Terma dan Syarat AirAsia Premium Red Lounge

Saya memahami bahawa kemasukan saya ke AirAsia Premium Red Lounge adalah tertakluk pada yang berikut:

  1. Saya akan mematuhi Terma dan Syarat AirAsia Premium Red Lounge (yang mana salinannya boleh didapati di halaman AirAsia Premium Red Lounge dan Peraturan ini, yang boleh diubah oleh AirAsia pada bila-bila masa dan tanpa notis).
  2. Saya akan mematuhi kod pakaian/garis panduan pakaian kasual pada setiap masa.
  3. Saya maklum bahawa Kemasukan ke ruang menunggu pada setiap masa adalah tertakluk pada ketersediaan ruang, dan akses ke AirAsia Premium Red Lounge dan perkhidmatan dan kemudahannya mungkin tidak tersedia, terhad atau ditarik balik pada bila-bila masa bagi tujuan operasi.
  4. Semasa waktu puncak dan apabila ruang menunggu telah atau hampir penuh, saya maklum bahawa keutamaan akan diberikan kepada tetamu Premium Flex dan/atau Katil Rata Premium yang terbang pada hari yang sama dengan AirAsia, dan kemasukan untuk tetamu lain mungkin dihadkan.
  5. Sekiranya saya merupakan tetamu Katil Rata Premium atau tetamu Premium Flex, bagi membolehkan saya mengakses ruang menunggu, saya akan menunjukkan bukti yang mencukupi (contohnya pasport) bersama jadual perjalanan atau pas masuk bagi penerbangan AirAsia saya pada hari berkenaan. Kemasukan untuk tetamu lain boleh dibeli di kaunter penyambut tetamu ruang menunggu dan tertakluk pada ketersediaan ruang.
  6. Sekiranya saya bukan merupakan tetamu Katil Rata Premium atau tetamu Premium Flex, tetapi telah membayar bayaran masuk tetamu, saya boleh mengakses ruang menunggu sebagai tetamu lain (tetamu yang bukan merupakan tetamu Katil Rata Premium atau tetamu Premium Flex). Saya maklum bahawa kemasukan bagi tetamu lain adalah tertakluk pada ketersediaan ruang dan mungkin tidak tersedia untuk digunakan apabila AirAsia Premium Red Lounge telah atau hampir penuh.
  7. Saya bertanggungjawab dan maklum bahawa saya akan tiba di pintu masuk pesawat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dalam jadual perjalanan saya dan menaiki pesawat sebelum pintu ditutup.
  8. Mana-mana kanak-kanak di bawah umur 12 tahun mestilah ditemani oleh orang dewasa yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun apabila mengunjungi AirAsia Premium Red Lounge.
  9. Saya mestilah minum secara bertanggungjawab di dalam ruang menunggu. Sekiranya saya berumur di bawah 18 tahun, saya maklum bahawa saya tidak dibenarkan membeli apa-apa minuman beralkohol di dalam ruang menunggu.
  10. AirAsia boleh menolak kemasukan saya atau memerlukan saya meninggalkan AirAsia Premium Red Lounge, pada bila-bila masa atas jua apa sebab yang dianggap perlu oleh AirAsia.
  11. AirAsia boleh pada bila-bila masa menarik balik atau dalam apa jua cara menukar mana-mana perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan atau diiklankan sebagai tersedia di dalam ruang menunggu tanpa notis dan tidak bertanggungjawab terhadap saya akibat daripada mana-mana perkhidmatan atau kemudahan yang tidak tersedia.
  12. AirAsia tidak menjamin atau membuat representasi kepada saya berkenaan kualiti atau ketersediaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan yang ditawarkan atau diiklankan sebagai tersedia di dalam ruang menunggu.
  13. Saya mestilah bertanggungjawab terhadap barang-barang milik saya semasa di dalam ruang menunggu dan maklum bahawa AirAsia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku pada barang-barang milik saya.
  14. AirAsia tidak bertanggungjawab terhadap saya bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh saya akibat daripada kemasukan saya ke ruang menunggu.
  15. Melainkan dinyatakan sebaliknya, istilah berhuruf besar dalam Peraturan AirAsia Premium Red Lounge ini mempunyai makna yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat AirAsia Premium Red Lounge.