Program AirAsia rewards deals
Pengenalan
- Program AirAsia rewards deals ini ("Program") dianjurkan oleh BIGLIFE
Sdn. Bhd. (No.
Pendaftaran 201001040731 (924656-U)) ("BL") dengan kerjasama rakan-rakan
niaga
kami beserta penyedia perkhidmatan mereka ("Rakan Niaga") (secara
kolektif dirujuk
sebagai "“Penganjur”").
- Program ini ditadbir oleh terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah
ini ("Terma dan Syarat") dan dalam mengambil bahagian atau menyertai
Program ini,
semua individu yang menyertai atau mengambil bahagian dalam Program ini
("Peserta",
"anda") bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini, terma dan
syarat Rakan
Niaga beserta sebarang terma dan syarat tambahan yang ditetapkan oleh Penganjur
dari semasa ke semasa (sebagaimana yang berkenaan) termasuk keputusan oleh BL
dalam semua perkara yang berkaitan dengannya. Dengan mengambil bahagian dalam
Program ini, Peserta adalah dianggap telah memberikan persetujuan kepada
penggunaan, pemprosesan dan pengumpulan maklumat peribadi, dan penggunaan,
pemprosesan serta pengumpulan maklumat peribadi tersebut adalah dilakukan
mengikut Dasar Privasi tanpa sebarang balasan kewangan.
- Sebarang maklumat berkenaan kaedah-kaedah penyertaaan penyertaan Program ini
adalah merupakan sebahagian daripada terma dan syarat penyertaan disini.
Sebarang
pendaftaran dan/atau penyertaan dalam Program ini adalah dianggap sebagai
penerimaan Terma dan Syarat Program ini. Penerimaan anda akan Terma dan Syarat
ini
membentuk sebagai suatu syarat penyertaan.
Tempoh
- Program ini bermula dari 5 September 2022, 00:00 (GMT +8) dan akan berjalan
tanpa
tarikh tamat, sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Penganjur yang mereka
anggapkan sesuai tanpa sebarang notis terlebih awal dan/atau liabiliti kepada
Peserta ("Tempoh Program").
Keperluan Program
- Bagi melayakkan dan dalam menyertai Program ini, Peserta hendaklah memenuhi
keperluan-keperluan seperti yang berikut ("Keperluan Program"):
- mestilah merupakan ahli AirAsia yang sah dan sedia ada (telah melanggan
dan
mendaftar sebagai ahli di dalam program kesetiaan dan ganjaran yang
dikendalikan oleh BL di bawah nama "Program AirAsia rewards") dan
mempunyai nombor rujukan unik yang dikenali sebagai "ID ahli
AirAsia" yang
telah diberikan oleh BL pada ketika penyertaan dalam Program ini.
Sekiranya
Peserta bukan merupakan ahli AirAsia yang berdaftar semasa Tempoh
Program,
Peserta dikehendaki untuk mendaftar sebagai ahli AirAsia melalui
https://www.airasia.com/en/gb
("Laman Web Khas") sebelum menyertai
Program ini. Sebarang pendaftaran keahlian AirAsia yang dibuat oleh
Peserta
setelah tamat Tempoh Program, ianya akan melucutkan hak kelayakan
Peserta
dalam Program ini dan hak AirAsia points;
- mestilah berada di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand
("Wilayah
Penyertaan") berdasarkan geo-lokasi Protokol Internet
(Internet
Protocol) yang
dikesan, melainkan dinyatakan sebaliknya secara khusus;
- mestilah berjaya membuat pembelian dan penebusan mana-mana produk
dan/atau perkhidmatan ("AirAsia rewards Deals") yang terdapat
dalam aplikasi mudah alih AirAsia MOVE App (yang boleh dimuat
turun di PlayStore,
AppStore, atau AppGallery); dan
- mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya 125 AirAsia points di dalam
akaun keahlian AirAsia Peserta bagi pembelian atau penebusan mana-mana
AirAsia rewards Deals.
- AirAsia rewards Deals yang ditawarkan untuk pembelian dan/atau penebusan adalah
tertakluk sepenuhnya pada ketersedian.
