Panduan Pengguna Baharu AirAsia : Hai, kami AirAsia!

1.1 : Bagaimana kami bermula?
Dari hanya dua pesawat yang agak lama dan hutang US$11 juta (MYR 40 juta), kami berjaya mengatasi segala cabaran hingga menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia

Kami bermula pada tahun 2001 dengan 2 buah pesawat lama, setelah memperoleh AirAsia yang ketika itu dilanda kerugian, dari pemiliknya iaitu DRB-Hicom Malaysia dengan token RM1 (USD 0.25 sen) dan beban hutang US$11 juta (MYR 40 juta).

AirAsia terpaksa menangani masa-masa yang amat getir dalam industri penerbangan dunia, susulan peristiwa 9/11 dan krisis kewangan dunia. Kejayaan kami pada hari ini membuktikan kekuatan semangat dan kerjasama pasukan serta kecekapan inovasi dan pelaksanaan idea yang strategik.

1.2 : Bagaimana kami melakukannya?

a) Tambang rendah

i. Komitmen tambang rendah

    Komitmen tambang rendah kami termaktub dalam janji kami iaitu “Kini Sesiapapun Boleh Terbang”. Kami mensasarkan tetamu yang ingin menikmati tambang rendah tanpa memerlukan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan oleh pesawat tambang penuh.

    ii. Masa pusing balik 25 minit

      Masa yang lebih singkat di darat dan masa yang lebih lama di udara membolehkan kami memaksimumkan setiap penerbangan melalui bilangan penggunaan yang tinggi bagi setiap pesawat, pengurangan kos dan peningkatan produktiviti kakitangan dan syarikat penerbangan.

    b) Model penerbangan tambang rendah

    i. Buat sendiri  
    Lebih banyak anda DIY (daftar masuk sendiri), lebih banyak kos operasi yang dapat kami jimatkan - dan lebih rendah tambang yang boleh anda nikmati!  
    ii. Tiada perkhidmatan tambahan  
    Bayar hanya untuk apa yang anda perlukan. Jika anda inginkan keselesaan tambahan dalam pesawat, hanya tambah sebagaimana perlu. Ianya semudah 1, 2, 3.  
    iii. Inovasi yang menjimatkan kos  
    Dengan usaha berterusan untuk memperoleh kaedah penjimatan tercanggih, kami merupakan syarikat penerbangan pertama yang menggunakan pesawat Airbus A320 yang dilengkapi ‘hujung sayap sharklet’ untuk mengurangkan daya seretan angin dan penggunaan bahan api.
     

    c) Nilai hebat, kualiti cemerlang

    Utamakan keselamatan– Falsafah pengoptimuman kos kami tidak sekali-kali mengabaikan aspek keselamatan. Rangkaian pesawat Airbus kami mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang ditetapkan oleh Keselamatan Penerbangan Antarabangsa, dan dikawal oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia yang bertaraf dunia. Kami berganding bahu dengan rakan-rakan niaga antarabangsa untuk penyenggaraan pesawat dan enjin, di samping membuat pelaburan yang besar bagi menjamin keselamatan pesawat kami. Kami mengguna pakai toleransi sifar terhadap amalan yang tidak selamat dan berusaha untuk mencapai kemalangan sifar melalui latihan yang wajar, amalan kerja, pengurusan risiko dan pematuhan terhadap peraturan keselamatan sepanjang masa.

    Lihatlah sejenak ke dalam dunia penerbangan tambang rendah, gaya AirAsia

1.3 : Bagaimana dan ke mana destinasi penerbangan kami?

    Konsep perniagaan tanpa perkhidmatan tambahan kami yang unik ini merupakan satu inovasi yang telah mengubah dunia penerbangan buat selamanya. Kami memiliki rangkaian yang paling ekstensif dengan jadual penerbangan yang paling kerap ke pelbagai destinasi di seluruh rantau ini. Bermula dari hanya satu laluan antara KL dan Langkawi, dua buah pesawat dan kakitangan seramai 250 pada tahun 2002, kini mencecah lebih 88 destinasi dan membawa lebih 220 juta tetamu, kami berjaya merapatkan lagi dunia dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Dengan pelbagai laluan yang hanya disediakan oleh AirAsia, kami akan menerbangkan anda ke tempat yang baharu dan memberikan anda pengalaman unik yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana syarikat lain. Lihat Peta Laluan terkini kami.

    a) Kod penerbangan – apakah ia dan apakah maksudnya? Sila lihat jadual di bawah.

Kod penerbangan Dikendalikan oleh
AK Malaysia AirAsia
FD Thai AirAsia
QZ Indonesia AIrAsia
D7 AirAsia X
Z2 Philippines AirAsia
XJ Thai AirAsia X
I5 AirAsia India

 

    b) Airbus serba baharu – Kami mengendalikan operasi pesawat Airbus A320, salah satu pesawat penumpang yang paling selamat dan paling diyakini serta mengaplikasikan teknologi paling canggih. Rangkaian pesawat kami adalah antara yang paling baharu di rantau ini, dengan usia purata 3.5 tahun sahaja. Kami memiliki lebih 150 Airbus A320 yang sedang digunakan dan 200 pesanan untuk A320neo baharu telah dibuat. AirAsia kini berdiri dominan di Asia dengan rekod sejumlah 475 pesanan untuk pesawat Airbus berbadan sempit

    c) Jenis pesawat – Pesawat A320 kami mampu menerbangkan 180 tetamu (penerbangan AirAsia yang kurang dari 4 jam) dan 377 tetamu untuk A330 (penerbangan AirAsia X melebihi 4 jam).

     

    1.4 : Apakah anugerah yang telah kami menangi?

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan segala yang terbaik kepada para tetamu kami. Pencapaian kami yang paling membanggakan ialah memenangi anugerah 'Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia' Skytrax selama 7 tahun berturut-turut.Lihat anugerah lain yang telah kami menangi setakat ini.