Bagaimana untuk mendapatkan tambang rendah

Berita baik: Ahli BIG akan mendapat 24 jam akses keutamaan pada Ahad, 11 November 2018! Untuk menikmati tambang promosi kami, sila pastikan anda telah melog masuk ke akaun anda. Anda juga boleh mendapatkan tambang terendah di laman web atau aplikasi mudah alih kami! Sekiranya anda tidak dapat melihat apa-apa tambang, sila log masuk sekali lagi.

 

 

Kami sentiasa memberikan tetamu kami tambang rendah ke destinasi menakjubkan di seluruh Asia! 
Untuk proses tempahan yang lebih pantas, kami telah mengenal pasti beberapa isu yang biasa berlaku dan menyediakan panduan ringkas bagi membantu anda mendapatkan tambang rendah dengan lebih mudah!


1. Daftar sebagai Ahli BIG untuk proses tempahan yang lebih pantas

Nikmati proses pembayaran yang lebih lancar dan mudah dengan My BigClick. Apabila anda mendaftar sebagai Ahli BIG, anda boleh menambah butiran sehingga 15 kad kredit atau debit ke akaun anda untuk menikmati proses pembayaran yang pantas. Ini membolehkan anda mendapatkan tempat duduk percuma dan tambang rendah kami dengan lebih pantas dan mudah! Ketahui lebih lanjut mengenai My BigClick.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah pembayaran, anda boleh melog masuk ke akaun anda dan klik pada ‘Tempahan Saya’ untuk melengkapkan pembayaran tanpa perlu menempah semula penerbangan anda.

Daftar sebagai Ahli BIG sekarang!

2. Gunakan pelayar yang disarankan untuk menempah penerbangan anda!

Bagi memastikan proses tempahan yang lancar, sila gunakan mana-mana pelayar berikut:


3. Rancang perjalanan anda lebih awal


  • Sediakan beberapa rancangan perjalanan. Jika rancangan A tidak berjaya, sekurang-kurangnya anda mempunyai rancangan sokongan dan tidak lagi perlu bersusah-payah merancang semula perjalanan anda dari awal.
  • Sediakan nama penuh dan tarikh lahir semua tetamu untuk proses tempahan yang lebih pantas.
  • Jimatkan lebih banyak masa dengan merekod terlebih dahulu butiran teman seperjalanan kegemaran anda di bawah Keluarga & Rakan Saya di Profil Saya.

4. Masih tidak berjaya? Layari mobile.airasia.com atau gunakan aplikasi AirAsia sebagai alternatif!

Adakah ‘Bilik Menunggu’ sering dipaparkan? Layari mobile.airasia.com atau gunakan aplikasi AirAsia sebagai alternatif. Log masuk ke mobile.airasia.com melalui peranti mudah alih anda atau gunakan Aplikasi Mudah Alih AirAsia untuk tempahan yang lebih lancar dan mudah! Ketahui lebih lanjut mengenai aplikas. Maklumat lanjut mengenai Aplikasi Mudah Alih AirAsia..
mobile-app-lp-en_7

Imbas dan muat turun aplikasi sekarang

Imbas kod QR menggunakan peranti mudah Android atau iOS anda dan mula merancang percutian anda bersama kami!

5. Pilih penerbangan anda terlebih dahulu. Anda boleh memilih tambahan pada waktu yang lebih kemudian!

  • Tambah peruntukan bagasi anda - 4 jam sebelum penerbangan
  • Pilih Tempat Duduk - 4 jam sebelum penerbangan
  • Pratempah hidangan panas - 24 jam sebelum penerbangan
Hanya pergi ke Tempahan saya untuk melakukan semua ini dan banyak lagi!

6. Peringatan penting:


  • Anda hanya mempunyai maksimum 10 minit di setiap halaman ‘Cari Penerbangan’ dan ‘Pilih Penerbangan’. Anda akan dibawa semula ke ‘Bilik Menunggu’ jika anda melebihi tempoh maksimum ini
  • JANGAN cuba membuka lebih daripada satu tab menggunakan pelayar yang sama untuk membuat carian tambang kerana ini akan menyebabkan anda tidak dapat meneruskan tempahan/pembayaran anda. Tarikh perjalanan yang SALAH mungkin akan dipaparkan!
  • Pastikan anda telah menyahdaya penghalang tetingkap timbul bagi melancarkan proses pembayaran anda.
  • Anda akan dibawa semula ke ‘Bilik Menunggu’ sekiranya carian anda memerlukan masa yang lebih lama. Pastikan anda tidak mengklik butang segar semula pada pelayar apabila anda berada di halaman tersebut atau anda perlu bermula sekali lagi di ‘Bilik Menunggu’.