amerika Syarikat di negara anda.

Program Penerbangan Selamat dan Maklumat Penumpang Lanjutan

Sebaik sahaja anda meneruskan penempahan untuk penerbangan anda ke/dari Amerika Syarikat, kami akan meminta maklumat peribadi penting anda. Untuk mengelak daripada penolakan menaiki pesawat, anda mesti memberikan butiran yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat di bawah Program Penerbangan Selamat dan Sistem Maklumat Penumpang Lanjutan (APIS).

Maklumat yang diperlukan adalah seperti yang berikut:

  • Nama penuh (nama pertama dan naam keluarga yang didaftarkan pada passport penumpang)
  • Tarikh lahir
  • Jantina
  • Nombor pasport
  • Kewarganegaraan
  • Negara pengeluar pasport
  • Nombor pendaftaran warga asing (yang berkenaan)
  • Alamat destinasi di Amerika Syarikat (warganegara dan penduduk tetap Amerika Syarikat tidak diperlukan) dan negara bermastautin bagi penerbangan yang tiba ke Amerika Syarikat
  • Nombor penyelesaian* (jika berkenaan)
*Apakah nombor penyelesaian?
Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat telah memberikan suatu nombor unik untuk membantu Pentadbiran Pengangkutan Keselamatan (TSA) negara dan juga melindungi penumpang daripada salah dikenal pasti dan mencegah padanan senarai amatan pengenalan yang disebabkan oleh pelbagai alasan, seperti berkongsi nama pertama dan nama keluarga dengan pengganas yang disyaki. Penumpang perlu membuat permohonan untuk TRIP (Program Pertanyaan Penyelesaian Pelancong) untuk mendapatkan nombor Penyelesaian.

1) Apakah Program Penerbangan Selamat?

Program tersebut membolehkan pemeriksaan awal maklumat penumpang terhadap senarai amatan pengenalan kerajaan Amerika Syarikat. Padanan senarai amatan pengenalan terpakai kepada semua penumpang yang menaiki penerbangan ke, dari, dalam lingkungan atau seluruh Amerika Syarikat. Objektif yang dinyatakan program ini adalah untuk:

  • Mengenalpasti identiti pengganas yang sudah diketahui dan yang disyaki
  • Mengelakkan seseorang individu yang ada pada Senarai Larangan Terbang (dan dalam keadaan tertentu, senarai amatan pengenalan yang lain disenggarakan oleh kerajaan Amerika Syarikat) daripada menaiki pesawat ke Amerika Syarikat
  • Mengenalpasti seseorang individu dalam Senarai Pemilihan bagi pemeriksaan yang dipertingkatkan untuk menentukan sama ada mereka adalah dibenarkan untuk menaiki pesawat
  • Memudahkan penumpang perjalanan udara dengan membenarkan penumpang yang diluluskan untuk meneruskan perjalanan mereka ke Amerika Syarikat
  • Perlindungan Privasi Individu

2) Apakah yang terjadi dengan Maklumat Penerbangan Selamat?

Sebelum anda boleh menaiki penerbangan pergi pulang, dalam lingkugan atau di seluruh Amerika Syarikat, syarikat penerbangan tersebut perlu menghantar semua butiran anda yang diperlukan kepada TSA sekurang-kurangnya 72 jam sebelum masa berlepas yang dijadualkan untuk mendapat pelepasan Penerbangan Selamat. Ketahui lebih lanjut mengenai notis privasi yang disediakan oleh TSA untuk penumpang adalah seperti berikut:

Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) memerlukan anda untuk memberikan nama penuh, tarikh lahir dan jantina anda untuk tujuan pemeriksaan senarai amatan pengenalan di bawah penguatkuasaan 49 U.S.C. seksyen 114, Akta Membaharui Perisikan dan Akta Pencegahan Keganasan 2004 dan 49 C.F.R di bahagian 1540 dan 1560. Anda juga boleh memberikan nombor Penyelesaian anda, jika ada. Kegagalan untuk memberikan nama penuh, tarikh lahir dan jantina anda boleh mengakibatkan penolakan pengangkutan atau penolakan kebenaran untuk memasuki kawasan menaiki pesawat. TSA boleh berkongsi maklumat yang diberikan dengan penguatkuasaan undang-undang atau agensi perisikan atau orang lain di bawah sistem catatan notis yang disiarkan. Untuk butiran mengenai dasar privasi TSA atau untuk mengkaji semula system catatan notis serta penilaian kesan privasi, klik di sini.

3) Jika saya gagal memberikan maklumat, apakah akan berlaku?

TSA memang tegas (dan untuk alasan yang baik), jadi jika anda membuat keputusan untuk berahsia dan tidak memberikan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pemeriksaan, kami tidak dapat mengeluarkan pas masuk anda.

4) Adakah Program Penerbangan Selamat merupakan penggantian untuk APIS?

Tidak, ia bukan. Selain maklumat yang diberikan kepada TSA, syarikat penerbangan yang tiba ke Amerika Syarikat dikehendaki menyediakan butiran pasport penumpang, nombor pendaftaran asing (jika berkenaan) dan juga butiran negara kediaman dan alamat di Amerika Syarikat (warganegara dan penduduk tetap dikecualikan) kepada Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP). Tiada kelulusan daripada CBP, tidak dibenarkan menaiki pesawat. Perlukan maklumat lanjut mengenai APIS? Hanya perlu layari laman web Kastam dan Perlindungan Sempadan.

Penumpang dengan kurang upaya

Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (DOT) menjelaskan bahawa tiadanya diskriminasi terhadap mereka yang kurang upaya dalam perjalanan udara. Ia adalah satu keperluan untuk semua syarikat penerbangan yang memasuki Amerika Syarikat untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang boleh diakses untuk menampung keperluan penumpang dengan sebarang kecacatan. Ini adalah selaras dengan Peraturan Akhir bagi Tiada Diskriminasi ke atas Kurang Upaya dalam Perjalanan Udara Asas di jabatan tersebut (14 CFR Bahagian 382).

AirAsia berusaha untuk memberikan keselesaan dan pengalaman yang sempurna untuk semua penumpang. Oleh itu, untuk penerbangan pergi pulang Honolulu, tidak ada had untuk penumpang yang memerlukan bantuan kerusi roda.

Anda boleh mendapatkan salinan peraturan DOT di Tiada Diskriminasi ke atas Kurang Upaya dalam Perjalanan Udara Asas dalam bentuk yang boleh diakses daripada DOT dengan sebarang cara yang berikut:

  • Untuk panggilan yang dibuat dalam Amerika Syarikat, boleh menelefon melalui talian bebas bagi Penumpang Udara Kurang Upaya di 1-800-778-4838 (suara) atau 1-800-455-9880 Telefon Teks (TTY),
  • Dengan menelefon ke Bahagian Perlindungan Pengguna Penerbangan di 202-366-2220 (suara) atau 202-366-0511 Telefon Teks (TTY),
  • Melalui pos kepada Bahagian Perlindungan Pengguna Udara C-75, US Department of Transportation, 1200 New Jersey Ave, SE, West Building, Room W96-432, Washington, DC 20590, dan
  • Pada website Bahagian Perlindungan Pengguna Penerbangan.