- Jumlah AirAsia points yang diperlukan untuk sebarang pembelian atau penebusan
AirAsia rewards Deals adalah tertakluk pada perubahan, dan BL, sebagai pemilik
dan
pengendali Program AirAsia rewards
("Program AirAsia rewards") di mana AirAsia
points diberikan dan ditebus oleh ahli AirAsia, berhak untuk menukar harga
AirAsia
points, mengenakan sekatan dan/atau syarat tambahan dalam penebusan AirAsia
points untuk pembelian atau penebusan dari semasa ke semasa atas budi bicara
mutlaknya, dan semua keputusan oleh BL tersebut hendaklah dianggap muktamad dan
konklusif, dan BL tidak akan melayan sebarang aduan atau ketidakpuasan hati yang
berkaitan dengannya.
- AirAsia rewards Deals yang telah dibeli atau ditebus menggunakan AirAsia points
dan/atau dibeli dengan pembayaran kad kredit atau kad debit adalah tidak boleh
dipulangkan dan tidak boleh dibatalkan selepas pengesahan pembelian atau
penebusan
tersebut dilakukan, melainkan sekiranya berlaku kegagalan oleh Rakan Niaga yang
berkenaan untuk menyediakan, menghormati atau memenuhi produk dan/atau
perkhidmatan yang berkaitan. Dalam keadaan sedemikian, segala pertanyaan
berkenaan dengan sebarang pembatalan dan bayaran balik mestilah dibuat oleh ahli
AirAsia secara terus kepada perkhidmatan pelanggan Rakan Niaga yang berkaitan.
- AirAsia rewards Deals yang telah dibeli atau ditebus adalah tertakluk pada terma
dan
syarat Rakan Niaga yang berkenaan, termasuk dasar pembatalan dan bayaran balik
dan/atau dasar pemulangan bagi setiap produk dan/atau perkhidmatan yang telah
dibeli
atau ditebus tersebut.
- Sebarang pertanyaan berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang telah
dibeli
atau ditebus di bawah AirAsia rewards Deals selepas penebusan dan/atau pembelian
hendaklah dibuat secara langsung kepada Rakan Niaga yang berkenaan, dan BL tidak
akan bertanggungjawab terhadap sebarang pertanyaan terhadap produk dan/atau
perkhidmatan yang telah ditebus atau dibeli oleh ahli AirAsia dan/atau memenuhi
perkara tersebut.
- Penghantaran produk fizikal yang dibeli atau ditebus oleh ahli AirAsia di bawah
Program
ini adalah merupakan tanggungjawab tunggal Rakan Niaga yang berkenaan. BL tidak
akan bertanggungjawab dan/atau menanggung liabiliti kepada ahli AirAsia atas
sebarang kelewatan penghantaran, kehilangan dan/atau kerosakan produk fizikal,
sebelum dan/atau semasa penghantaran produk fizikal tersebut yang disebabkan
oleh
Rakan Niaga, pekerjanya, ejen dan/atau subkontraktor mereka. Sebarang aduan,
pembatalan dan bayaran balik, pemulangan dan/atau pertanyaan berkaitan dengan
penghantaran produk fizikal hendaklah ditujukan terus kepada Rakan Niaga yang
berkaitan.
- Program ini tidak membentuk dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau
pengesahan oleh BL terhadap sebarang produk atau perkhidmatan yang disenaraikan,
ditawarkan atau dijual melalui Program ini, ataupun kualiti, tahap perkhidmatan
atau
penilaian terhadapnya. BL dengan ini secara nyata menafikan sebarang
representasi,
jaminan atau akujanji berkaitan dengan kualiti, kesesuaian, kebolehdagangan,
status
atau kecukupan mana-mana produk atau perkhidmatan yang disenaraikan atau
ditawarkan oleh setiap Rakan Niaga di bawah AirAsia rewards Deals.
