Tempahan Hotel dan Penerbangan - Terma dan Syarat

Pengenalan

Terma dan syarat ini (“Terma dan Syarat”) akan mentadbir tempahan hotel dan penerbangan dan akan mengikat secara sah dokumen antara anda dan Move Travel Sdn Bhd (formerly known as AirAsia Com Travel Sdn Bhd) (“AirAsia.Com”). Dengan melengkapkan tempahan bilik hotel melalui tempahan hotel dan penerbangan (“Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan”), anda dianggap telah menerima dan bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, yang boleh dipinda dan disemak dari semasa ke semasa.

  1. Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini membolehkan anda menempah bilik hotel dan produk tambahan lain yang berkaitan dengan hotel (“Pakej Hotel”) bersama dengan penerbangan anda dalam tempahan penerbangan yang sama dan di bawah satu nombor rujukan tempahan. Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini ditawarkan oleh AirAsia.Com dengan kerjasama pelbagai penyedia langsung dan tidak langsung, termasuk Travelscape LLC (“Hotel”).Pakej Hotel yang ditempah di bawah Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini ditawarkan, disediakan dan dibekalkan oleh Hotel atau rakan saudagar atau rakan kongsi perkhidmatan mereka (“Rakan Kongsi Hotel”). AirAsia.Com hanyalah pengedar Pakej Hotel sedemikan dan oleh itu, tidak mempunyai liabiliti sekiranya berlaku sebarang kerugian atau kerosakan akibat apa-apa perbuatan atau peninggalan atau kecuaian di pihak Rakan Kongsi Hotel semasa tempoh perkhidmatannya. Anda juga mengakui dan menerima bahawa anda akan selanjutnya tertakluk pada terma dan syarat penyedia masing-masing yang boleh didapati di sini.
  2. Dengan mengklik “Beli”, anda dianggap telah membaca, memahami dan secara jelas bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini seperti yang terkandung di sini dan mana-mana terma dan syarat tambahan yang ditetapkan oleh AirAsia.Com dari semasa ke semasa (sepertimana yang berkenaan).
  3. Pakej Hotel yang ditawarkan melalui Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini adalah tertakluk pada ketersediaan.

Pembatalan

  1. Tempahan untuk Pakej Hotel yang dibuat di bawah Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini tidak boleh ditukar atau dibatalkan dan bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. Sekiranya anda membatalkan mana-mana tempahan penerbangan Syarikat Penerbangan (ditakrifkan kemudian daripada ini), termasuk ‘tidak hadir’ atas kehendak anda sendiri, Pakej Hotel yang telah ditempah oleh anda melalui Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini tidak akan dan tidak boleh dibatalkan. Oleh itu, anda tidak dapat menuntut bayaran balik sekiranya anda tidak melengkapkan penginapan hotel anda dan jumlah keseluruhan yang telah dibayar yang berkaitan dengan Pakej Hotel akan terbatal.
  2. Sekiranya berlaku pembatalan penerbangan atau penukaran penerbangan oleh AirAsia Berhad, AirAsia X Berhad, Thai AirAsia Co Ltd, Thai AirAsia X Co Ltd, PT Indonesia AirAsia, Philippines AirAsia Inc, AirAsia (India) Limited atau AirAsia Japan Co Ltd (dirujuk secara kolektif sebagai “Syarikat Penerbangan”), anda akan menerima bayaran balik penuh bagi jumlah yang telah dibayar untuk Pakej Hotel. Untuk menerima bayaran balik, anda perlu melayari support.airasia.com dan pilih “Tanya AVA”. Apabila tetingkap sembang AVA dibuka, sila pilih "Tempahan Hotel", kemudian “Bayaran Balik” dari menu dan diikuti dengan “Permohonan Bayaran Balik Baharu”. Kemudian, isikan ruangan yang diperlukan seperti yang dinyatakan oleh AVA. Sebagai alternatif, anda boleh memilih hotel di dalam menu utama dan berhubung dengan salah seorang Allstar kami untuk memohon bayaran balik bagi Pakej Hotel anda. Permintaan untuk tempahan semula Pakej Hotel di hotel yang sama atau berbeza pada tarikh yang sama atau tarikh lain tidak akan dilayan.
    Sila ambil maklum, untuk penukaran penerbangan, bayaran balik hanya akan diberikan sekiranya penerbangan telah dijadualkan semula ke hari yang lain. Anda juga boleh ditawarkan bayaran balik atau akaun kredit mengikut budi bicara mutlak AirAsia.Com bagi penerbangan yang telah dijadualkan semula ke waktu yang berbeza pada hari yang sama.
  3. Untuk melindungi yang di atas, anda bersetuju, menerima dan mengakui bahawa AirAsia.Com tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, tuntutan atau pampasan lanjutan sekiranya berlaku pembatalan penerbangan atau penukaran penerbangan oleh Syarikat Penerbangan atau oleh anda.

