Keluarga AirAsia

Di AirAsia, kami melihat diri kami bukan sebagai pengendali syarikat penerbangan, tetapi lebih kepada sebuah syarikat insan yang kebetulan terlibat dalam perniagaan penerbangan. Memahami insan membolehkan kami mengenali keperluan sebenar para penumpang yang bijak memilih dan menyediakan perkhidmatan dan produk utama untuk memberikan kepuasan penuh kepada tetamu kami, setiap seorang mempunyai keperluan dan kehendak yang unik.

Ketahui lebih lanjut mengenai kami dan ketahui mengenai peluang kerjaya jika anda ingin menjadi seorang Allstar AirAsia to be an AirAsia Allstar.

AirAsia telah mencetuskan revolusi perjalanan melalui udara dengan semakin ramai orang di rantau sekeliling memilih kami sebagai pilihan pengangkutan udara yang utama. Di samping berusaha secara berterusan dalam mempromosikan perjalanan melalui udara, kami turut berusaha mewujudkan keterujaan dalam kalangan tetamu kami dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan inovatif dan peribadi.

Misi kami ialah untuk mencapai kos terendah supaya semua orang boleh terbang dengan AirAsia dan mengekalkan produk berkualiti tertinggi, menggunakan teknologi untuk mengurangkan kos dan meningkatkan tahap perkhidmatan.

Kumpulan AirAsia menyediakan perkhidmatan untuk rangkaian yang paling meluas merentas Asia & Australia yang merangkumi anggota gabungan syarikat penerbangan yang berikut:

AirAsia Malaysia - Kod Syarikat Penerbangan: AK
AirAsia Berhad (AirAsia Malaysia) ditubuhkan pada tahun 2001 dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada November 2004 serta beroperasi dari pusatnya di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Penang, Johor Baru dan Kuching. AirAsia Group Berhad (AAGB) telah memperolehi status penyenaraian AirAsia Berhad pada 16 April 2018 berikutan penyempurnaan penyusunan semula dalaman.


AirAsia Thailand - Kod Syarikat Penerbangan: FD
Ditubuhkan pada tahun 2004, Thai AirAsia (AirAsia Thailand) adalah usaha sama antara Asia Aviation dan AirAsia Investment. Thai AirAsia adalah anak syarikat milik penuh langsung dari Asia Aviation PLC (AAV), sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Saham Thailand. Syarikat penerbangan tersebut memulakan penerbangan komersil pertama pada 4 Februari 2004 dari Bangkok ke Hat Yai dan kini beroperasi dari habnya di Bangkok Don Mueang, Phuket, Chiang Mai, Krabi, U-Tapao dan Hat Yai.


AirAsia Indonesia - Kod Syarikat Penerbangan: QZ
Ditubuhkan pada 8 Disember 2004, PT Indonesia AirAsia (AirAsia Indonesia) adalah usaha sama antara AirAsia International Ltd dan PT Awair International. PT Indonesia AirAsia adalah anak syarikat milik penuh langsung PT AirAsia Indonesia Tbk (AAID), sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Saham Indonesia (IDX). Syarikat penerbangan  tersebut kini mengendalikan penerbangan dari habnya di Jakarta, Bali, Surabaya dan Medan.


AirAsia Philippines - Kod Syarikat Penerbangan: Z2
Ditubuhkan pada 8 Disember 2004, PT Indonesia AirAsia (AirAsia Indonesia) adalah usaha sama antara AirAsia International Ltd dan PT Awair International. PT Indonesia AirAsia adalah anak syarikat milik penuh langsung PT AirAsia Indonesia Tbk (AAID), sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Saham Indonesia (IDX). Syarikat penerbangan  tersebut kini mengendalikan penerbangan dari habnya di Jakarta, Bali, Surabaya dan Medan.


AirAsia India - Kod Syarikat Penerbangan: I5
Ditubuhkan pada 8 Disember 2004, PT Indonesia AirAsia (AirAsia Indonesia) adalah usaha sama antara AirAsia International Ltd dan PT Awair International. PT Indonesia AirAsia adalah anak syarikat milik penuh langsung PT AirAsia Indonesia Tbk (AAID), sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Saham Indonesia (IDX). Syarikat penerbangan  tersebut kini mengendalikan penerbangan dari habnya di Jakarta, Bali, Surabaya dan Medan.


AirAsia Japan - Kod Syarikat Penerbangan: DJ
AirAsia Japan Co Ltd (AirAsia Japan) ditubuhkan pada 2014 sebagai usaha sama antara AirAsia Investment Ltd, Rakuten Inc, Noevir Holdings Co Ltd dan Alpen Co Ltd. Syarikat penerbangan itu beroperasi dari pusatnya di Nagoya.


AirAsia X Malaysia - Kod Syarikat Penerbangan: D7
AirAsia Japan Co Ltd (AirAsia Japan) ditubuhkan pada 2014 sebagai usaha sama antara AirAsia Investment Ltd, Rakuten Inc, Noevir Holdings Co Ltd dan Alpen Co Ltd. Syarikat penerbangan itu beroperasi dari pusatnya di Nagoya.


AirAsia X Thailand - Kod Syarikat Penerbangan: XJ
Ditubuhkan pada tahun 2014, AirAsia X Thailand berusaha untuk menyediakan tambang rendah kepada penumpang yang mahu pergi ke destinasi yang melebihi empat jam masa penerbangan dari pusatnya di Bangkok Don Mueang.


AirAsia X Indonesia - Kod Syarikat Penerbangan: XT
Ditubuhkan pada tahun 2013, PT Indonesia AirAsia Extra (AirAsia X Indonesia) adalah usaha sama antara AirAsia X Berhad dan PT Kirana Anugerah Perkasa. Syarikat penerbangan tersebut kini beroperasi dari habnya di Jakarta dan Bali.