Terma dan Syarat Lain
- BL berhak untuk menggunakan dan memproses sebarang data peribadi ahli AirAsia
dalam apa-apa cara dan/atau bagi sebarang tujuan yang dianggap sesuai olehnya
berdasarkan Dasar
Privasi yang tersebut, dan dengan menyertai Program ini, semua
ahli AirAsia dianggap telah bersetuju dengan penggunaan dan pemprosesan tersebut
tanpa sebarang balasan kewangan sama sekali.
-
Ahli AirAsia yang membuat pembelian atau penebusan boleh dihubungi berkenaan
dengan sebarang perkara di bawah Program ini atau Program AirAsia rewards, pada
bila-bila masa yang dianggap sesuai oleh BL, sama ada melalui e-mel atau
sebarang
cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh BL.
- BL berhak atas budi bicara mutlak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta
daripada sebarang pembelian dan/atau penebusan dan melucutkan hak AirAsia points
yang ditebus oleh mana-mana Peserta sekiranya BL mempunyai bukti atau
mempercayai secara munasabah bahawa Peserta (secara bersendirian atau
bersama-sama dengan mana-mana Peserta lain) telah melakukan amalan dan/atau
aktiviti penipuan untuk melakukan pembelian dan/atau transaksi tersebut atau
menjalankan sebarang aktiviti lain yang memudaratkan Program ini atau kepada BL.
BL
selanjutnya berhak sepenuhnya untuk menyekat akaun ahli AirAsia Peserta tersebut
daripada melakukan sebarang transaksi pada masa hadapan melalui aplikasi mudah
alih dan/atau laman webnya.
- BL, anak-anak syarikatnya, sekutunya, dan syarikat-syarikat bersekutu
dengannya tidak
akan bertanggungjawab keatas sebarang kerugian (termasuk, tanpa had, kerugian
langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit atau kehilangan keuntungan),
perbelanjaan, kerosakan, liabiliti, kekecewaan, kecederaan diri atau kematian
yang
dialami atau ditanggung (sama ada atau tidak berpunca daripada kecuaian
mana-mana
orang) berkaitan dengan Program ini, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak
boleh
dikecualikan oleh undang-undang (yang mana dalam kes tersebut liabiliti itu
adalah
terhad kepada jumlah minimum yang dibenarkan oleh undang-undang).
- BL berhak secara mutlak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung
Program
ini dengan atau tanpa sebarang notis terlebih awal dan/atau sebarang alasan.
Bagi
mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh
BL tidak akan memberi hak kepada ahli AirAsia untuk membuat sebarang tuntutan
atau
pampasan terhadap BL bagi sebarang dan/atau kesemua kerugian atau kerosakan yang
dialami atau ditanggung sebagai akibat secara langsung atau secara tidak
langsung
daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
- BL tidak akan bertanggungjawab untuk transaksi-transaksi yang lewat, hilang,
tidak
lengkap, dihantar secara salah, tertunda, rosak atau salah arah, sama ada
disebabkan
oleh kesilapan, peninggalan, pengubahan, gangguan, pemadaman, kecurian,
kemusnahan atau sebaliknya.
- Terma dan Syarat ini mengatasi mana-mana terma, syarat, peruntukan atau
representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam mana-mana bahan Program
ini dan/atau pengiklanan lain berkenaan Program ini. Terma dan Syarat ini boleh
diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan
antara
versi Bahasa Inggeris dengan mana-mana versi terjemahannya, versi Bahasa
Inggeris
bagi Terma dan Syarat ini hendaklah diguna pakai dan mengatasi versi terjemahan
tersebut.
- BL berhak secara mutlak untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana
Terma dan Syarat ini (secara keseluruhan atau sebahagian) yang terkandung di
sini dari
semasa ke semasa tanpa sebarang notis terlebih awal. Keputusan BL berkaitan
dengan
semua aspek Program adalah dianggap muktamad, mengikat dan konklusif dalam
semua keadaan dan sebarang surat-menyurat, aduan atau rayuan sama sekali tidak
akan dilayan.