Pemberian Mata Ganjaran BIG

  1. Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan melayakkan anda untuk mendapat Mata Ganjaran BIG menurut langkah-langkah berikut:
    • mestilah merupakan ahli BIG (telah melanggan dan mendaftar untuk keahlian di bawah program kesetiaan dan ganjaran yang dikendalikan oleh BIGLIFE Sdn Bhd (‘BIG’) di bawah nama “Program Kesetiaan BIG”) dan mempunyai nombor pendaftaran unik yang dikenali sebagai “ID Ahli BIG” yang dikeluarkan oleh BIG semasa membuat tempahan; dan
    • melog masuk ke akaun BIG anda di airasia.com sebelum menempah Pakej Hotel untuk melayakkan anda menerima Mata Ganjaran BIG. Penggunaan Mata Ganjaran BIG akan tertakluk pada Terma dan Syarat Keahlian BIGLIFE yang tersedia di laman web BIG (www.airasiabig.com). Sila pastikan anda maklum akan terma dan syarat BIG yang terkini kerana ia boleh dikemas kini dan disemak dari semasa ke semasa.
  2. Mata Ganjaran BIG akan diberikan kepada anda untuk Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan melalui pembayaran kad debit atau kad kredit dengan kadar ganjaran 1 Mata Ganjaran BIG bagi setiap RM2 yang dibelanjakan.
  3. Mata Ganjaran BIG tidak akan diberikan untuk pembelian yang dibuat dengan mana-mana kod promosi atau baucar.
  4. BIG memiliki hak mutlak, pada bila-bila masa, untuk memeriksa kesahan setiap tempahan dan/atau identiti penumpang yang merupakan Ahli BIG pada bila-bila masa sahaja.
  5. Pemberian Mata Ganjaran BIG akan dikreditkan ke akaun keahlian Program Kesetiaan Ahli BIG dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh daftar keluar hotel (atau mana-mana tempoh lain yang dianggap sesuai oleh BIG).
  6. BIG memiliki hak mutlak untuk menukar dan/atau menggantikan pemberian Mata Ganjaran BIG dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis awal kepada Ahli BIG dan/atau menukar pemberian nisbah Mata Ganjaran BIG pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.
  7. BIG berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan atau menolak sebarang pemberian ganjaran Mata Ganjaran BIG kepada anda dan/atau menarik balik atau membatalkan pemberian Mata Ganjaran BIG daripada anda sekiranya BIG percaya atau mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa anda telah (secara bersendirian atau bersama dengan mana-mana Ahli BIG yang lain) menjalankan amalan dan/atau aktiviti penipuan berkenaan dengan pembelian sebarang produk atau perkhidmatan melalui Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini bagi mendapatkan Mata Ganjaran BIG atau menjalankan sebarang aktiviti (termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti penipuan) yang berbahaya kepada Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan atau kepada BIG.
  8. Tuntutan retro yang dilakukan oleh anda untuk pemberian Mata Ganjaran BIG tidak akan dilayan. Apa-apa permintaan oleh anda untuk mengesahkan akaun Ahli BIG anda atau untuk melayakkan anda menerima Mata Ganjaran BIG selepas melengkapan pembelian tanpa mengesahkan akaun Ahli BIG mereka tidak akan dilayan.
  9. Penebusan Mata Ganjaran BIG untuk Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini adalah tidak dibenarkan.

