Bagasi berdaftar

Selain daripada peruntukan bagasi kabin yang percuma, tambang rendah kami tidak termasuk peruntukan bagasi berdaftar. Jika anda membeli Pek Nilai atau membuat tempahan untuk tambang penerbangan Premium Flex atau Katil Rata Premium, satu peruntukan bagasi berdaftar adalah termasuk dalam tempahan anda bergantung kepada jenis tambang.

Kami mempunyai pelbagai peruntukan bagasi berdaftar untuk anda sebelum membuat pra-tempah. Anda boleh membuat pra-tempah melalui BIG Member account anda sehingga 4 jam sebelum penerbangan anda atau semasa anda berdaftar masuk melalui laman web.

Semua penerbangan kecuali penerbangan ke/dari Amerika Syarikat

Setiap bagasi yang didaftarkan [tidak boleh melebihi 319cm] dalam ukuran keseluruhannya (ketinggian+ lebar + kedalaman) dan [berat tidak melebihi 32kg].

Peruntukan berat bagasi yang tersedia untuk pra-tempah adalah:
Domestik - 15kg, 20kg, 25kg, 30kg dan 40kg
Antarabangsa - 20kg, 25kg, 30kg dan 40kg

Tidak ada batasan untuk bilangan bagasi yang anda boleh daftar selagi bagasi tersebut dalam lingkungan peruntukan berat bagasi.

Sekiranya anda belum membuat pra-tempahan untuk peruntukan bagasi berdaftar, anda masih boleh membelinya di kaunter lapangan terbang tetapi hanya terhad kepada 15kg dan harga adalah lebih mahal memandangkan bayaran bagasi lapangan terbang dikenakan.

Bayaran untuk bagasi yang berlebihan akan dikenakan bagi setiap kg lebihan dan bagi setiap segmen penerbangan (untuk penerbangan sambungan) untuk berat bagasi berlebihan.

Atau untuk mengelakkan segala kerumitan dan hanya membuat pra-tempahan peruntukan bagasi berdaftar anda.

Pra-tempah sekarang!

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai lengkap bayaran & caj kami.

Terbang bersama bayi dan kanak-kanak.

Bayi bawah umur 2 tahun tidak dibenarkan membuat pra-tempahan bagi sebarang peruntukan bagasi berdaftar. Kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas boleh membuat pra-tempahan bagi peruntukan bagasi berdaftar seperti yang dinyatakan di atas.

Sebarang bentuk kerusi kanak-kanak dalam kereta juga perlu mendaftar masuk tetapi akan menjadi sebahagian daripada peruntukan bagasi berdaftar yang dibeli. Sebarang bentuk kerusi kanak-kanak dalam kereta juga perlu mendaftar masuk tetapi akan menjadi sebahagian daripada peruntukan bagasi berdaftar yang dibeli.

Kerusi roda dan peranti mobiliti

Kami akan mendaftar masuk kerusi roda dan peranti mobiliti secara percuma, dengan syarat beratnya tidak melebihi 85kg.

Malangnya, kami tidak menerima kebanyakan kerusi roda dan peranti mobiliti berkuasa elektrik. Dalam sesetengah kes yang mana kami menerimanya , anda mesti mengeluarkan bateri dan membawa ke dalam kabin pesawat.

Peralatan sukan

Sekiranya anda mendaftar masuk set golf, papan luncur air, basikal, papan luncur salji/ ski, peralatan kriket dan gear menyelam, anda perlu membuat pra-tempahan untuk peruntukan peralatan sukan. Sebarang peralatan sukan lain yang tidak dinyatakan di sini adalah diterima sebagai sebahagian daripada peruntukan bagasi berdaftar anda. Ketahui lebih lanjut mengenai pengangkutan peralatan sukan.

Peralatan muzik

Barangan muzik yang lebih kecil seperti gitar, cello, biola atau viola yang melebihi ukuran bagasi kabin kami, tetapi dengan syarat ia tidak melebihi 75kg (Ukuran: H 103cm x W 41cm x D 41cm), ia boleh dibawa ke dalam kabin jika tempat duduk tambahan untuknya telah dibeli. Tidak ada peruntukan bagasi kabin yang berkaitan dengan pembelian tempat duduk tambahan.

Pengangkutan Barangan Berbahaya

Terdapat barangan yang anda boleh atau tidak boleh bawa dalam bagasi berdaftar anda. Sila pastikan bahawa kandungan dalam bagasi anda mematuhi [panduan pengangkutan barangan berbahaya] kami.

Pengangkutan bagasi berdaftar adalah tertakluk kepada [terma dan syarat pengangkutan] kami dan sebarang undang-undang tempatan.