- BL tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan untuk mematuhi atau
sebarang kelewatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sekiranya kegagalan
tersebut disebabkan oleh sesuatu di luar kawalan munasabahnya. Keadaan
sedemikian
hendaklah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan cuaca, kebakaran,
banjir,
taufan, mogok, pertikaian industri, perang, permusuhan, pergolakan politik,
rusuhan,
kekacauan awam, epidemik dan pandemik seperti yang diisytiharkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia, kemalangan yang tidak dapat dielakkan, perundangan yang
menyusul atau sebarang keadaan lain yang tidak dapat dikawal oleh BL.
- Semua perbelanjaan dan kos yang berkaitan dengan Program ini, termasuk
tetapi tidak
terhad kepada, pengangkutan, penginapan atau sebarang kos lain yang bersifat
peribadi
yang tidak dinyatakan (jika berkenaan) hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh
Peserta.
- Semua cukai, kadar, yuran kerajaan atau sebarang caj lain yang mungkin dikenakan
ke
atas Peserta di bawah undang-undang yang terpakai, jika ada, berkaitan dengan
Program ini, hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta.
- Terma dan Syarat ini adalah ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan tertakluk
pada
bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
Terma & Syarat Penambahan Nilai AirAsia points dan Penebusan
Penerbangan AirAsia
- Untuk menyertai dan/atau membeli AirAsia points semasa proses penebusan dalam
talian bagi penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia ("Penerbangan
AirAsia") di
pautan AirAsia rewards pada aplikasi mudah alih AirAsia MOVE App
("Platform"), ahli
AirAsia mestilah mempunyai:
- keahlian AirAsia yang sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan atau
sebarang
tempoh lain yang ditentukan oleh BL sebelum penebusan penerbangan
AirAsia;
dan
- sekurang-kurangnya 500 AirAsia points, atau sebarang jumlah lain AirAsia
points yang ditentukan oleh BL semasa tempoh promosi, di dalam akaun
keahlian AirAsia untuk menyertai atau membeli AirAsia points tambahan
yang
diperlukan dengan menambah tunai bagi tujuan penebusan satu (1)
penerbangan sehala; atau
- sekurang-kurangnya 500 AirAsia points, atau sebarang jumlah lain AirAsia
points lain yang ditentukan oleh BL semasa tempoh promosi, di dalam
akaun
keahlian AirAsia untuk menyertai atau membeli AirAsia points tambahan
yang
diperlukan dengan menambah tunai bagi penebusan satu (1) penerbangan
pergi-balik (dua hala); atau
- semasa tempoh promosi yang ditentukan oleh BL, baki AirAsia points
minimum yang tinggal dalam akaun keahlian AirAsia mestilah bersamaan
dengan tambang penebusan asas yang ditebus oleh ahli AirAsia.
- AirAsia points hanya boleh dibeli dan ditebus untuk Penerbangan AirAsia, dan
AirAsia
points yang telah dibeli tersebut hendaklah digunakan dengan serta-merta untuk
Penerbangan AirAsia tersebut. AirAsia points yang telah dibeli tidak boleh
digunakan
untuk menebus ganjaran atau produk lain yang ditawarkan di AirAsia rewards di
dalam
Platform atau ditukarkan kepada tunai.
- AirAsia points hanya boleh dibeli menggunakan mod pembayaran selamat 3D (3D
secure).
- AirAsia points yang telah dibeli sebagai sebahagian daripada penambahan nilai
dan
penebusan Penerbangan AirAsia adalah termasuk sebarang fi perkhidmatan seperti
yang dinyatakan di sini yang tidak boleh dikembalikan.
- Anda bersetuju bahawa anda juga akan terikat dengan terma dan syarat
pengangkutan
yang berkenaan apabila anda membeli Penerbangan AirAsia.
- BL berhak untuk menukar harga AirAsia points, termasuk fi perkhidmatan
terhadapnya,
mengenakan sekatan tambahan ke atas pembelian AirAsia points dan/atau
syarat-syarat lain bagi mendapatkan AirAsia points pada bila-bila masa, tanpa
sebarang
liabiliti.