Lain-lain

  1. AirAsia.Com berhak untuk menggunakan mana-mana data peribadi yang dikumpulkan mengikut pernyataan privasi Kumpulan AirAsia yang boleh dirujuk dengan mengklik pautan berikut: https://www.airasia.com/aa/about-us/ns/my/privacy-statement.html. Dengan menggunakan Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini, anda dianggap telah bersetuju dengan penggunaan sedemikian tanpa sebarang bayaran dalam bentuk wang tunai.
  2. Anda boleh dihubungi berkaitan dengan apa-apa perkara di bawah Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini atau ‘Program Kesetiaan BIG’, pada bila-bila masa yang dianggap sesuai oleh AirAsia.Com atau BIG, melalui e-mel atau mana-mana kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh AirAsia.Com dan/atau BIG.
  3. Butiran tetamu untuk Pakej Hotel melalui Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan mestilah sama seperti butiran penumpang penerbangan. Anda tidak dibenarkan menempah Pakej Hotel untuk mana-mana pihak ketiga yang lain. Setelah tempahan dibuat, anda tidak lagi dibenarkan membuat perubahan pada butiran tetamu.
  4. AirAsia.Com memiliki hak mutlak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan dengan atau tanpa sebarang notis awal dan/atau memberikan apa-apa alasan. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh AirAsia.Com tidak melayakkan anda untuk membuat sebarang tuntutan terhadap atau menerima pampasan daripada AirAsia.Com di atas sebarang dan/atau semua kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau berlaku sebagai akibat langsung atau tidak langsung disebabkan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
  5. Terma dan syarat yang terkandung di sini hendaklah diguna pakai bagi mana-mana terma, syarat, peruntukan atau gambaran yang tidak konsisten yang terkandung dalam mana-mana bahan pengiklanan untuk Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan. Sekiranya terdapat sebarang ketidakkonsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan sebarang terjemahannya, terma dan syarat versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan mengatasi yang lain.
  6. AirAsia.Com memiliki hak mutlak untuk mengubah, memadam, mengemas kini atau menambah mana-mana terma dan syarat ini (secara keseluruhan atau sebahagian) dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis awal. Keputusan AirAsia.Com berkaitan dengan semua aspek Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan adalah muktamad, mengikat dan konklusif di bawah semua keadaan dan sebarang surat-menyurat, aduan atau rayuan tidak akan dilayan.
  7. AirAsia.Com, subsidiari, anggota gabungan, dan syarikat bersekutunya tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian (termasuk, tanpa batasan, kerugian tidak langsung, khas atau turutan atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan diri atau kematian yang dialami atau ditanggung (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang berkaitan dengan Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini.
  8. AirAsia.Com tidak bertanggungjawab untuk menyediakan Pakej Hotel yang sebenar. Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan bukan merupakan dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau endorsemen oleh AirAsia.Com bagi mana-mana hotel atau Pakej Hotel yang disenaraikan, ditawarkan atau dijual melalui Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini atau kualiti, tahap perkhidmatan atau penarafan. AirAsia.Com dengan ini secara jelas menafikan apa-apa gambaran, waranti atau aku janji yang berkaitan dengan kualiti, kelayakan, kebolehdagangan, kesesuaian, status atau kecukupan mana-mana Pakej Hotel yang disenaraikan atau ditawarkan oleh Hotel atau Rakan Kongsi Hotel di bawah Perkhidmatan Tempahan Hotel dan Penerbangan ini.
  9. AirAsia.Com tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerosakan, kecederaan diri atau kematian, yang mungkin berlaku atau ditanggung oleh penumpang semasa menginap di hotel.
  10. Anda bersetuju untuk mempertahankan dan menanggung rugi AirAsia.Com dan mana-mana pegawai, pengarah, pekerja dan ejen kami daripada dan terhadap sebarang tuntutan, kuasa tindakan, permintaan, pemulihan, kerugian, kerosakan, denda, penalti atau kos atau perbelanjaan lain termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran guaman dan perakaunan yang munasabah, yang dikemukakan oleh pihak ketiga akibat daripada pelanggaran Terma ini oleh anda, pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga oleh anda atau penggunaan Maklumat kami oleh anda.
  11. Sebagai tambahan kepada terma dan syarat yang terkandung di sini, anda juga mengakui dan menerima bahawa apabila mendaftar masuk, anda akan selanjutnya tertakluk pada terma dan syarat Hotel masing-masing yang boleh didapati di laman web Hotel yang berkaitan.
  12. Sekiranya terdapat sebarang ketidakkonsistenan antara terma dan syarat ini dan terma dan syarat Hotel, terma dan syarat ini hendaklah diguna pakai tetapi hanya setakat ketidakkonsistenan tersebut.
  13. Terma dan Syarat ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Setakat mana sebarang versi terjemahan Terma dan Syarat ini bercanggah dengan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan mempunyai kesan sepenuhnya.