Is your cabin baggage fit to fly?

Bagasi

Bagasi Kabin

Polisi ini akan dikuatkuasakan semula bermula 7 Julai 2020.

Semua tetamu (kecuali bayi) dibenarkan membawa dua (2) buah bagasi kabin ke dalam pesawat yang terdiri daripada sama ada:
Satu (1) bagasi kabin atau satu (1) beg komputer riba atau satu (1) beg tangan atau satu (1) beg bersaiz kecil.

Satu (1) Bagasi Kabin:

Satu (1) beg Komputer Riba atau satu (1) beg tangan atau satu (1) beg bersaiz kecil:

Jumlah berat kedua-kedua bagasi mestilah tidak melebihi 7 kg.

Terpakai untuk AirAsia India (I5):
Disebabkan oleh peraturan keselamatan lapangan terbang, tetamu tidak dibenarkan membawa bagasi kabin bagi penerbangan yang berlepas dari lapangan terbang Jammu atau Srinagar.


Bagasi berdaftar

Sekiranya anda perlu membawa lebih banyak barangan, kami menyediakan pilihan peruntukan bagasi berdaftar berikut untuk anda. Bayaran bagasi berdaftar dikenakan.

Jika anda membuat perjalanan ke atau dari Amerika Syarikat, bagasi berdaftar tersedia untuk pratempahan mengikut bilangan bagasi:


Jika anda telah membeli Pek Nilai atau memilih Premium Flex atau Katil Rata Premium untuk penerbangan anda, peruntukan bagasi berdaftar akan disertakan dalam tambang.

Bayaran bagasi berdaftar dikenakan pada kadar terendah semasa tempahan awal penerbangan. Anda boleh membuat pratempahan pada waktu yang lebih kemudian melalui akaun Ahli BIG anda atau semasa membuat daftar masuk web pada kadar biasa. Bayaran dikenakan pada kadar yang paling tinggi di lapangan terbang, jadi pratempah peruntukan bagasi berdaftar anda lebih awal.

Sekiranya anda menaiki penerbangan AirAsia India (i5), anda akan menerima peruntukan bagasi berdaftar percuma untuk 01 buah bagasi dengan berat maksimum 15 kg (bermula 1 Oktober 2020). Untuk tempahan sebelum 30 September 2020, anda akan menerima peruntukan bagasi berdaftar percuma untuk 01 buah bagasi dengan berat maksimum 20 kg.

Maklumat lanjut mengenai Bagasi | Bagasi berdaftar | Bagasi kabin | Barangan terlarang | Bagasi salah urus | Peralatan sukan