- Ahli AirAsia tidak boleh menjual AirAsia points untuk tunai atau balasan lain,
atau
membeli AirAsia points daripada pihak ketiga. Mana-mana tiket penerbangan yang
dibeli, dijual atau ditukar milik oleh atau kepada mana-mana ahli AirAsia boleh
dibatalkan atau dirampas tanpa notis terlebih awal mengikut budi bicara mutlak
BL.
Sekiranya tiket penerbangan telah digunakan sama ada secara sebahagian atau
sepenuhnya, ahli AirAsia perlu bertanggungjawab ke atas Penerbangan AirAsia
tersebut
berdasarkan tambang penuh. Semua hak, termasuk hak untuk mengambil tindakan
undang-undang atau membatalkan keahlian, juga terpelihara.
- Penebusan AirAsia points bagi Penerbangan AirAsia adalah tersedia berdasarkan
tempat duduk dan penerbangan tertentu, dan adalah tertakluk sepenuhnya pada
ketersediaan. Jumlah AirAsia points yang diperlukan untuk menebus Penerbangan
AirAsia boleh berubah pada bila-bila masa sehingga tempahan telah disahkan dan
AirAsia points telah berjaya ditolak sebagai pembayaran untuk Penerbangan
AirAsia
yang ditebus. Sebarang perubahan pada tempahan seterusnya boleh menyebabkan
perubahan pada jumlah tambang seperti yang diperlukan dan juga mungkin akan
dikenakan bayaran tambahan. Sebarang kegagalan untuk menaiki penerbangan AirAsia
yang telah ditebus dan/atau pembatalan penerbangan sebelum pelepasan akan
menyebabkan penerbangan AirAsia yang telah ditebus itu dilucut hak.
- Tiket penerbangan yang telah ditebus menggunakan AirAsia points dan penambahan
nilai tunai tidak boleh dibatalkan atau ditukar kepada nama tetamu yang berbeza.
Terma
& Syarat Pengangkutan adalah terpakai.
- Selepas penebusan penerbangan selesai, sebarang perubahan pada penerbangan
yang ditebus tersebut boleh dilakukan di bawah
"Manage My Booking" selepas log
masuk ke www.airasia.com, Platform atau di kaunter jualan AirAsia. Hal ini
tertakluk
kepada sebarang perbezaan tambang dan fi penukaran penerbangan yang mungkin
dikenakan. Sebarang perubahan pada penerbangan yang ditebus boleh dibuat
sehingga
empat puluh lapan (48) jam sebelum masa pelepasan penerbangan yang dijadualkan
tertakluk pada syarat-syarat berikut:
- Sekiranya tarikh penerbangan baharu adalah dalam tambang yang lebih
rendah daripada penerbangan asal yang ditempah, perbezaan tambang tidak
akan dikembalikan;
- Sekiranya tarikh penerbangan baharu adalah dalam tambang yang lebih
tinggi daripada penerbangan asal yang ditempah, perbezaan tambang
hendaklah dibayar sebelum penukaran tarikh/masa penerbangan boleh
diselesaikan;
- Sebarang perubahan yang dicadangkan pada tarikh dan/atau masa
penerbangan adalah tidak disah sehingga ia dicerminkan dalam jadual
perjalanan tempahan; dan
- Sebarang percubaan untuk menukar laluan/destinasi adalah dilarang sama
sekali.
- AirAsia points akan ditolak daripada akaun ahli AirAsia pada masa penebusan atau
tempahan penerbangan dilakukan dengan serta-merta.
- AirAsia points tidak mempunyai sebarang nilai tunai dan tidak boleh ditukarkan
kepada
tunai. Harga untuk penambahan nilai AirAsia points tidak mewakili nilai tunai
bagi
AirAsia points. AirAsia points tidak boleh dijual, dipindahkan atau ditukar
selain daripada
mengikut terma dan syarat keahlian AirAsia.
- Terma dan Syarat ini boleh diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Sekiranya
terdapat
sebarang percanggahan di antara versi bahasa Inggeris dengan terjemahannya,
versi
bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.
