
Premium Flex
Lebih fleksibiliti dengan pilihan yang lebih hebat! Premium Flex telah direka khusus untuk memberi anda fleksibiliti yang anda mahu untuk perjalanan yang mudah dan ringkas.
Tetamu Premium Flex mendapat faedah:

Flexi-Flight
Fleksibiliti untuk menukar penerbangan anda

Bawa lebih banyak
Percuma peruntukan bagasi berdaftar 20kg

Tempat duduk kegemaran
Pilih Tempat Duduk dengan percuma

Kemasukan Xpress
Beratur di barisan hadapan dan naiki pesawat terlebih dahulu
Nota: Perkhidmatan ini ditangguhkan buat sementara waktu bagi mematuhi polisi penjarakan sosial yang memerlukan kemasukan penumpang dijalankan bermula dari baris tempat duduk belakang ke baris tempat duduk hadapan.

Kaunter Premium Flex
DKaunter khas untuk kemudahan anda

Hidangan dalam penerbangan1
Bagi mematuhi standard keselamatan maksmum untuk pengendalian makanan di dalam pesawat, kami akan terus menyediakan makanan dan minuman, tetapi dengan pilihan menu yang terhad.

Bagasi Xpress
Keutamaan pengambilan bagasi ketika mendaftar keluar

Insurans dengan Tune Protect2
Jaminan Kelewatan Bagasi dan Ketepatan Masa 1 jam

airasia points
Kumpul airasia points. RM 1 = 3 airasia points (Tidak sah untuk penerbangan D7. Tetamu penerbangan D7 akan mendapat RM1 = 1 airasia points.)
1Sekiranya AirAsia tidak dapat menyediakan hidangan pratempah tertentu, AirAsia akan menggantikan hidangan yang dibatalkan tersebut dengan hidangan baharu. Penumpang perlu memilih semula hidangan baharu mereka melalui saluran tempahan asal mereka sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu berlepas, jika tidak, hidangan baharu akan dipilih secara automatik. Hidangan tidak tersedia untuk penerbangan Thai AirAsia (FD), AirAsia India (I5) dan AirAsia Japan (DJ). Harga yang tertera di laman web adalah tidak termasuk hidangan.
2 Insurans perjalanan hanya tersedia untuk semua penerbangan terus yang berlepas dari negara terpilih.Tidak tersedia untuk Fly-Thru dan Pengangkutan ke Pulau dan Bandar.Sila ambil maklum bahawa insurans perjalanan juga tidak tersedia untuk penerbangan antara Kuala Lumpur dan Auckland/Honolulu/Dhaka. Tune Protect Travel - AirAsia ditaja jamin oleh syarikat insurans rakan kongsi tempatan bergantung pada negara perlepasan pertama anda. Ada soalan? FAQ.
Jangan kejar waktu, terbang apabila anda bersedia.
Untuk mendapatkan tambang Premium Flex, hanya pilih Premium Flex semasa tempahan anda yang seterusnya atau naik taraf di Urus tempahan saya untuk menikmati penerbangan yang fleksibel! Semudah itu!
Jadi jangan lupa untuk memilih penerbangan fleksibel Premium Flex untuk perjalanan anda yang seterusnya bersama kami!