- Terma dan Syarat ini hendaklah ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan
tertakluk
pada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
Terma & Syarat: Penebusan Fixed Points AirAsia
Pengenalan
-
Program Penebusan Fixed Points AirAsia ("Program") ini dianjurkan oleh
BIGLIFE Sdn.
Bhd. (No. Pendaftaran 201001040731 (924656-U)) ("BL") dengan kerjasama
AirAsia
("Syarikat Penerbangan") (secara kolektif dirujuk sebagai
"Penganjur").
AirAsia
merujuk kepada pengendali syarikat penerbangan jenama AirAsia, termasuk dan
tidak
terhad kepada AirAsia Berhad (Malaysia), Thai AirAsia Co. Ltd, PT Indonesia
AirAsia,
Philippines AirAsia, Inc., AirAsia X Berhad (Malaysia) dan Thai AirAsia X Co.,
Ltd.
- Program ini ditadbir oleh terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah
ini
("Terma dan Syarat") adan dengan mengambil bahagian atau menyertai
Program ini,
semua individu yang menyertai atau mengambil bahagian dalam Program ini
("Peserta", "“anda") bersetuju untuk terikat dengan Terma dan
Syarat ini, setiap Terma dan Syarat
Pengangkutan Syarikat-Syarikat Penerbangan serta sebarang terma dan syarat
tambahan yang ditetapkan oleh Penganjur dari semasa ke semasa (sebagaimana yang
berkenaan) termasuk keputusan oleh BL dalam semua perkara yang berkaitan
dengannya. Dengan mengambil bahagian dalam Program ini, Peserta adalah dianggap
telah memberikan persetujuan kepada penggunaan, pemprosesan dan pengumpulan
maklumat peribadi, dan penggunaan, pemprosesan serta pengumpulan maklumat
peribadi tersebut adalah dilakukan mengikut Dasar
Privasi tanpa sebarang balasan
kewangan.
- Sebarang maklumat berkenaan kaedah-kaedah penyertaaan penyertaan Program ini
adalah merupakan sebahagian daripada terma dan syarat penyertaan disini.
Sebarang
pendaftaran dan/atau penyertaan dalam Program ini adalah dianggap sebagai
penerimaan Terma dan Syarat Program ini. Penerimaan anda akan Terma dan Syarat
ini
membentuk sebagai suatu syarat penyertaan.
Kesahan
- Program ini akan bermula dari 17 Ogos 2026, 10:00 (GMT +8) dan akan berjalan
tanpa
tarikh tamat, sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Penganjur pada bila-bila
masa
yang mereka anggapkan sesuai tanpa sebarang notis terlebih awal dan/atau
liabiliti
kepada Peserta ("Tempoh Program").
Keperluan Program
- Bagi melayakkan dan dalam menyertai Program ini, Peserta hendaklah memenuhi
keperluan-keperluan seperti yang berikut ("Keperluan Program"):-
- mestilah merupakan ahli AirAsia yang sah dan sedia ada (telah melanggan
dan
mendaftar sebagai ahli di dalam program kesetiaan dan ganjaran yang
dikendalikan oleh BL di bawah nama “Program AirAsia rewards”) dan
mempunyai nombor rujukan unik yang dikenali sebagai “ID ahli AirAsia”
yang
telah diberikan oleh BL pada ketika penyertaan dalam Program ini.
Sekiranya
Peserta bukan merupakan ahli AirAsia yang berdaftar semasa Tempoh
Program,
Peserta dikehendaki untuk mendaftar sebagai ahli AirAsia melalui
https://www.airasia.com/en/gb
("Laman Web Khas") sebelum menyertai
Program ini. Sebarang pendaftaran keahlian AirAsia yang dibuat oleh
Peserta
setelah tamat Tempoh Program, ianya akan melucutkan hak kelayakan
Peserta
dalam Program ini dan hak AirAsia points; dan
- mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya 500 AirAsia points di dalam
akaun keahlian AirAsia Peserta pada masa penebusan, dan tertakluk kepada
perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih awal.
- Penebusan Fixed Points hanya terpakai untuk penebusan yang dibuat
menggunakan AirAsia points sahaja.
- Sekiranya ahli AirAsia mempunyai baki poin yang tidak mencukupi, mereka
boleh
menambah nilai baki akaun mereka sebelum meneruskan ke halaman
pembayaran. Terma dan syarat Penambahan Nilai AirAsia points adalah
terpakai.
Butiran & Skop Penebusan
- Penebusan adalah tersedia melalui laman AirAsia Rewards di dalam AirAsia MOVE
App (sekarang) atau mana-mana portal web AirAsia Rewards yang akan
dikenalkan
kelak Portal
web AirAsia Rewards.
- Fixed Points adalah sah untuk penerbangan terus satu-hala dan meliputi tambang
asas
penerbangan sahaja. Levi lapangan terbang, cukai, surcaj, dan perkhidmatan
tambahan
(add-on) tidak termasuk dalam liputan Fixed Points dan mestilah dibayar oleh
ahli
AirAsia di halaman pembayaran/pembayaran keluar.
- Penebusan Fixed Points adalah sah untuk penebusan penerbangan terus
(point-to-point) sahaja.
- Laluan Penerbangan terpakai adalah untuk kedua-dua perjalanan masuk dan keluar.
- Fixed points adalah ditentukan oleh Syarikat Penerbangan.
Ketersediaan & Kesahan
-
Semua tempat duduk yang ditebus melalui Fixed Points adalah tertakluk kepada
ketersediaan di atas dasar 'siapa cepat, dia dapat'. Tempahan awal 30 hari
diperlukan dan tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang
notis terlebih awal.
- Setiap ahli AirAsia dibenarkan untuk membuat tempahan sebanyak maksimum dua (2)
tempahan dalam setiap minggu, dengan jumlah keseluruhan tidak melebihi sepuluh
(10)
tempahan dalam satu tahun kalendar, atau sebarang jumlah tempahan lain yang akan
ditentukan oleh BL atas budi bicara mutlak dan tunggalnya.
- Tempat duduk mungkin adalah terhad atau tidak tersedia terutamanya ketika tempoh
perjalanan puncak, sepertimana yang ditentukan oleh Syarikat Penerbangan.
- Syarikat Penerbangan tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun
sekiranya tempat duduk tidak tersedia.
- Jumlah Fixed Points yang diperlukan untuk penebusan adalah tertakluk pada
perubahan
pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih awal. Jumlah AirAsia points
yang
diperlukan untuk menebus Penerbangan AirAsia boleh berubah pada bila-bila masa
sehingga tempahan telah disahkan dan AirAsia points telah berjaya ditolak
sebagai
pembayaran untuk Penerbangan AirAsia yang ditebus. Sebarang perubahan pada
tempahan seterusnya boleh menyebabkan perubahan pada jumlah tambang seperti
yang diperlukan dan juga mungkin akan dikenakan bayaran tambahan. Sebarang
kegagalan untuk menaiki penerbangan AirAsia yang telah ditebus dan/atau
pembatalan
penerbangan sebelum pelepasan akan menyebabkan penerbangan AirAsia yang telah
ditebus itu dilucut hak.
Akruan poin & Keahlian
- Ahli AirAsia tidak akan mendapat ganjaran AirAsia points atau sektor kelayakan
untuk
pembelian yang dibuat melalui Penebusan Fixed Points.
Terma dan Syarat Lain
- BL berhak untuk mengubah, membuang, atau menambah serabarang terma dan syarat
ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- BL berhak untuk menggunakan dan memproses sebarang data peribadi ahli AirAsia
dalam apa-apa cara dan/atau bagi sebarang tujuan yang dianggap sesuai olehnya
berdasarkan Dasar Privasi yang tersebut, dan dengan menyertai Program ini, semua
ahli AirAsia dianggap telah bersetuju dengan penggunaan dan pemprosesan tersebut
tanpa sebarang balasan kewangan sama sekali.
- Ahli AirAsia yang membuat pembelian atau penebusan boleh dihubungi berkenaan
dengan sebarang perkara di bawah Program ini atau Program AirAsia rewards, pada
bila-bila masa yang dianggap sesuai oleh BL, sama ada melalui e-mel atau
sebarang
cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh BL.
- BL berhak atas budi bicara mutlak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta
daripada sebarang pembelian dan/atau penebusan dan melucutkan hak AirAsia points
yang ditebus oleh mana-mana Peserta sekiranya BL mempunyai bukti atau
mempercayai secara munasabah bahawa Peserta (secara bersendirian atau
bersama-sama dengan mana-mana Peserta lain) telah melakukan amalan dan/atau
aktiviti penipuan untuk melakukan pembelian dan/atau transaksi tersebut atau
menjalankan sebarang aktiviti lain yang memudaratkan Program ini atau kepada BL.
BL
selanjutnya berhak untuk menyekat akaun ahli AirAsia Peserta tersebut daripada
melakukan sebarang transaksi pada masa hadapan melalui aplikasi mudah alih
dan/atau laman webnya.
- BL, anak-anak syarikatnya, sekutunya, dan syarikat-syarikat bersekutu dengannya
tidak
akan bertanggungjawab keatas sebarang kerugian (termasuk, tanpa had, kerugian
langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit atau kehilangan keuntungan),
perbelanjaan, kerosakan, liabiliti, kekecewaan, kecederaan diri atau kematian
yang
dialami atau ditanggung (sama ada atau tidak berpunca daripada kecuaian
mana-mana
orang) berkaitan dengan Program ini, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak
boleh
dikecualikan oleh undang-undang (yang mana dalam kes tersebut liabiliti itu
adalah
terhad kepada jumlah minimum yang dibenarkan oleh undang-undang).
- BL berhak secara mutlak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Program
ini dengan atau tanpa sebarang notis terlebih awal dan/atau sebarang alasan.
Bagi
mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh
BL tidak akan memberi hak kepada ahli AirAsia untuk membuat sebarang tuntutan
atau
pampasan terhadap BL bagi sebarang dan/atau kesemua kerugian atau kerosakan yang
dialami atau ditanggung sebagai akibat secara langsung atau secara tidak
langsung
daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
- BL tidak akan bertanggungjawab untuk transaksi-transaksi yang lewat, hilang,
tidak
lengkap, dihantar secara salah, tertunda, rosak atau salah arah, sama ada
disebabkan
oleh kesilapan, peninggalan, pengubahan, gangguan, pemadaman, kecurian,
kemusnahan atau sebaliknya.
- Terma dan Syarat ini mengatasi mana-mana terma, syarat, peruntukan atau
representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam mana-mana bahan Program
ini dan/atau pengiklanan lain berkenaan Program ini. Terma dan Syarat ini boleh
diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan
antara
versi Bahasa Inggeris dengan mana-mana versi terjemahannya, versi Bahasa
Inggeris
bagi Terma dan Syarat ini hendaklah diguna pakai dan mengatasi versi terjemahan
tersebut.
- BL berhak secara mutlak untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana
Terma dan Syarat ini (secara keseluruhan atau sebahagian) yang terkandung di
sini dari
semasa ke semasa tanpa sebarang notis terlebih awal. Keputusan BL berkaitan
dengan
semua aspek Program adalah dianggap muktamad, mengikat dan konklusif dalam
semua keadaan dan sebarang surat-menyurat, aduan atau rayuan sama sekali tidak
akan dilayan.
- BL tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan untuk mematuhi atau
sebarang kelewatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sekiranya kegagalan
tersebut disebabkan oleh sesuatu di luar kawalan munasabahnya. Keadaan
sedemikian
hendaklah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan cuaca, kebakaran,
banjir,
taufan, mogok, pertikaian industri, perang, permusuhan, pergolakan politik,
rusuhan,
kekacauan awam, epidemik dan pandemik seperti yang diisytiharkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia, kemalangan yang tidak dapat dielakkan, perundangan yang
menyusul atau sebarang keadaan lain yang tidak dapat dikawal oleh BL.
- Semua perbelanjaan dan kos yang berkaitan dengan Program ini, termasuk tetapi